Ain_Jannah's Reading List
39 stories
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,911,002
  • WpVote
    Votes 76,726
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
Honey ✔ by suenshenn
suenshenn
  • WpView
    Reads 2,465,467
  • WpVote
    Votes 83,887
  • WpPart
    Parts 46
"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengurat pun manis. Tapi bila Ryan Fahrin (si mamat possesive yang mungkin juga pesakit bipolar) jejakkan kaki dekat kafe tu, misinya hanya satu. Menawan si Rose yang manis. Manis seperti honey. "You tak payah panggil I honey kut! Boleh je panggil Rose," - Rose "Sebab Rose terlalu mainstream," -Fahrin "Mana ada!" - Rose "Betul la. Ada Rosmah Mansor, Rosnah Mat Aris, Rosalinda Ayamo, and.. and... Mak Ros Kilauan Emas. See?" - Fahrin But everyone has the darkest past that should be hid forever, ey?
Untuk Cinta by syafasuha
syafasuha
  • WpView
    Reads 430,937
  • WpVote
    Votes 12,716
  • WpPart
    Parts 43
Kerana diam dialah yang buat aku merana untuk kali kedua. Lelaki yang aku sangkakan beri kebahagiaan namun sebaliknya luka yang dipulangkan. TENGKU QALIF IRFAN lelaki yang menjadi idaman para gadis. Namun pintu hatinya telah tertutup pada wanita diluar sana kerana cintanya pada Arwah Isterinya begitu dalam sehingga tidak mampu melupakannya. FATIN ARISSA yang hadir didalam hidupnya sedikit sebanyak membuat diri Tengku Qalif terubat rindunya pada Arwah Isteri kerana wajah Fatin Arissa yang saling tak tumpah seperti Arwah Isteri. Tindakan tergesa Tengku Qalif Irfan memperisterikan Fatin Arissa telah menimbulkan pelbagai pertanyaan diruang fikiran Fatin Arissa. "Bakal ibu kepada Aisha... awak nak ke jadi calonnya?"-TENGKU QALIF IRFAN "Biar betul Encik Qalif ni? Mabuk minum ketum ke apa, tiba-tiba nak jadikan aku calon isteri dia."-FATIN ARISSA "Awak kena percayakan saya sebagai kawan awak, tolonglah Fatin."-TENGKU ZARUL "Aku akan cuba untuk dapatkan dia semula dan jadikan dia milik aku macam dulu!"-ASHRAFF "Huh! Encik Pendiam la sangat!! Ehh kalau aku tau perangai dia tu macam mana dulu. Dah lama aku rejam dia kat lumpur bendang bapak kau!"~NASUHA Antara tiga jejaka ingin menawan hati Fatin Arissa.Pelbagai rintangan dan badai yang melanda rumah tangga Fatin Arissa buat kali kedua.Rahsia sebenar yang dibongkarkan mampu membawa luka yang dalam pada hati Fatin Arissa.Mampukah Tengku Qalif perbaiki semula rumah tangga mereka yang umpama retak menanti belah? #35 in romance [11.11.17] #1 in general fiction [27.6.18] start: [24.8.17]⇨[2.11.17]
Rintihan Melodi Rindu by syafasuha
syafasuha
  • WpView
    Reads 266,435
  • WpVote
    Votes 9,300
  • WpPart
    Parts 64
Seteguh manapun sesebuah cinta itu andainya salah seorangnya tidak memperjuangkannya maka tiada apalah erti cinta itu. Begitulah Aimara Qalesha cintanya kepada suaminya yang merupakan cinta pertama beliau. Hadirnya Dayang Nur Ratna memberi sejuta kelukaan dalam hati Aimara Qalesha ditambahan pula dengan sikap mertua yang begitu membencinya dan suka menabur fitnah ke atasnya. Sehingga satu saat Aimara Qalesha berfikir adalah lebih baik dia melepaskan tali cinta yang semakin membelit dan menjerat dirinya itu. Faiq Aiman sudah melakukan perkara bodoh, menceraikan isteri akibat hasutan mak mertua yang bertopengkan syaitan tanpa Aimara Qalesha sedari di dalam rahimnya telah mempunyai benih dari hubungan halalnya bersama suaminya. Anak itu adalah anugerah yang terindah yang pernah hadir dalam hidup Aimara Qalesha. Apabila mendapat tahu bahawa bekas menantu yang kini sedang hamil mak mertuanya mula merangka satu persatu rancangan supaya Aimara Qalesha dan Faiq Aiman takkan bersatu sampai bila-bila... apakah nasib yang bakal menimpa Aimara Qalesha dan anaknya? Apakah rancangan yang dilakukan oleh mak mertuanya yang jahat itu? "Aku boleh padam perasaan cinta ini tapi aku tak boleh padam hakikat yang aku pernah kahwin dengan dia. Biarlah dia cari kebahagiaan dia sendiri." ~ Aimara Qalesha. "Jangan rapat dengan aku! Pandang muka aku pun tak hinginlah perempuan, pergilah sana!"~ Faiq Aiman. "I tak sangka yang dia sanggup buat you macam ni, I minta maaf ya?" ~ Dayang Nur Ratna. Biarlah apa pun yang mendatang akan ku tempuhi. Kalau aku rasa sengsara malah ada lagi yang lebih sengsara di luar sana jika dibandingkan dengan aku.
Sekali Lagi Mencintaimu ✔ by CikVelvet
CikVelvet
  • WpView
    Reads 248,760
  • WpVote
    Votes 8,081
  • WpPart
    Parts 34
Haziq Isyraf,seorang lelaki yang berperwatakan kasar dan ganas.Darah kacukan Melayu -Siam yang mengalir dalam tubuhnya membuatkan dia digilai ramai.Namun dia seorang yang bebas dan suka berfoya bersama rakan-rakannya.Dek kerana itu, dia langsung tidak memikirkan tentang 'perempuan' atau 'kekasih' atau 'isteri' meskipun umurnya sudah mencecah 25 tahun.Apa yang penting,dalam hidupnya perlu ada keseronokan! Bagi Ayra Sophilia,dia memerlukan seorang lelaki untuk dijadikan suami dengan segera!Bukan kerana terdesak tapi sebenarnya dia sudah tidak tahan lagi nak dengar Geng Makcik Bawang bersuara setiap kali dia pulang ke kampung.Dia sedar,angka 30 memang sudah lewat benar untuk berkahwin bagi seorang perempuan.Bukan dia tak fikir tentang kahwin dan sebagainya,tapi mungkin dulu dia terlalu sibuk menguruskan kerjayanya sehingga lupa untuk mencari teman hidup. Pertemuan di antara Ayra Sophilia dan Haziq Isyraf secara tidak sengaja membuatkan Ayra tertarik dengan lelaki itu.Lelaki yang di matanya agak 'cool' dan bersahaja itu membuatkan dirinya mula menyusun strategi untuk mendapatkan sekeping hati milik Haziq Isyraf.Biarlah dikatakan perigi mencari timba sekalipun,dia tak kisah! Apa yang penting,dia perlu memikat Haziq! "Apa kena dengan kau ni? Punyalah banyak kerusi lain,apahal nak duduk sini jugak?" -Haziq Isyraf "Sebab saya nak duduk dengan bakal suami saya" - Ayra Sophilia "Siapa pulak bakal suami kau?" - Haziq Isyraf "Awaklah!" Ayra Sophilia Setelah apa yang dikejari kini sudah berada di depan kata,ternyata Haziq Isyraf bukanlah seperti lelaki yang disangkakan! Indah kho9abar dari rupa,ya benar! Setelah kesetiaan ditaruhkan terhadap perkahwinan mereka,satu persatu rahsia tentang suaminya terbongkar. highest ranking : #18 short story started:29/4
Crush Untuk Mamat 'O.K.U'✔ by CikVelvet
CikVelvet
  • WpView
    Reads 149,838
  • WpVote
    Votes 6,958
  • WpPart
    Parts 37
Nur Marlyana Umaira,seorang perancang perkahwinan dan juga seorang yang benci pada makanan pastri terpaksa bekerjasama dengan seorang lelaki a.k.a pemilik cafe Je T'aime demi melayan kerenah pelanggan cerewetnya,Datin Maimun.Pertemuan pertama yang dirancang gagal kerana sikap lelaki itu yang tidak punchual telah mencetuskan kemarahan di hati Marylana dan menyebabkan dia benci pada lelaki yang berkaca mata dan tinggi itu. Bagi Adrian Harfiey,berkenalan dengan gadis perancang perkahwinan itu buat dia jadi gila.Apa sahaja yang dia buat,ada saja yang tidak kena di mata Marlyana.Hampir setiap hari mereka bertengkar. "Ni kek apa pula ni? warna macam kebudak-budakan je.Nak buat kek kahwin ke kek birthday untuk budak tadika?", - Marlyana Umaira "Kenapa kek ni awak hias macam ni? tolonglah.. buruk gila kut! old fashion!", - Marlyanan Umaira "Dah kalau awak tu pandai sangat,apa kata awak buat? tepung jagung dengan gandum pun tak reti beza,banyak pula cakap!", - Adrian Harfiey "Ya Tuhan.. boleh tak sekali awak tak complain apa yang saya buat? Nanti dengan awak sekali saya uli jadi doh,masuk oven,keluar-keluar tak berbunyi terus!", - Adrian Harfiey Namun siapa sangka mereka berdua pernah saling mengenali suatu ketika dulu? Bukan itu sahaja,mereka juga pernah menyimpan perasaan antara satu sama lain.Tapi tidak berani untuk meluahkan. Bagaimana jika Marlyana dapat tahu bahawa Adrian Harfiey ni lah lelaki yang dia tunggu selama ini? Lelaki yang berada di dalam kelas Pendidikan Khas ketika bersekolah dahulu yang selama ini menjadi pujaan hatinya? Apa reaksi mereka dan kesudahannya?
Mr. Sweet Tu Aku Punya ! by IeqahKazumi
IeqahKazumi
  • WpView
    Reads 1,704,043
  • WpVote
    Votes 94,494
  • WpPart
    Parts 68
HUZAIRIE | ALIYA Apabila rakyat biasa harus berkahwin dengan anak raja ? Hanya kerana wasiat yang dicipta pada masa lampau ? Aliya Sofrina anak rakyat biasa perlu menunaikan wasiat atoknya dan atoknda Tengku Ilham Huzairie. Adakah Aliya Sofrina boleh bertahan dan bersabar dengan sifat dingin Ilham Huzairie yang tidak pernah tunjuk sifat sweet dia bila di khalayak umum ? Betul ke yang Iham Huzairie adalah Mr sweet yang Aliya Sofrina cari selama ni ? ⚠️ Hak cipta terpelihara ! Jangan sesiapa pun copy ya ? Please be honest ⚠️ #Rank | 1 in Malay Story #Rank | 2 in Romance
Tanya Sama Hati ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 1,315,532
  • WpVote
    Votes 58,511
  • WpPart
    Parts 59
Cikgu Juwita Natalia dan Doktor Haris Redzuan. Berjumpa buat kali pertama bukan dalam keadaan yang ala-ala seperti cerita Khabi Kushi Khabi Gham. Malah ketika kali pertama mereka bersua mata pun tiada istilah dari mata turun ke hati. Apatah lagi kalau hendak terus jatuh cinta pandang pertama. Memang taklah! Juwita dan Haris ibarat magnet yang berlainan kutub. Sejauh mana Juwita cuba mengelak, selagi itulah Haris makin mendekat. Bagi Haris pula, gadis seunik Juwita perlu didekati. Haris tahu ada sesuatu yang istimewa disebalik seorang Cikgu Juwita. Sesuatu yang istimewa dan tidak patut dilepaskan. Tetapi bagaimana pula jika persaingan untuk mendapatkan Juwita tidak mudah? Mampukah Haris bertahan dengan adanya Khal dan Yusuf yang masing-masing mahu mendapatkan Juwita juga? Ibarat sebuah trofi terulung, siapakah yang bakal memenanginya nanti?
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,450,328
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Cinta Jangan Pergi ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,250,649
  • WpVote
    Votes 87,563
  • WpPart
    Parts 73
Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persahabatan atau percintaan? Ini kisah Hana Dahlia, yang tidak menjangka akan terpaut hati pada bekas suami kawan baiknya sendiri. Antara cinta dah persahabatan, yang manakah menjadi pilihan Hana? Mula : 27 April 2017 Tamat : 20 Februari 2019