RAK BUKU ZHARFAN AZFAR
5 stories
Puisi Jiwa Sesat [COMPLETE] by SyazarySukor
SyazarySukor
  • WpView
    Reads 9,474
  • WpVote
    Votes 303
  • WpPart
    Parts 92
Puisi "Jiwa Sesat" menggambarkan keadaan seseorang yang hilang arah dalam dirinya sendiri. Ia bukan tentang hilang tempat, tetapi hilang rasa - kosong, keliru, dan sepi dalam diam. Puisi ini membawa pembaca menyelami jiwa yang penuh persoalan, menyimpan luka yang tak kelihatan, dan mencari makna di tengah dunia yang terus bergerak. Setiap baris mencerminkan pertarungan sunyi antara ingin pulang dan tidak tahu ke mana. Namun, di sebalik gelap itu, puisi ini menyelitkan cahaya harapan: bahawa sesat itu bukan akhir, tapi sebahagian daripada jalan pulang.
ASING - sebuah novel Syahmi Fadzil by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 20,149
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 14
Tina percaya dia dalam sepi walaupun ditemani suara-suara luar. Azri tersangkut dalam rutin harian bosan dan impian masa silam. Has persoalkan idea kebergantungan dan meraikan hidup bersendiri. Tina mencari 'kediaman' sebenar dalam hidupnya ketika bertemu dengan Azri yang membawa semangat dan peribadi Has. Perjalanan ketiga-tiga mereka mendepani perspektif suku usia yang disenyapkan: kehidupan dan tujuan, ikatan dan penerimaan, realiti dan beban. Cerita adalah sebentuk lukisan mentah. Lukisan mereka adalah teks kelam dalam membanding tragedi.
#certotCP 2 by mycreepyposta
mycreepyposta
  • WpView
    Reads 144,534
  • WpVote
    Votes 6,375
  • WpPart
    Parts 75
Percaya dengan konsep 'less is more', Jeffrey Zain kembali lagi dengan cerita-cerita kontot creepyposta / certotCP yang molek dijadikan bahan bacaan sebelum tidur. Bite-sized creepiness katanya. Nak kata seram sangat tu taklah, tapi cukup bagi awak terkejut beruk kalau Mak tiba-tiba terjah masuk bilik pakai telekung jam 3AM nak cari sejadah. Bukan semua certotCP cerita hantu. Ada juga cerita tamak haloba dan hasad dengki - alah, macam cerita-cerita Melayu 7PM yang Mak awak suka tengok tu - tapi di creepyposta, orang jahat dibayar cash. On the spot. Oh by the way, ada satu-dua cerita panjang menyamar jadi certot terlepas dalam koleksi ini. Tak apa, anggaplah hadiah untuk awak sebab selepas ini, cerita 1,000 patah perkataan ke atas akan diletakkan di dalam koleksi Wattpad yang lain.
#certotCP ~ koleksi by mycreepyposta
mycreepyposta
  • WpView
    Reads 1,380,870
  • WpVote
    Votes 37,270
  • WpPart
    Parts 115
C O M P L E T E D Dalam jargon indie, 'certot' bermaksud 'cerita kontot'. Hashtag #certotCP bermaksud 'cerita kontot creepyposta' yang dibantutkan menjadi dua-tiga ayat padu. Seramnya tak banyak - tapi cukup untuk buat awak tengok bawah katil dua kali sebelum tidur malam.
creepyposta ~ maha koleksi by mycreepyposta
mycreepyposta
  • WpView
    Reads 1,700,025
  • WpVote
    Votes 49,846
  • WpPart
    Parts 77
C O M P L E T E D creepyposta ~ maha koleksi merupakan jilid pertama kompilasi karya Jeffrey Zain yang diwattpadkan setelah akaun Twitter beliau mencecah 18,000 followers. Kisah-kisah yang dipaparkan tak begitu klise drama Melayu, orang kata lah. Ada kisah mak zombie, mak kanibal, Mak Kau Hijau, Makcik Karipap, anak werewolf, cameo Kak Chom, anak Satan à la The Omen, Suami Ku Mr Stalker, adik beradik Hansel Gretel versi Melayu, kisah creepy campfire, kisah dato yang tak gembira dan Halloween Melayu. Kompilasi creepyposta menjadi Top 3 Buku Lejen Press paling laris di Pesta Buku Antarabangsa KL / PBAKL2017, buku paling laris di PBAKL2016 dan Top 5 Buku Fiksyen Bahasa Melayu MPH 2016.