AmirulAmsyar's Reading List
57 stories
Cure by HelmiEffendy
Cure
HelmiEffendy
  • Reads 11,197
  • Votes 553
  • Parts 19
Mereka hidup ketika dunia diambang kiamat. Mereka hidup pada saat dunia sedang merintih mencari nyawa. Mereka hidup tatkala zaman ais dan wabak zombie appocalypse melanda dunia. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup. Termasuklah kumpulan mercenaries yang menggelar diri mereka Patriot yang diketuai oleh Komander Azzmel, bekas tentera. Mercenaries yang selalu membuat kerja kotor untuk puak-puak yang bertelagah bertakhta di neraka yang merupakan alam diambang kiamat. Namun, kumpulan mercenaries ini buat pertama kalinya, mendapat kerja bersih. Kerja bersih yang menyelamatkan populasi manusia di ambang kemusnahan. Mereka harus mengiringi satu-satunya kunci untuk menangguh kiamat itu. Penawar kepada penyakit yang merubah bangsa manusia menjadi pemakan daging segar. Ya, kunci itu adalah manusia biasa seperti mereka. Tetapi yang mahu merebutkan kunci itu musuh yang pelbagai. Diktator yang menguasai neraka. Pemberontak yang sering bertelagah antara satu sama lain. Dah tentu, zombie yang melata mencari otak.
Grand Opening Ceremony by AmbassadorsMY
Grand Opening Ceremony
AmbassadorsMY
  • Reads 23,796
  • Votes 3,294
  • Parts 69
Wattpad Malaysia is finally inaugurated by a special member of the Wattpad HQ. You are all welcome to check it out. A big surprise is waiting for you. Come on in and stand a chance to win cool stuff by our lovely writers. It's open to not only Malaysians, but everyone from all over the world.
💀 Sereberum by aensaari
💀 Sereberum
aensaari
  • Reads 2,145
  • Votes 309
  • Parts 4
Slow update! ---------- Serene, seorang gadis yang dingin, dibesarkan oleh ibu dan bapa tirinya tanpa mengenal erti kasih sayang dan perhubungan. Suatu hari, selepas dia menerima berita yang bakal merubah segala-galanya, tiba-tiba sahaja dia bangkit dari tidur di dalam satu bilik yang asing. Bilik itu gelap tanpa tingkap dan dikunci dari luar. Kemudian, dia menemui seorang lelaki yang berusia di awal 20-an berada di bilik yang sama. Penculik yang hanya dikenali sebagai 'dia' merupakan pembunuh bersiri yang mengerat kepala mangsa dan menjadikan otak sebagai trofi. Di bilik itu, kedua-duanya berkongsi sejarah hitam mereka dan merancang untuk melarikan diri. Dalam masa yang sama, kisah Dr. Aswad yang popular dengan gelaran Dr. Ward menambah rencah cerita ini. Dapatkah mereka melarikan diri tanpa menjadi mangsa 'dia' yang seterusnya. Dan apa kaitannya kisah ini dengan Dr. Ward? Ps: Kalau nak share, guna hashtag #novelsereberum okay? Thank you! ---------- Best Wattpad Achievement:
AKU DIBELAKANG ( Buku Pertama Dari Siri [Resipi] ) by Amekami3
AKU DIBELAKANG ( Buku Pertama Dari Siri [Resipi] )
Amekami3
  • Reads 6,248
  • Votes 375
  • Parts 202
Kisah seorang remaja lelaki terbunuh ketika rumah dirompak dan dilahirkan semula sebagai Dungeon Master. Dalam dunia baharu dipenuhi segala macam masalah, Akubi secara berperingkat mengumpul kekuatan. Berbekalkan Skill [Resipi] yang membolehkan dia mengetahui cara membuat sesuatu,lelaki muda berambut perak mencuba dari satu ke satu resipi menambah kemampuan sehinggalah dia terjebak kedalam dunia besar tidak terjangka. Selamat membaca. # Nama pena saya adalah Amekami3. # Bercadang menjadikan cerita ini buku bersiri. #Hari-hari tulis kecuali hari Jumaat saya rehat. # Buku ini mempunyai banyak genre bercampur jadi saya tidak pasti mahu tag macam mana ahahah. * Ini adalah buku pertama dalam Siri [Resipi]. * Buku kedua Siri [Resipi] Aku Dibawah sudah dikeluarkan. * Hehe XD
Into the Deep by neverpoem
Into the Deep
neverpoem
  • Reads 733,592
  • Votes 33,581
  • Parts 197
Let this book submerge you with heartaches, drown you with traces of the past, flood you with self-wonders, wash you with waves of healing, immerse you with romance, and fill you up with colors, but only if you dive into this ocean of poetry and let every word take you into the deep.
Manuskrip Seorang Penulis by ShashaRyzal
Manuskrip Seorang Penulis
ShashaRyzal
  • Reads 1,939
  • Votes 178
  • Parts 13
Ada kisah dalam ini yang korang pernah baca dalam Koleksi Cerpen Shasha, tapi, ini adalah kisah lengkap kehidupan seorang manusia yang hadap semua cerita-cerita misteri, tragis, seram dan sedih yang ada dalam Koleksi Cerpen Shasha, so, enjoy. Warning : Akan ada cerita yang berulang dan sama dengan dalam Koleksi Cerpen Shasha. Cuma, dalam ini, korang akan tahu asal usul semua cerita itu.
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
Menggunung (Completed)
HelmiEffendy
  • Reads 213,779
  • Votes 13,790
  • Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
The Purge: Tanahairku - Pembelaan by kufazuke
The Purge: Tanahairku - Pembelaan
kufazuke
  • Reads 12,087
  • Votes 624
  • Parts 36
Melihat abangku dibunuh kejam depan mata merubah diri aku serta merta. Aku bukan lagi budak lelaki yang memandang dunia ini di sudut yang baik. Bagi aku, apabila manusia diberi peluang untuk bebas daripada undang-undang, semuanya akan menjadi binatang! Akan aku tunggu Purge Day yang seterusnya. Aku akan menuntut bela!
Tanah Magis Malagemalai (Edit) by wanstony
Tanah Magis Malagemalai (Edit)
wanstony
  • Reads 8,165
  • Votes 935
  • Parts 45
Mona, seorang gadis muda yang terpaksa memimpin sepasukan askar pemberontak bernama Revolusi setelah kematian ayahnya. Dia juga telah diamanahkan untuk menjaga Muda, seorang remaja lelaki yang bakal menggegar tanah Malagemalai akan datang. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi mereka untuk memperolehi semula kedaulatan dan keamanan Tanah Malagemalai yang dicabuli oleh raja kegelapan, Raja Sirius. Rakan lama datang membantu, pendekar terbilang turut mengerah tenaga, dan gabungan pasukan-pasukan pemberontak menghasilkan armada yang berbilang dari pelbagai kaum di Malagemalai. Pertempuran demi pertempuran berlaku. Nyawa manusia galang gantinya. Hanya yang kuat akan menang. Adakah mereka mampu? Tidak, adakah mereka berani menghadap peperangan maha hebat ini? Berjayakah Mona dan Muda dalam misi mereka? Apakah bayaran yang harus diterima oleh mereka demi menggapai keinginan mereka? Semua itu bakal terjawab di dalam kisah fantasi, persahabatan, peperangan dan kasih sayang sesama manusia dan alam ini. Simpan dahulu perasaan ingin tahu anda. Luahkan di dalam pembacaan ini. Selamat membaca! *sebarang komen author akan terima dengan senang hati. Jangan lupa vote Status-ongoing
💀 Trofi by aensaari
💀 Trofi
aensaari
  • Reads 39,843
  • Votes 2,461
  • Parts 49
Awas! 18+! Tajuk asal : Kardia (Jantung) Satu demi satu pembunuhan berlaku di Taman Midah, Cheras yang melibatkan wanita berwarganegara Indonesia. Setiap mangsa dibelah hidup-hidup, diambil jantungnya sebelum digantung sebagai satu simbolik. Pembunuhan-pembunuhan tersebut disiasat oleh Alias iaitu seorang pegawai penyiasat di IPD Cheras dan Isaac yang merupakan seorang Timbalan Pendakwa Raya. Penyiasatan mereka secara tidak langsung membongkar kes-kes pembunuhan yang berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Pada masa yang sama, Isaac sedang mencari jawapan kepada kes langgar lari yang sedang menghantuinya. Ianya membawa kepada penemuan Zulkafli iaitu banduan di Penjara Marang yang dipercayai memegang kunci jawapan pada setiap misteri yang berlaku. Setiap degupan ada rahsia. Dan, mereka perlu merungkai rahsia tersebut. Best wattpad achievement: #20 in Mystery/Thriller - 2 March 2017 #19 in Mystery/Thriller - 3 March 2017 #18 in Mystery/Thriller - 14 April 2017 #16 in Mystery/Thriller - 20 April 2017 #11 in Mystery/Thriller - 27 May 2017 #7 in Mystery/Thriller - 21 July 2017 #1 in Misteri - 8 August 2018