my reading List
16 stories
SUAMIKU WORKAHOLIC by CikSakuraLiyana
CikSakuraLiyana
  • WpView
    Reads 170,333
  • WpVote
    Votes 5,518
  • WpPart
    Parts 19
WARNING! NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER SAYA HANYA MASUKKAN BEBERAPA BAB UNTUK TUJUAN PROMOSI. **** Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah. "Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!" - Dayah Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri! "Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?" - Syazwan. "Tak boleh ke?" - Dayah "Kopi tongkat Ali?" - Syazwan "Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum." - Dayah Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?
Saya Ke?! ✔ by snaamy
snaamy
  • WpView
    Reads 1,365,960
  • WpVote
    Votes 55,956
  • WpPart
    Parts 53
Eryna, wanita yang perlu berkahwin dengan sepupu lelaki dari keluarga angkatnya. Dia cuba sedaya mungkin untuk jadi isteri yang terbaik buat suami yang langsung tidak mencintainya. Apakah masih ada peluang untuknya menerima kebahagian dari sang lelaki? Atau adakah rasa terhutang budi ni melebihi rasa cinta? Mengapa ambil kisah kalau tak suka? Eryna kebuntuan memikirkan siapa dia di dalam hidup Ferris. Cinta itu kejam dan menakutkan.
My Hubby My Lecturer by NatashaZulkifli
NatashaZulkifli
  • WpView
    Reads 1,571,897
  • WpVote
    Votes 40,804
  • WpPart
    Parts 62
Sebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang serta merta. Nak tahu cerita dia? Baca.. nak tahu ending dia jom beli buku dia.. Love, Natasha Ps: Novel tak akan diupdate sampai habis.. hanya akan di update sampai bab 51 saja. Sebab apa? Sebab cheq jual novel ni.. kalau nak order Mesej saya.. kalau nak jadi dealer/dropship pun pm saya naa
Encik Gula by hnurain_
hnurain_
  • WpView
    Reads 456,777
  • WpVote
    Votes 16,850
  • WpPart
    Parts 36
Pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-habis menyalahkan RIZQY setiap kali dia ditimpa masalah. “Kenapa, ya? Setiap kali saya jumpa awak mesti saya ditimpa malang…”-QASEH “Err… Awak tak rasa ke saya ni penyelamat awak. Setiap kali awak ada masalah aje saya yang selamatkan. Tak gitu? Macam ultraman selamatkan penduduk bumi…”-RIZQY QASEH mengharapkan seorang imam yang bisa membimbing. RIZQY perlukan teman sebagai pelengkap kepada sebahagian diri yang hilang. Saat RIZQY rapuh, QASEH hadir sebagai teman yang menenangkan. Menjadi guru yang setia di sisi pelajar bernama suami. Biarpun tika itu dia sudah mengetahui, hakikat rahsia yang RIZQY sembunyikan. “Qaseh, kalau satu hari nanti awak tahu saya sembunyikan sesuatu daripada awak, agak-agak awak marah tak?”-RIZQY
Suamiku Paling Sweet by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 205,909
  • WpVote
    Votes 4,702
  • WpPart
    Parts 11
“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya. “Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ “Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA “Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ
Love Riddles by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 22,855
  • WpVote
    Votes 554
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Love Riddles Penulis: Misztyra Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-46-4 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Ainun Naural gadis universiti yang biasa. Dirinya yang suka bermain gitar di bawah pokok di padang UKM menjadi perhatian seseorang yang sering melihatnya dari jauh. Dia tidak pernah menyangka bahawa kehadiran lelaki bertopi itu di dalam hidupnya akan membuatkan cik hatinya berdegup kencang. Saat dirinya basah ditimpa hujan, jejaka misteri itu payungkan, saat dirinya kebasahan, jaket lelaki itu disarung ke badannya yang dingin. Naural tak nafikan yang dia mula menyukai jejaka yang sering melindungi dirinya dari jauh itu. Namun saat cinta dihulur kepadanya, Naural seperti kaku. “Sudi awak jadi kekasih saya?” “Tapi semua ni macam awal lagi. Kita pun baru kenal, kan?” Jejaka bertopi terus menghilang selepas itu. Naural cuba menjejaki ke bilik piano yang pernah dia dan jejaka bertopi kunjungi bersama, tetapi apa yang dia jumpa hanyalah... bilik yang berdebu dan kotor! Adakah dia hanya bermimpi selama ini?
Love at first sight (Baekyeon Fanfic) by _TaengSic09
_TaengSic09
  • WpView
    Reads 2,495
  • WpVote
    Votes 133
  • WpPart
    Parts 7
A story which Baekhyun fell in love with a girl named taeyeon... First Baekyeon Fanfic....NO PLAGIARISM.. If you happend to read the same story as mine it's a coincidence.. Pardon my wrong grammars and spellings...I'm not american..mthat's why my english isnt that good...BTW..Enjoy the story~^^
Call Me Baby  [BAEKYEON FANFIC] by KrysKilogram
KrysKilogram
  • WpView
    Reads 3,314
  • WpVote
    Votes 225
  • WpPart
    Parts 5
Kim Taeyeon nama diberi merupakan anak kepada pelakon K-Drama yang cukup dikenali iaitu Kim Woo Bin dan Kim Ji Won . Omma dan Appa nya selalu mendesak agar dia menjadi seorang pelakon . Akan tetapi ianya agak bercanggah dengan minatnya iaitu menyanyi dan Taeyeon bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi. Pada suatu hari, Taeyeon telah dipaksa berkahwin dengan seorang jejaka atas sebab yang tertentu. Siapa kah jejaka itu ? [TO ALL MALAYSIAN BAEKYEON SHIPPER]
Whisper Of My Soul (Mong Family Fanfic) by KrysKilogram
KrysKilogram
  • WpView
    Reads 7,044
  • WpVote
    Votes 483
  • WpPart
    Parts 25
Park Shin Hye seorang gadis yg dilahir kan di Seoul South Korea . Hidup nya di penuhi kemewahan kerana keluarga merupakan dari orang2 berada . Apa sahaja yg di mintanya, terus dituruti oleh kedua ibu bapa nya . Tapi hanya satu yg dia rasa susah untuk dapatkan . Apakah ia ? Jawapannya adalah 'kasih sayang dan perhatian' . Akhirnya, shin hye memutuskan untuk lari dari rumah. Dan dia ditakdir kan untuk berjumpa dengan satu keluarga yg sederhana hidupnya . Mong Family adalah nme keluarga tersebut . Shin hye tertarik dengan keakraban dan kasih sayang yg dibina keluarga itu .
Eksperimen Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 23,057
  • WpVote
    Votes 427
  • WpPart
    Parts 2
Judul : Eksperimen Cinta Penulis : Anjell Penerbit : Karyaseni Semenanjung : RM30 Sabah/Sarawak : RM33 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam? Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya. “Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...” “Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…” Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?