love story
4 stories
Magisnya Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 24,341
  • WpVote
    Votes 379
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Magisnya Cinta Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-98-3 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Disember 2015 KAPSYEN Bisa buat benci tinggal seinci Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa. Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja. Namun... Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati? Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose. Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. - Adib Haiman
Bila Terlajak Sayang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 70,830
  • WpVote
    Votes 1,079
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Bila Terlajak Sayang Penulis: Umie Nadzimah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-96-3 Harga: RM24(Semenanjung) // RM27(Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni Sambungan novel & drama KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN, Dapatkan lebih awal di PWTC, Kuala Lumpur dan Sungai Petani, kedah, terbitan bulan Mei BILA TERLAJAK SAYANG - Umie Nadzimah INDAH HALINA dan TAJUL RAZIN... Mereka digelar sebagai pasangan paling romantik, macam belangkas dan tak pernah berenggang. Ya... Begitulah realitinya. Rumah tangga mereka rukun dan penuh kasih sayang. Bahagia sepanjang hari dengan kehadiran puterinya dan juga selautan kasih yang tak bertepi. “Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang.” - TAJUL RAZIN “Yalah tu... Tipu jaga!” - INDAH HALINA Adat manusia, apabila bahagia ada sahaja yang tidak puas hati dan dendam sana sini... Belum hilang letih pertahankan cinta mereka, muncul lagi dugaan yang melanda hidup. Dengki dan sakit hati tak pernah penat mengejar kehidupan mereka.
"MEKANIK ❤ CINTA" by yus_niey
yus_niey
  • WpView
    Reads 3,258
  • WpVote
    Votes 48
  • WpPart
    Parts 5
Pelik..bila wanita menjadi "mekanik"a.k.a tukang repair terutamanya kereta yang sekarang di ceburi wanita..tapi inilah hakikatnya. FARAH AISYAH personalitinya agak kelelakian, kasar,bercita-cita menjadi seorang makenik..tercapaikah impian beliau..??tentang cinta?? ADAM YUSUFF bekerjaya,orang yang agak jambu tetapi sado,di gilai wanita tetapi belum terpaut di hati...adakah adam akan berjumpa dengan gadis idamannya?? YUSLIA YUSRA & YAZID YAZDAN siapakh mereka?adakah mereka punca konflik antara dua insan??berjaya atau tidak misi mereka?
Suamiku Paling Sweet by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 205,981
  • WpVote
    Votes 4,702
  • WpPart
    Parts 11
“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya. “Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ “Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA “Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ