fairuzDD's Reading List
2 stories
ALPHA FEMALE by StoryBySomeone
StoryBySomeone
  • WpView
    Reads 353
  • WpVote
    Votes 97
  • WpPart
    Parts 41
Ini kisah luka yang tidak berdarah, namun terus bernanah dalam diam. Arinah Hamdan - nama yang menggetarkan pentas akademik dan sosial dalam satu nafas. Suara merdunya mampu memujuk badai, langkahnya teguh membelah keraguan. Dia bukan hanya wanita, tetapi simbol kekuatan yang membungkam mulut dunia. Bijak. Strategis. Realis. Jika ada definisi bagi "alpha female" dalam nadi sebenar, Arinah ialah tajuk utama. Namun setiap badai juga punya musim hujan. Pertemuan tak terduga dengan Adam Fayyan, sahabat lama yang pernah mengoyak kepercayaannya, mengubah arah hidup Arinah dalam sekelip mata. Lelaki itu... penuh rahsia, penuh sejarah. Dulu pernah bersumpah untuk menjaga batas, tetapi akhirnya menyimpang jauh. Arinah, dengan segala luka yang disorok kemas, bukan lagi wanita yang mudah dibolak balik emosinya. "I don't need that, Fayyan. Being a woman doesn't make me weak. I'm not just a woman. I'm a storm wrapped in skin." -Arinah Hamdan Kerana satu takdir yang kejam, mereka 'terperangkap' dalam ruang yang sama. Rumah yang sama. Situasi yang mendesak. Dalam redam yang tak berpenghujung, lafaz nikah dijadikan jalan keluar... atau mungkin masuk ke medan peperangan baru? "Bencilah saya sejauh mana yang awak nak, tapi saya tahu, dalam hati awak saya dah ada." - Adam Fayyan Namun cinta bukan sekadar pengulangan kenangan. Persoalan mula timbul apakah benar mereka ditakdirkan bersama, atau hanya kembali kerana rindu pada masa lalu yang telah mati? Di balik segala prinsip dan kekuatan Arinah, wujud kisah yang tak pernah diceritakan. Siapa yang menjadi bayang di sebalik langkahnya? Dari mana keberanian itu bermula? Siapa yang membuka pintu pertama yang membawa dia ke jalan ini... jalan yang tidak semua mampu pulang darinya? Kerana kadangkala, keberanian bukanlah tentang siapa yang paling lantang bersuara tetapi siapa yang mampu bertahan dalam senyap yang menakutkan. Nak next next chapter roger ii🫶🏻
Mr. A.H.  [Completed] by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 38,486
  • WpVote
    Votes 2,647
  • WpPart
    Parts 71
Adam Haiqal dan Aisy Hawa. Kedua-dua mereka datang dari keluarga berada namun gersang kasih sayang keluarga. Atas kehendak keluarga, mereka disatukan. Tapi Hawa tak sangka pula calon suaminya itu adalah insta-famous pandai memasak yang pernah menjadi crush hatinya! "Adam, awak... Awak A.H. kan?" -Hawa- Sayangnya, impian Hawa untuk membina rumah tangga bahagia yang tidak pernah dirasainya musnah apabila suami yang baru dikahwininya itu mendedahkan satu rahsia! Handsome, kaya, pandai memasak, baik dan gentleman. Adam memang lelaki perfect idaman semua wanita. Tapi hakikatnya, lelaki itu menyimpan satu aib yang sangat besar! "I can't love you, can't treat you as how other husbands normally treat their wives." -Adam- Adam langsung tak sangka apabila dia berterus terang berkenaan rahsianya kepada Hawa, wanita itu tetap mahu mengekalkan perkahwinan mereka! "I'm not gonna give up on you, Adam." "Kita kawan dulu, okay?" -Hawa- Berjayakah Hawa menawan hati Adam? Dan mampukah Adam keluar dari kancah dosanya dan mencintai si isteri? "Adam, kita datang bersalut lumpur yang sama." -Hawa- "Hawa selamanya adalah isteri aku." -Adam- Ikuti kisah bagaimana Hawa menakluk hati crushnya, Mr. AH! Tropes: Secret crush Both have dark past Character growth & hijrah ke arah lebih baik She fell first, he fell harder Family bond This is a sweet fluffy story! Tak melodrama mana :') (TRIGGER WARNING: SILA BACA!!!) Karya ini mengandungi isu kecelaruan kesihatan mental seperti depresi, ketagihan alkohol, cubaan bunuh diri serta orientasi seksual songsang. Isu-isu yang disentuh mungkin boleh mencetuskan stres atau gangguan kepada pembaca. Sekiranya anda terkesan dengannya, adalah dinasihatkan agar membuat rujukan dan mendapatkan bimbingan lanjut daripada pihak yang wajar.