AinDzulaikha's Reading List
34 stories
FANTASTIK by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 22,235
  • WpVote
    Votes 737
  • WpPart
    Parts 12
Cinta tidak penah memihak kepada Ali. Biarpun berkali-kali dia mencuba untuk mencintai seseorang, cintanya tidak akan berbalas dan berkesudahan dengan sempurna. Fucking hell. Ali dah malas untuk menjadi lelaki baik setelah percintaannya dengan Anita berakhir pada malam tahun baru. Ali pulang tanpa air mata dan menanam azam yang baru. Dia mahu jadi seperti burung Phoenix. Yang bangkit dari abu, terbang ke udara dan membakar kembali semangatnya yang pudar. Ali mahu jadi badboy!
Lelaki yang Tak Punya Apa Untuk DIpersia oleh Hasrul Rizwan by RomanBuku
RomanBuku
  • WpView
    Reads 1,379
  • WpVote
    Votes 33
  • WpPart
    Parts 1
Buku ini kini boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Juga boleh dibeli di laman web rasmi Roman Buku (www.romanbuku.com) atau melalui whatsapp 017-2455448 Seorang lelaki melanggar seorang perempuan. Mengikut aturannya perempuan itu, yang dijelmakan kembali dalam bentuk roh mempunyai tiga hari untuk membunuhnya sebelum lenyap ke dunia lain. Sedang dalam proses percetakkan. Akan dipasarkan di PBAKL 2017
BERCAKAP DENGAN JUN by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 7,559
  • WpVote
    Votes 216
  • WpPart
    Parts 7
Kematian ibunya meninggalkan kesan yang mendalam pada kehidupan seorang anak kecil. Sejak itu dia memencilkan diri dan hidup bersendirian di sebuah taman perumahan kosong dan terpinggir di ceruk hutan. Orang kampung mengatakan dia lelaki gila di rumah kosong. Masa berlalu dan dia membesar dengan menyara diri sebagai seorang penyeluk saku. Setiap hari dia keluar seperti orang yang bekerja, memakai pakaian yang kemas seperti ke pejabat namun melakukan kerja menyeluk saku di dalam transit di Kuala Lumpur. Dia lelaki yang cekap dengan mata yang menyihir dan magis di tangannya. Tidak pernah tertangkap dan tidak sesekali takut kepada apa-apa pun. Sehingga satu malam, seorang gadis muda melahirkan anak di taman perumahannya. Dia membantu melahirkan anak tersebut dan bermulanya detik itu, pada waktu dia memegang seorang anak kecil, seluruh kehidupannya berubah serta merta. Menjadi lelaki yang kecut dan ketakutan separuh mati.
💀 Hanya Ada Kematian | Preview by aensaari
aensaari
  • WpView
    Reads 13,262
  • WpVote
    Votes 551
  • WpPart
    Parts 13
AWAS! Bacaan matang 18+! Kekejaman maksima dan melampaui batas. Baca jaga-jaga. Kalau jadi apa-apa aku tak tanggung k! *Diterbitkan oleh Lejen Press pada April 2017* *Jangan lupa support dan beli versi buku untuk tahu kesudahan novel ini ok?* Baru sahaja ditukarkan ke Ejen Persekutuan Negeri Kuching, Agent Melinda sudah diberi tugas berat untuk menyelesaikan kes-kes pembunuhan misteri di Ibu Negeri Sarawak itu. Pembunuhan yang bermotifkan dendam dilakukan dengan kejam. Setiap mangsa diseksa terlebih dahulu sebelum dibunuh. Rakaman setiap pembunuhan pula ditinggalkan dalam pelbagai bentuk sebagai bukti. Tidak cukup dengan itu, pergerakan At. Melinda juga diekori. Apakah kaitan di antara setiap kes-kes pembunuhan yang berlaku sebenarnya? Mengapa pula At. Melinda diekori? Mampukah dia menyelesaikan misteri kes tersebut setelah berulang-ulang kali gagal?
LELAKI YANG TAK PUNYA APA UNTUK DIPERSIA by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 10,768
  • WpVote
    Votes 318
  • WpPart
    Parts 9
Kehidupan Monet berubah sama sekali setelah melanggar seorang gadis bergaun merah ketika pulang dari kerja. Di dunia yang dihuni Monet, orang yang dibunuh akan menjelma kembali selama lapan hari sebagai Roho yang boleh membalas dendam atas kematiannya. Monet seorang lelaki yang pendiam menjadi ketakutan apabila gadis yang bernama Arabella mula menjadi tetamu di rumahnya bermula saat kemalangan tersebut. Dia boleh sahaja mati selama tempoh lapan hari kerana Arabella boleh sahaja membunuhnya pada bila-bila masa. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Tempoh yang singkat menerbitkan rasa cinta antara Monet dan Arabella di kediaman yang sempit, kisah dua manusia yang berada di alam yang berbeza. Menyingkap segala kisah lampau antara mereka dan membuka satu persatu rahsia dalam dunia yang penuh misteri.
Suratan Dalam Kebetulan by ShahrinEzzat
ShahrinEzzat
  • WpView
    Reads 46,387
  • WpVote
    Votes 1,873
  • WpPart
    Parts 33
Jodoh rahsia Allah. Ajal jua begitu. Ini kisah pertemuan mengenai pasangan yang bercerai. Setiap yang berlaku disertakan dengan hikmah. Amin, satu-satunya bukti penyatuan cinta mereka. Ikuti kisah cerita cinta yang jarang kita dengar ini.
Mencari Jalan Pulang by coffee_freak92
coffee_freak92
  • WpView
    Reads 77,955
  • WpVote
    Votes 5,182
  • WpPart
    Parts 51
Aku bukanlah seorang perempuan yang baik. Membesar tanpa kasih sayang dan bimbingan yang cukup dari ibu bapa, aku telah tersesat jauh dari jalan kebenaran. Tidak cukup dengan itu, aku diuji lagi dengan kegagalan dalam cinta pertama, membuatkan hidup aku semakin hilang arah. Dalam putus asa meneruskan hidup, muncul seorang lelaki menghidupkan harapan yang baru. Hati yang kosong kembali terisi dengan kegembiraan. Namun, pencarian menuju kebahagiaan itu bukanlah semudah yang disangka. Badai ujian seringkali datang meruntun kesabaran hati. Persoalannya, mampukah aku menepis segala dugaan dan mengakhiri semua ini dengan pengakhiran yang baik?
Ralat Itu Normal by comradenami
comradenami
  • WpView
    Reads 25,571
  • WpVote
    Votes 660
  • WpPart
    Parts 16
Kisah seorang lelaki yang baru break up lalu berkecamuk jiwanya, lalu cuba menenangkan diri dengan menjadi pemandu Uber. Satu hari, dia mendapat penumpang yang merupakan guru Shaolin hikmat Helang Angkasa. Kemudian dia belajar bagaimana untuk hidup menjadi tenang. Jangan risau, ini bukan cerita Kung Fu. Ini masih cerita jiwa-jiwa.
Bangku Merah Jambu by comradenami
comradenami
  • WpView
    Reads 7,872
  • WpVote
    Votes 190
  • WpPart
    Parts 8
Sebuah skrip cereka. Tak kisah, filem atau teater, ikut kesesuaian. Tema retrofuturistik dari semangat Wawasan 2020. Kisah tentang seorang lelaki cuba mempertahankan bangku merah jambu di sebuah taman yang akan digondolkan demi pembangunan sebuah tempat letak kereta terbang di pinggir metropolitan Kuala Lumpur.