ZineSatuMalam
- Reads 1,491
- Votes 29
- Parts 14
"Jangan percaya tulisan tulisan dalam zine ini. Ini dakyah Freemason!" - Sca Ndx
Hakcipta terpelihara @ ZineSatuMalam
Sila percaya yang sesiapa sahaja yang membuat cubaan memplagiat zine ini akan
ditimpa nasib malang selama 3 tahun berturut turut sebelum berakhir dengan
kemalangan bersama sebuah kereta Proton Savvy oren yang dipandu oleh seorang
lelaki yang kemudiannya melarikan diri. Kematian anda pasti tidak akan terbela.
Salah satu strategi untuk membaca zine Tahyul ini adalah dengan beristifar sekali
setiap kali kalian selesai baca satu perenggan. Ianya adalah untuk mengelakkan
kalian terpengaruh dengan cerita cerita mistik lagi menyesatkan dalam zine ini.
Jangan baca zine ini kalau anda jenis iman nipis.
Saya dah bagi amaran.