caramel_bell's Reading List
5 stories
Kayra Nelida by ZaraZahra1234
ZaraZahra1234
  • WpView
    Reads 118,108
  • WpVote
    Votes 3,887
  • WpPart
    Parts 52
Kayra Nelida si gadis yang kuat memberontak. Di sebalik tabiatnya yang kuat memberontak itu, maka dia rela dalam terpaksa berpindah ke kampung atas desakan papanya. Ketika dia berada di kampung Pulau Getah, pertemuan Kayra dan Khairil terjadi tanpa disengajakan. Percintaan dengan Khairil amat ditentang hebat oleh Cempaka, mak saudara Kayra sendiri yang mana sudah sekian lama meraih cinta dari Khairil. Saat hatinya diulit rasa bahagia, Leman pula muncul mahu merungkaikan suatu kes berat yang melibatkan Dato Rasyid, papa Kayra. Dalam masa yang sama, Leman semakin galak mengugut dan bermain kata cinta pada Kayra supaya dapat mengheretnya ke perkahwinan tanpa rela. Apa reaksi Khairil bila mengetahui kekasih hatinya akan melangsungkan pernikahan? Adakah Kayra akan mendiamkan diri sahaja dan tetap meneruskan hajat Leman? Mampukah dia mengecap bahagia andai hatinya menolak? Inikah penghujung kisah cintanya dengan Khairil?
HASYA ✅ by Dhia_zara
Dhia_zara
  • WpView
    Reads 1,895,370
  • WpVote
    Votes 41,073
  • WpPart
    Parts 106
Berkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya telah mengahwini bekas abang iparnya sendiri dan kanak-kanak yatim itu pula merupakan anak kepada kakaknya. Permulaan perkahwinan yang diikat tanpa cinta itu mencipta kebahagiaan dalam hidup Hasya namun siapa sangka, kebahagiaan itu hanya seketika cuma sebelum ia direnggut dan direntap dalam sekelip mata. Mampukah Alfi Hareez menawan kembali kepercayaan sang isteri atau takdir kebersamaan mereka hanya seketika cuma? Selami liku-liku kehidupan seorang wanita, isteri dan ibu dalam HASYA... 🌹🌹🌹
SAYA PILIH AWAK! by Elerieloveofficial
Elerieloveofficial
  • WpView
    Reads 439,673
  • WpVote
    Votes 16,749
  • WpPart
    Parts 53
Nabella Armani adalah seorang penulis novel cinta yang ceria dan penuh imaginasi. Dia percaya pada kisah dongeng, dia juga percaya pada cinta abadi. Tapi kepercayaannya itu luntur setelah lelaki yang dia sayangi menghilangkan diri. Bella sedar, hidup tidak seindah yang dijangka. Lantaran itu dia memilih untuk tidak mahu terjebak lagi dalam soal hati dan perasaan. Namun kehadiran Daniel Mizannin yang dia gelar serigala jadian Siberia itu seperti mengocakkan kembali hidup Bella yang sebelumnya tenang. Lelaki itu hadir dan pergi seperti sebuah misteri. Bella tidak keruan. Senyuman lelaki berlesung pipi itu seperti hypnotize. Semakin dipandang semakin menarik. "Jangan senyum" -Bella "Kenapa?" -Daniel "Hodoh!" -Bella Kehadiran semula Asrif Zaafar, bekas kekasihnya yang dua tahun menghilang membuatkan Bella mula sesak nafas. Asrif Zaafar masih mahu menyambung kembali serpihan hati Bella yang dulunya dia campak hingga berderai. Akhirnya, Bella nekad untuk memilih salah satu.
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,761,001
  • WpVote
    Votes 139,895
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
My Hubby My Lecturer by NatashaZulkifli
NatashaZulkifli
  • WpView
    Reads 1,573,197
  • WpVote
    Votes 40,805
  • WpPart
    Parts 62
Sebuah Novel cinta ala Akasia tv3 yang mana penulisnya perasan mengangkat nama sendiri sebagai heroin dengan harapan segala persepsi watak jahat yang diberikan pada nama Natasha sejak zaman cerita 'Pasrah' lakonan Erra Fazira keluar akan hilang serta merta. Nak tahu cerita dia? Baca.. nak tahu ending dia jom beli buku dia.. Love, Natasha Ps: Novel tak akan diupdate sampai habis.. hanya akan di update sampai bab 51 saja. Sebab apa? Sebab cheq jual novel ni.. kalau nak order Mesej saya.. kalau nak jadi dealer/dropship pun pm saya naa