NatashaIrina's Reading List
37 stories
Nang Syaoran ( TAJUK SEMENTARA ) by dynnazain
Nang Syaoran ( TAJUK SEMENTARA )
dynnazain
  • Reads 451
  • Votes 73
  • Parts 4
Pernah dengar tentang cerita Rapunzel, tetapi versi lelaki? Syaoran lah Rapunzel lelaki itu! Hidup di bawah jagaan penculik yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan, secara tidak langsung telah mengubah perwatakannya. Syaoran lama kelamaan menjadi seorang yang suka menipu dan suka memanipulasi orang di sekelilingnya. Namun tidak pada seorang gadis yang bernama Nang. Setiap kali dia bersama Nang, jiwanya mudah dilentur. Sungguh susah untuk dia keluarkan kata-kata yang berlawanan dengan kata hati! "Nang..." "Ya?" "Engkau rasa aku kacak atau tidak?" Nang tergelak. "Kenapa engkau tiba-tiba bertanya soalan yang sudah sedia jawapannya?" Syaoran kecilkan mata. "Apa jawapannya?" "Kekacakkan engkau sudah lama jadi pujaan para gadis di luar sana. Buat apa lagi untuk engkau persoalkan?" "Biarlah. Aku perlukan jawapan dari engkau seorang saja. Engkau kan bakal isteri aku." Syaoran apabila bersama Nang, Syaoran menjadi seorang yang sangat suka berkata jujur. Semuanya, terbit dari hati. Sayangnya, keakraban mereka dicemburui ramai orang lantas perpisahan menjadi noktah hubungan mereka. "Maafkan aku, Syaoran. Aku bukanlah pilihan yang terbaik untuk dijadikan sebagai isterimu."
Vehaen : Satu Cerita by ainulfarihah_
Vehaen : Satu Cerita
ainulfarihah_
  • Reads 3,166
  • Votes 104
  • Parts 11
SINOPSIS VEHAEN : SATU CERITA Vehaen : Satu Cerita mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang mengharungi segala rintangan terhadap persahabatan mereka sepanjang menuntut di Vehaen University, yakni Rif'at, Imran, dan Amrullah. Masing-masing ada kisah mereka tersendiri daripada kecil sehinggalah mereka menjadi sahabat. Bermula dengan Aamir Rif'at, beliau merupakan seorang anak kelahiran Gaza yang dibawa pulang ke Malaysia oleh kedua ibu dan ayah angkatnya (merupakan antara aktivis paramedik ke Gaza) ketika berusia 8 tahun. Rif'at membesar sebagai seorang remaja yang mempunyai peribadi yang bersih, namun tidak mempunyai banyak kawan disebabkan pendidikan awalnya untuk membiasakan diri dengan suasana Malaysia hanya bermula dari rumah, seterusnya menyambung pelajaran di sekolah antarabangsa. Sepanjang beberapa tahun dia membesar di Malaysia, tidak ada satu pun cebisan memori mengenai asal usulnya yang diingati. Imran Fatih merupakan seorang taiko ganster di sekolah, berperwatakan sebagai seorang yang sangat baran, pantang dicabar serta rendah tahap akademiknya. Khairi (Amrullah Khairi) juga taiko daripada jajahan ganster yang sama. Imran berjiran dengan Rif'at, menjadi faktor pertemuan Rif'at dan Imran yang semakin lama mengubah Imran menjadi lebih baik. Khairi jadi pelik dengan perubahan itu sehingga menyusul satu pergaduhan besar yang mengheret Imran ke juvana, menyebabkan Imran tidak dapat jumpa Rif'at buat kali terakhir sebelum Rif'at berpindah. Setelah beberapa tahun terputus hubungan, mereka dipertemukan di Vehaen University termasuk ditakdirkan serumah dengan Amrullah (dahulunya dikenali sebagai Khairi). Di Vehaen University, Birmingham, kisah mereka bermula. Ketiga-tiga mereka punya kisah hidup masing-masing, juga punya impian sendiri. Fitnah, cacian, memori, kisah silam, dendam, iman dan ukhuwah. Segala pahit getir dan suka duka mengenai hubungan tiga sekawan itu terukir di Birmingham, terangkum dalam satu cerita.
SCARLET (Twisted Tales: Queen Series #2) by SyuAriani
SCARLET (Twisted Tales: Queen Series #2)
SyuAriani
  • Reads 8,203
  • Votes 717
  • Parts 23
HANYA kerana dia merupakan adik Scar, dia diculik dan dikurung. Pada insan itu, dia hanyalah umpan. Tetapi insan itu tersilap kira. Dia bukannya perempuan lemah yang hanya akan berdiam diri! "Kau tu sendiri, Althea... You're different. You're too fearless to be someone who has nothing to do with Scar." - CHRONOS "I'm trying my best to survive, kalau aku tak nak hidup aku jahanam sekelip mata." - ALTHEA Awalnya, Althea hanyalah dilihat sebagai umpannya. Chronos tahu itu cara paling mudah untuk dia tundukkan Scar dan seterusnya dia akan menguasai Underland. Dia akan jadi raja dunia kelab malam di dunia bawah tanah itu! Namun lama-lama, Chronos sedar sesuatu. Wanita itu telah berjaya mencuri sekeping hatinya. "Kita sepatutnya bencikan satu sama lain tapi... Can I not let go of your hand?" - CHRONOS "Stop it, Chronos. Game apa lagi yang kau tengah mainkan?" - ALTHEA Dalam pada dua jiwa bergelut dengan perasaan sendiri, ada insan yang sedang memburu nyawa seseorang. Ada dendam yang perlu dia lunaskan. "I find pleasure in other people's pain too." - SCARLET Satu demi satu nyawa melayang. Satu demi satu kebenaran terbongkar. Ternyata di antara Althea dan Chronos, bukan cuma ada cinta. Tetapi darah juga. Akan bertahankah rasa itu, atau dendam akan menghapuskan segalanya? "Tergamak kau bayangkan perpisahan sedangkan aku bertahan dengan segalanya, demi kita."
They are alive - agian! - Harry Potter Fanfiction (Discontinued)  by B00kl0ver22_
They are alive - agian! - Harry Potter Fanfiction (Discontinued)
B00kl0ver22_
  • Reads 12,252
  • Votes 200
  • Parts 8
What would happen if the dead started to return after Voldemort is dead? Would the death eaters return too? I don't think so. But will Harry believe them? His parents, godfather, Remus, Tonks. What would happen? Read and find out. Also contains my version of those 19 years. *warning: Might contain a bit of swearing.*
Silhouette  by KarraRyna
Silhouette
KarraRyna
  • Reads 593
  • Votes 52
  • Parts 5
"Eh, aku ada banyak duit. Berapa banyak kau nak aku boleh bagi. Semua benda aku boleh beli, faham?" - Thalea Aleesya "Kalau macam tu, kau pergi beli otak yang pandai sikit, ganti otak sekarang. Bodoh sangat." - Razin Qayyim Pertemuan mereka bermula dengan pertengkaran. Thalea yang berlagak membuatkan Razin naik angin. Namun, pertolongan Razin pada malam itu membuatkan Thalea terhutang budi. Dia cuba mendekati Razin untuk membalas budi lelaki itu. Namun, ada saja alasan Razin untuk menolak. Kejadian demi kejadian mencambah rasa dua jiwa. Namun Razin cuba menidakkan. Dia rasa dia tidak layak mengecap bahagia. Tidak mungkin dia melupakan dendam yang masih bersisa. Sesuatu yang telah berlaku terhadap bapa Thalea membuatkan sikap Razin mula berubah, dan dengan sedaya upaya dia cuba melindungi Thalea daripada bahaya. Kali ini dia mesti menang dan membela apa yang telah hilang. "Dengan apa yang jadi... aku yakin, selain aku... kau mampu lindungi Thalea. Jadi... aku nak tanya kau soalan terakhir, kau sudi tak jaga adik aku? Jadi suami dia?" - Hadif Alfian Tawaran Hadif, abang Thalea membuatkan Razin mempersoalkan kemahuan hatinya. Dia nekad dan pasti, inilah bahagia yang hatinya mahukan. "Walaupun awak tak pernah tanya, tapi saya nak awak tahu... saya kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak dan nak lindungi awak. Bukan simpati..." - Razin Qayyim Namun, bahagia yang diidam terlalu banyak halangan. Kisah silam sentiasa mengekori kebahagiaan yang mahu dicipta. Ada manusia yang berdendam dan mahu Razin terus lenyap di dunia ini. Setelah apa yang berlaku, adakah Razin akan memberi peluang pada hatinya semula? Adakah Razin akan terus memperjuangkan bahagia yang dia inginkan? Mampukah insan-insan tersayang menerima kisah silamnya, atau membuang jauh dirinya?
Cure by HelmiEffendy
Cure
HelmiEffendy
  • Reads 11,199
  • Votes 553
  • Parts 19
Mereka hidup ketika dunia diambang kiamat. Mereka hidup pada saat dunia sedang merintih mencari nyawa. Mereka hidup tatkala zaman ais dan wabak zombie appocalypse melanda dunia. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup. Termasuklah kumpulan mercenaries yang menggelar diri mereka Patriot yang diketuai oleh Komander Azzmel, bekas tentera. Mercenaries yang selalu membuat kerja kotor untuk puak-puak yang bertelagah bertakhta di neraka yang merupakan alam diambang kiamat. Namun, kumpulan mercenaries ini buat pertama kalinya, mendapat kerja bersih. Kerja bersih yang menyelamatkan populasi manusia di ambang kemusnahan. Mereka harus mengiringi satu-satunya kunci untuk menangguh kiamat itu. Penawar kepada penyakit yang merubah bangsa manusia menjadi pemakan daging segar. Ya, kunci itu adalah manusia biasa seperti mereka. Tetapi yang mahu merebutkan kunci itu musuh yang pelbagai. Diktator yang menguasai neraka. Pemberontak yang sering bertelagah antara satu sama lain. Dah tentu, zombie yang melata mencari otak.
Dirgahayu by HelmiEffendy
Dirgahayu
HelmiEffendy
  • Reads 2,907
  • Votes 174
  • Parts 18
Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai. Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya. Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa. Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!
Nirnama by HilalAsyraf
Nirnama
HilalAsyraf
  • Reads 38,716
  • Votes 770
  • Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
Social Anxiety [Quotes]  by -chimmysss
Social Anxiety [Quotes]
-chimmysss
  • Reads 122,770
  • Votes 12,330
  • Parts 44
Do you suffer from social anxiety? This book is only for people who suffer from social anxiety. Kalau rasa diri tu normal tapi jenis menganjing, sila berambus. "I'm not able to talk, then I tell you what I feel through writing."
Introvert & Tuhan by auzainal
Introvert & Tuhan
auzainal
  • Reads 18,116
  • Votes 1,072
  • Parts 25
Introvert dan anxiety, gabungan dua perkara ini membuatkan hidup agak mencabar. Tapi akhirnya membuatkan diri lebih mencintai diri sendiri dan lebih akrab dengan Tuhan. Ini cuma random posts aku sepanjang perjalanan itu.