___jiminie46's Reading List
6 stories
Love P.I by JannahFadhlin217
JannahFadhlin217
  • WpView
    Reads 83,353
  • WpVote
    Votes 4,176
  • WpPart
    Parts 64
"Sampai hati kau." -Aslam "Haa? Kenapa pulak?" -Afaf "Kau detective tapi kau tak dapat detect cinta aku kat kau." -Aslam Gulpp!! Aslam Atiqi telah jatuh cinta pandang pertama terhadap rakan sekolejnya iaitu Afaf Khalisah yang merupakan seorang anti lelaki. Pada masa yang sama gadis itu merupakan seorang detective dan telah membantu Aslam mencari kedua-dua ibu bapanya serta abangnya yang hilang setelah terlibat dalam kemalangan. Adakah Afaf akan menerima cinta Aslam? Ataupun Hidzhir seorang lelaki misteri yang telah banyak berkorban nyawa demi dirinya? P/s: Cerita ini turut mengandungi unsur-unsur penyiasatan yang ala-ala detective conan tu. Hukss . Action and love lah ni.
SUAMIKU WORKAHOLIC by CikSakuraLiyana
CikSakuraLiyana
  • WpView
    Reads 170,305
  • WpVote
    Votes 5,518
  • WpPart
    Parts 19
WARNING! NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER SAYA HANYA MASUKKAN BEBERAPA BAB UNTUK TUJUAN PROMOSI. **** Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah. "Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!" - Dayah Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri! "Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?" - Syazwan. "Tak boleh ke?" - Dayah "Kopi tongkat Ali?" - Syazwan "Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum." - Dayah Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?
Suami Idaman by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 361,672
  • WpVote
    Votes 14,170
  • WpPart
    Parts 17
Perkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di hati Laila Khaleesa apabila tidak sanggup menanggung kerinduannya terhadap suami yang dulunya tidak lansung dipedulikan. Hadirnya Hafiz merosakkan hubungan halal dan indah. Adakah Laila akan berpaling dari suaminya yang banyak bekorban demi hubungan suci?
Tundukkan Playboy Itu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 317,259
  • WpVote
    Votes 7,064
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Something Stupid by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 40,745
  • WpVote
    Votes 1,210
  • WpPart
    Parts 16
Cerita ni dah ada di kedai okey? Di bawah penerbitan Lovenovel Publication. :) Jadi, anda boleh dapatkannya di kedaii. Yahoo! Saya dihina oleh awak depan orang ramai, saya ditolak mentah-mentah. Bila saya datang nak menghulur bantuan, awak masih dengan sikap angkuh awak. Awak nak saya layan awak buruk jugak kan? Itu yang awak nak selama ni, kan?” ~ Irsyad Kerana rasa tercabar dilayan bagaikan tidak wujud oleh gadis pujaannya, ditambah pula dengan rasa cemburunya terhadap Aiman, Irsyad tega merampas mahkota gadis itu. Padanya, Zara miliknya yang abadi. Bukan milik Aiman dan bukan juga milik sesiapa. Hanya milik dia. Zara kecewa dengan Irsyad. Lelaki itu memang berhati binatang! Sanggup melakukan sedemikian terhadapnya. Dia menyepikan diri bertahun lamanya. Salah faham yang pernah terjadi, lambat terbongkar. Zara sudah menghilang. Irsyad menyesal! Enam tahun berlalu begitu sahaja, Irsyad dan Zara dipertemukan semula tanpa dirancang. “Zara, saya... saya datang nak minta maaf. Zara, saya berdosa. Saya tahu. Izinkan saya bertanggung jawab atas perbuatan saya dulu. Bukan niat saya... Saya bertanggung jawab pada kejadian dulu. Tolonglah, Zara.” ~ Irsyad “Get lost!!” ~ Zara. Fikir Zara, semuanya kembali normal jika Irsyad pergi. Namun kemunculan tidak terduga Aiman sewaktu Irsyad menagih kemaafan daripadanya telah merumitkan keadaan. Irsyad merayu kepada Aiman untuk memperisterikan Zara. Apa yang harus dilakukan oleh Zara? Terima saja Irsyad yang banyak melukai hatinya atau... menyepikan diri sekali lagi?