IzharRuslan's Reading List
3 histoires
(preview) KIAMAT - sebuah novel Izhar Ruslan par BukuFixi
(preview) KIAMAT - sebuah novel Izhar Ruslan
BukuFixi
  • LECTURES 264
  • Votes 5
  • Parties 1
Tamim membawa harapan ibunya saat dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Malangnya dia terjebak dalam kegiatan sebuah kongsi gelap antarabangsa kerana cintanya pada Rukiya. Selepas beberapa tahun bergelumang dalam dunia jenayah, Tamim pulang ke Malaysia kerana mendapat berita ibunya sedang sakit tenat. Jalan hidup Tamim semakin sukar saat dia dikhianati dan kemudian dipenjara selama lima tahun. Di penjara, perkenalannya dengan Pak Ismail Chin setelah kematian emaknya membuatkan Tamim berubah menjadi seorang manusia yang kembali mendekati Tuhan. Pembebasan Tamim membawa dirinya berhijrah ke Kuala Lumpur. Hidupnya berubah sekali lagi apabila dipertemukan dengan seorang anak kecil bernama Damia yang diabaikan kedua orang tua, serta kemunculan seseorang yang mengingatkan Tamim akan masa silamnya yang hitam.
BERCAKAP DENGAN JUN par HasrulRizwan
BERCAKAP DENGAN JUN
HasrulRizwan
  • LECTURES 7,530
  • Votes 215
  • Parties 7
Kematian ibunya meninggalkan kesan yang mendalam pada kehidupan seorang anak kecil. Sejak itu dia memencilkan diri dan hidup bersendirian di sebuah taman perumahan kosong dan terpinggir di ceruk hutan. Orang kampung mengatakan dia lelaki gila di rumah kosong. Masa berlalu dan dia membesar dengan menyara diri sebagai seorang penyeluk saku. Setiap hari dia keluar seperti orang yang bekerja, memakai pakaian yang kemas seperti ke pejabat namun melakukan kerja menyeluk saku di dalam transit di Kuala Lumpur. Dia lelaki yang cekap dengan mata yang menyihir dan magis di tangannya. Tidak pernah tertangkap dan tidak sesekali takut kepada apa-apa pun. Sehingga satu malam, seorang gadis muda melahirkan anak di taman perumahannya. Dia membantu melahirkan anak tersebut dan bermulanya detik itu, pada waktu dia memegang seorang anak kecil, seluruh kehidupannya berubah serta merta. Menjadi lelaki yang kecut dan ketakutan separuh mati.
FANTASTIK par HasrulRizwan
FANTASTIK
HasrulRizwan
  • LECTURES 22,167
  • Votes 737
  • Parties 12
Cinta tidak penah memihak kepada Ali. Biarpun berkali-kali dia mencuba untuk mencintai seseorang, cintanya tidak akan berbalas dan berkesudahan dengan sempurna. Fucking hell. Ali dah malas untuk menjadi lelaki baik setelah percintaannya dengan Anita berakhir pada malam tahun baru. Ali pulang tanpa air mata dan menanam azam yang baru. Dia mahu jadi seperti burung Phoenix. Yang bangkit dari abu, terbang ke udara dan membakar kembali semangatnya yang pudar. Ali mahu jadi badboy!