Fixi
15 stories
KOTAK - sebuah novel Z. H. Tauhid by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 30,304
  • WpVote
    Votes 995
  • WpPart
    Parts 14
Kayla Pasha, 17 tahun. Sedar sedar sahaja segalanya kelihatan membingungkan lebih-lebih lagi apabila ada seorang gadis mengaku sebagai teman wanitanya, sedangkan dia tak ingat apa-apa. Lalu kotak itu hadir dan mengonarkan segalanya. Tentang siapa gadis itu dan siapakah sebenarnya pelaku di sebalik ketidakwarasan ini. Ini kisah misteri pembunuhan gemar berfalsampah serta merobek waras. Juga disulami kisah cinta terlarang sebagai perencah.
SAHUT - sebuah novel oleh Rasis by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 48,929
  • WpVote
    Votes 1,344
  • WpPart
    Parts 15
Radhi sedang bersembunyi di dalam bilik guru di sebuah sekolah berasrama penuh bernama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) daripada dikesan oleh rakan-rakan sekolahnya yang telah pun menjadi zombie. Namun, Radhi terpaksa keluar dari tempat persembunyiannya untuk menyelamatkan Sofea. Keadaan mereka berdua sudah dikira baik sehinggalah Radhi mula mengesyaki Sofea terlibat dalam pembunuhan beberapa hari yang lalu. Radhi akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Sofea bersendirian. Masa diundur pada waktu segala-galanya bermula...
FOXFIRE - sebuah novel Farid by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 16,041
  • WpVote
    Votes 279
  • WpPart
    Parts 14
Dua mamalia kacukan di Pantai Timur, kehilangan ibu mereka dalam sekelip mata. Impaknya, mereka diseret kedalam konflik terancang. Dibawa jauh dari tanah tumpah darah dan dibiar tersadai di benua terasing untuk menjejaki cahaya hebat, Foxfire, demi persetujuan dunia. Bermula dari situ, terbongkarnya rahsia yang menoktahkan kemegahan sebuah kerajaan yang bersembunyi.
GINJAL - sebuah novel Bali Baim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,020
  • WpVote
    Votes 1,124
  • WpPart
    Parts 14
Penyiasatan pihak polis ke atas satu siri pembunuhan yang melibatkan ginjal mangsa. Aslan, detektif yang baru ditukarkan ke unit siasatan jenayah, dan dia terus mendapat kes sulungnya melibatkan seorang perempuan yang telah ditikam ginjal. Sedikit demi sedikit dia lalu terobsesi dengan pembunuh bersiri itu. Mampukah Aslan mengesan subjek obsesinya?
KASTA - sebuah novel Noer Wahi by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 10,254
  • WpVote
    Votes 173
  • WpPart
    Parts 15
Intan Mastura mengasaskan Gersik, sebuah kumpulan memperjuangkan hak kaum minoriti. Apabila dia digertak dan diculik, dia diselamatkan oleh Khairil Adha, kekasih lamanya. Keadaan menjadi rumit setelah Intan mendapat tahu Khairil sebenarnya bekerja sebagai ejen rahsia untuk pihak musuh...
LUPA - sebuah novel Fayyadh Z. Mahali by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 61,673
  • WpVote
    Votes 1,355
  • WpPart
    Parts 16
Setiap yang hidup pasti akan mati.' Namun, hakikat tersebut tidak bermakna bagi Tuah. Sebuah panggilan dari nombor yang tidak dikenali menjadi pembuka tirai pentas sebenar kehidupannya; kebenaran hakiki mengenai keupayaan untuk hidup kembali setelah mati. Dan segalanya bertambah rumit apabila memori seseorang bakal menjadi galang-ganti bagi setiap kematiannya. Apa motif pemanggil tersebut dan siapa dia yang sebenarnya? Adakah kebolehan tersebut bersifat kekal atau sementara? Dua pilihan terhidang kepada Tuah - mengakali si pemanggil misteri untuk memberikan jawapan, atau biarkan mereka meLUPAkannya!
CARI - sebuah novel Sheriel Aizan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 29,619
  • WpVote
    Votes 870
  • WpPart
    Parts 14
Men are from Mars, women are from Venus. Tapi Aideed Sufyan dari planet mana? Aideed is a rebellious alien yang tersangkut di Mars kerana memiliki physical features seorang lelaki, malangnya kurang nak menepati sahsiah diri seorang lelaki normal Malaya. Aideed yang perahsia dengan falsafah pelik-pelik itu satu hari hilang di bumi Manchester. Datang kemusykilan yang berbagai-bagai...
KOTEJ - sebuah novel Afiqah AR by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,705
  • WpVote
    Votes 1,544
  • WpPart
    Parts 13
Ozy seorang pelajar universiti tempatan yang hanya suka bersendiri, tidak suka berkawan dan amat meminati game penyiasatan. Dia didesak oleh ibu untuk pergi ke rumah opah ketika cuti semester. Opah tinggal di dalam sebuah kotej kecil di atas pulau. Kawasan itu sangat terpencil dan tidak diketahui ramai akan kewujudannya. Walaupun opah bersendirian di kotej itu, pada sebelah siangnya dia ditemani oleh tiga orang pembantu - Pak Kasim, Pak Badar dan Mawarsari. Pelbagai kejadian aneh berlaku semasa ketibaan Ozy di pulau itu.
SEJAK - sebuah novel Majida by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 36,501
  • WpVote
    Votes 726
  • WpPart
    Parts 12
Hud kehilangan ibunya ketika dia masih kecil dan sekarang dia berada didalam tahun akhir persekolahan, ayahnya mengambil keputusan untuk berkahwin buat sekali lagi. Hud diperkenalkan kepada Raniya - seorang pelukis berusia 26 tahun yang kini bergelar ibu tirinya. Ini bagaimanapun, bukannya kisah Cinderella dan jika ianya ya, mungkin Hud yang patut pegang watak ibu tiri. Hud mempunyai perasaan berbaur terhadap Raniya dan lama kelamaan perasaan itu menjadi makin tidak pasti walaupun yakni sesuatu yang tidak patut ada.
IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirah by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 53,759
  • WpVote
    Votes 1,005
  • WpPart
    Parts 14
Nastasia. Apabila disuruh memilih antara Daddy dan manusia, siapakah yang akan dipilih? Najwa. Anugerah yang diterimanya tidak sekalipun menyenangkan hatinya, jauh sekali dihargai. Chad Dylan, pelajar pertukaran asing yang penuh misteri dan kool. Namun, apabila dia bertemu dengan Najwa, hidupnya mula dihambat bayangan masa silam. Berlarilah engkau walau ke hujung dunia sekalipun, identiti sebenar engkau pastinya mengejar dan mencengkam.