MinAdhiha's Reading List
3 stories
Nerdy Guy by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 423,623
  • WpVote
    Votes 20,785
  • WpPart
    Parts 31
Husna Humaira begitu membenci Aiman Amzar, budak baru yang sangat Nerd dan berlagak alim padanya. Aiman Amzar seorang lelaki yang pada luaran nampak gagah sedangkan dia sering sawan pengsan bila stress atau terkejut. Dalam diam dia menyimpan perasaan kepada seorang gadis angkuh, Husna Humaira. Kehadiran Aizar membuatkan hati Husna Humaira bebunga-bunga, memang selera Husna Humaira, kaya dan kacak. Siapakah Aizar? Bagaimana kesudahan si Nerd mendapatkan cinta si Hot cantik jelita yang angkuh?
Cinta Paling Agung by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 37,057
  • WpVote
    Votes 612
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Cinta Paling Agung Penulis: Umie Nadzimah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-55-5 Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni --- AKU TERIMA NIKAHNYA, bukan sekadar janji kepada si dia dan ibu bapanya, tetapi ikrar kepada Tuhan untuk jaga si dia dunia dan akhirat. Janji Khairi pada malam pertama, Amyza la wanita terakhir untuknya. Rumah tangga mereka tersangat indah pada awal perkahwinan. Amyza cantik, seksi dan merupakan isteri kebanggaannya. Khairi pula seorang yang kacak, bergaya dan berwang. Mereka punya anak yang comel dan bijak. Heaven! Semua orang cemburu… Entah apa silapnya, pada ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan, segalanya berubah. Tiada lagi syurga rumah tangga. Khairi sudah berpaling tadah. Katanya dia sudah bertemu bidadari suci yang mengisi ruang hati dan bidadari yang boleh bawa dia ke taman syurga yang sebenar. Lalu Amyza akan disingkirkan. “Kenapa abang? Kenapa?” - AMYZA “Abang bukan miang, Myza. Abang cuma rasa yang abang ni sudah tidak ada perasaan cinta lagi kepada Myza. Hari-hari rasa kosong!” - KHAIRI Amyza nanar. Berpisah itu bukan kehendaknya kerana dia terlalu mencintai si suami. Segala usaha telah dilakukan, Khairi tetap tidak berubah. Betulkah perasaan Khairi telah tiada untuknya? “Sebelum berpisah, abang kena ikut syarat-syarat Myza…” tegas Amyza. “Whatever…” balas Khairi selamba. Hati menyumpah! Tak kuasa untuk ulangi semula momen malam pengantin mereka. Semuanya sudah hambar. Pada saat genting akhirnya, Amyza mendapat idea baru untuk pulihkan hubungan. Ternyata ia membawa cahaya pada rumah tangga mereka. Tetapi mampukan idea itu mengembalikan perasaan cinta Khairi kepada Amyza? Bagaimana pula dengan bidadari sucinya? Temui segala jawapan dalam Cinta Paling Agung. Sesungguhnya cinta kepada Dia harus melebihi segalanya...
Alergi Mamat Romantik by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 127,242
  • WpVote
    Votes 2,686
  • WpPart
    Parts 15
Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata, hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua kriteria. 1. Bukan kawan baik. (Pernah bercinta separuh jalan dengan kawan baik.) 2. Bukan lelaki romantik. (Lelaki mulut manis biasanya kaki perempuan.) Lalu muncul pula peguam baru di ofis Kaisara. Habis dibangkang kriteria lelaki idaman Kaisara yang langsung tak masuk akal. Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ni adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara kena ajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek 'romantik' diterima tanpa rela.