karyaseni2u
- Reads 22,366
- Votes 454
- Parts 10
(Adaptasi Daripada Filem terbitan Astro)
Tajuk: Tercipta Untukku
Penulis: Marissa
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0890-64-7
Harga: RM25 (Semenanjung) // RM28 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Oktober 2015
Tiga kali mereka dipertemukan dengan cara yang tidak diduga. Tanpa sedar, ketiga-tiga
pertemuan itu rupa-rupanya pembuka jalan untuk mereka saling mengenali. Namun,
bukan mudah membina kemesraan.
Adil merasakan seperti ada yang tidak kena dengan Thia. Serupa minah senget pun ada. Pelik
sungguh, tapi gadis itulah yang membuatkan dia tersenyum dan teringat selalu. Melalui anak
saudaranya, Alif yang merupakan salah seorang anak murid Thia, Adil mendekati Thia.
“Tadi Teacher Thia kirim salam kat Unckedil.”
“Lah, apa pasal baru sekarang Alif nak cakap?”
“Lupa…”
“Ngeee, muda-muda dah lupa.”
“Tapi kenapa tiba-tiba Teacher Thia kirim salam kat Unckedil?”
“Sebab Alif cakap Unckedil kirim salam kat Teacher Thia.”
Habis!
Tidak sangka, hubungan antara Adil dan Thia berubah sama sekali selepas itu. Namun, ketika
bunga-bunga kemesraan sedang berputik, mereka harus terima hakikat ada sesuatu yang menghalang hubungan mereka untuk ke fasa seterusnya.