m.h story book
21 stories
Kahwin Or SPM ? by Zdirectioners
Zdirectioners
  • WpView
    Reads 73,252
  • WpVote
    Votes 2,541
  • WpPart
    Parts 9
♥Ina dan zikry dijodohkan oleh ibubapa mereka sejak kecil lagi. Tapi, Ia dirahsiakan dan sampai satu masa yang mereka telah dewasa, ibubapa mereka menceritakan tentang kisah itu. ♥Mereka dipaksa kahwin. Dan kedua duanya menerima lamaran itu. Mereka berkahwin pada ting. 5. ♥Sekian lama berkahwin, cinta mereka mula berkembang tetapi sampai cinta Zikry terhenti serta Ina pula diuji dengan perubahan mendadak Zikry. - Apa yang berlaku sebenarnya? Benarkah mereka saling mencintai? Adakah mereka akan kekal bersama ? Nantikannya di 'Kahwin or SPM ?' P/s : Tajuk sementara
Cik Cinderella Dan Encik Tengku (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 72,536
  • WpVote
    Votes 1,242
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: Cik Cinderella dan Encik Tengku Penulis: Airisz Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-71-0 Harga: RM21 (Semenanjung) // RM24 (Sabah & Sarawak) Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam! Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf. Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…
Cinta classmate by waghdeenna
waghdeenna
  • WpView
    Reads 557,723
  • WpVote
    Votes 22,006
  • WpPart
    Parts 38
Ania zahra telah meminati seseorang sejak di bangku sekolah menengah. Dia hanyalah gadis biasa yang rendah, kurang cantik dan hidup dengan sederhana. Ania yang suka bergaul dengan lelaki menyebabkan Puan Ainur ingin jodohkan Ania dengan seorang lelaki pilihannya. Namun mampukah Ania melupakan lelaki yang diminatinya sejak sekolah menengah itu dan berkahwin dengan pilihan ibunya? Siapakah pilihan ibunya itu? Satu hari nanti aku akan suka kau pula- Aldric Bukalah hati kau untuk orang lain, lupakan kisah silam kau-Irah Siapalah nak dekat aku ni?- Aku
Sayang, Anak Mak! by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 49,041
  • WpVote
    Votes 1,047
  • WpPart
    Parts 10
Tajuk: Sayang, Anak Mak! Penulis: Nojie Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-91-4 Harga: RM28 (Semenanjung) // RM31 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2015 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Penerbitan Karyaseni “Patutnya abah bersyukur sebab Amani tak habiskan masa dengan teman lelaki. Bercouple tu kan haram.” – AMANI. Amani menggelabah dengan permintaan karut Encik Bakarudin. Permintaan itu tak pernah dibuat dek abah orang lain. Nak kenalkan macam mana, kalau Amani tak ada teman lelaki? Yalah, Amani ni perempuan jenis kasar, berani dan hobinya pula merempit. Sudahnya, dilantik anak mak itu sebagai hero untuk drama sebabak pakwe makwe yang akan diarahkan dan dilakonkan sendiri. “Saya kan ada? Saya boleh kahwin dengan Amani!” – HAFIEY. Dek lafaz janji spontan Hafiey, drama sebabak pakwe-makwe dengan Amani sudah menjadi realiti yang tiada tamat tempoh. Mereka berdua diikat dalam ikatan yang direstui oleh keluarga sampai hujung nyawa, walaupun perkahwinan tiada rasa cinta. Malam pertama, Hafiey dah kena denda. Itu la! Siapa suruh memandai yang bukan-bukan dengan Amani, anak si askar pencen tu. Anak mak bukan sebarang anak mak. Anak mak ni berani mengakui perasaan sendiri. Tak seperti lelaki lain kat luar sana. Hafiey mengaku suka dan sayang kepada Amani. Tapi, apabila masuk soalan seterusnya, anak mak ni dah jadi bingung sekejap. “Kau cintakan aku?” – AMANI. “Cinta. Apa maksudnya, ya? Mak tak pernah ajar pulak pasal cinta.” – HAFIEY. Apabila Hafiey melancarkan kempen memikat, Amani dah menggelabah. Senyuman Hafiey dirasakan lagi manis daripada gula. Risau! Kalau dibiarkan, Amani pasti akan terkena penyakit diabetes cinta Si Hafiey. Tapi, Hafiey tak pernah mengalah. Dia menantu askar pencen. Jadi, harus la berjuang sebelum mengaku kalah!
Kawan Sampai Kahwin! by IrraFasra
IrraFasra
  • WpView
    Reads 648,221
  • WpVote
    Votes 24,630
  • WpPart
    Parts 39
"Kita kawan sampai bila-bila" -Nadine Sophia "Tak. Kita kawan sampai kahwin" -Naqiuddin Ahmad
Suamiku Paling Sweet by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 205,592
  • WpVote
    Votes 4,701
  • WpPart
    Parts 11
“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya. “Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ “Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA “Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ
GEMUK fabulous! by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 499,296
  • WpVote
    Votes 23,365
  • WpPart
    Parts 31
Mel atau nama gelarannya Comel. Seorang gadis yang agak gemuk dan happy go lucky. Kehadiran Naufal membuka pintu hatinya. Walaupun sekadar cinta monyet dia cuba mendapatkan Naufal. Halangan terbesarnya Fisya gadis bersaiz S. Satu kejadian memalukan menyebabkan Mel membawa diri ke Perancis. Adakah hatinya masih untuk Naufal?
Encik Suamiku Hipster by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 52,991
  • WpVote
    Votes 1,072
  • WpPart
    Parts 15
Novel Terbaru November Tajuk: Encik Suamiku Hipster Penulis: Hazel Jay Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-94-5 Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2015 Cara Pembelian : www.p2u.my / Aplikasi Karyaseni Hania telah melanggar tradisi keluarganya. Mengikut tradisi keluarganya, setiap keturunan ibunya perluberkahwin sebelum atau selewat-lewatnya pada usia 23 tahun. Namun, kala usianya sudah mencecah 25 tahun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami. “Aku dah tak ada pilihan. Mak aku tu duk membebel aje setiap hari sebab aku dah langgar tradisi keluarga dia. Umur aku tahun ni dah dua puluh lima tahun, tau? Boyfriend banyak kali ada, tapi seorang pun tak pernah nak menjadi. Sebab itulah aku pasrah ikut cadangan mak aku tu.”~ Hania Disebabkan terlalu tertekan kerana emaknya hampir setiap hari mendesak dia supaya berkahwin, dia pasrah menyerahkan hal jodoh kepada emaknya. Dia hanya boleh melihat bakal tunangnya itu selepas dia sah bertunang! Itu syarat yang emaknya telah tetapkan. Dua minggu selepas dia bertunang barulah encik tunang menghubunginya untuk berjumpa dalam keterpaksaan. “Helo cik tunang, awak ingat awak tu artis popular? Awak ingat awak tu Dato Siti Nurhaliza? Siap nak ada pihak TV berebut-rebut jadi penyiar tunggal ala-ala eksklusif majlis wedding kita? Awak ni memang kuat berangan, ek?” - Saffarin Alangkah terkejutnya Hania apabila melihat bakal suaminya ialah lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini dalam satu insiden pelanggaran yang tidak diduga. Siapa sangka, lelaki yang dia anggap ‘sesuatu’ itu ialah tunangnya! Haru-biru hidupnya. Selain itu, gaya pakaian bakal suaminya yang digelar fesyen hipster itu cukup dia tidak berkenan. Sebiji macam alien di matanya!
Miss Penyabar Dan Mr Pendingin by AkuroArishima01
AkuroArishima01
  • WpView
    Reads 1,150,313
  • WpVote
    Votes 48,691
  • WpPart
    Parts 67
Syafirah Amanina dan Syafiq Ikhwan yang kali pertama berjumpa di sebuah shopping mall. tetapi ada sahaja Syafiq tidak berpuas hati tanpa sebab dengan Syafirah. Syafirah pula seorang yang penyabar. Lagi bertambah dingin sikapnya terhadap Syafirah. Perangai Syafirah mula berubah sejak dia mengetahui sesuatu dari Syafiq. Dan sejak itu Syafirah tidak sabar dengan sikap Syafiq. Nasib tidak menyebelahi mereka dan sering terserempak. Perbalahan antara mereka sudah tidak boleh dihentikan. √BEST ACHIEVEMENT√ ~Teen Fiction #2~
Isteri Untuk Disewa by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 122,020
  • WpVote
    Votes 1,302
  • WpPart
    Parts 5
Tajuk: Isteri Untuk Disewa Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-60-4 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni Anda mempunyai masalah dalam perhubungan? Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda? Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia? Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya... Orang untuk disewa! Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876. Anytime, Anywhere... I’ll be there. Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat. “Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan. “Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO. “Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik. “Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup. Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?