Musuhku , Kekasihku [Xiumin Fanfic]
fabjongin_
- Reads 34,994
- Votes 1,569
- Parts 37
Ibarat kucing dan anjing , pantang berjumpa pasti mahu bertekak . Benda kecil mesti diperbesarkan . Semuanya tidak kena di mata mereka . Hanya tahu bertekak , bergaduh dan bertikam lidah . Bergaduh kemudian berbaik semula , sudah berbaik bergaduh semula . Pantang ada sahaja peluang pasti mencari pasal .
Park Hye Min , seorang gadis yang biasa biasa sahaja . Pantang orang mencari pasal dengannya , pasti dia akan membalasnya . Mana boleh beb cam ni !
Bagi Kim Min Seok pulak , seharian tidak dapat mengusik gadis itu , bagaikan tiada pelangi yang berada di langit . Bila gadis itu tidak hadir ke kuliah , dia bagaikan orang gila mencarinya !
Tanpa sedar , perasaan cinta mula berputik . Namun masing masing ego , tak mahu mengaku . Dengan bergaduh sahaja bagi melepaskan rasa rindu mereka . Untuk mengaku segalanya , huh aku bukan pandai jiwang jiwang karat !
Adakah mereka akan bersama atau berterusan bercakaran?
Hayati kisah ini ! Anda mampu gelak tergolek -golek .