Buku Fixi
20 stories
(preview) PARCEL - sebuah novel Simon Malik by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 800
  • WpVote
    Votes 12
  • WpPart
    Parts 1
Sebagai tukang pasang talian internet di lautan, Faisal selalu berjauhan dengan isterinya Anis. Satu hari, dia ditugaskan untuk menghantar parcel ke pelantar Stella Fortuna. Itu bukan tugas biasa, dan parcel itu harus dijaga seperti nyawanya. Malangnya, pelantar itu diserang Laguna Pirates, kumpulan lanun yang berbahaya dan ganas. Tujuan mereka: merampas parcel itu atas arahan Descartes. Laguna Pirates kemudian mahukan parcel itu, membuatkan Faisal dan Syaza, seorang lagi mangsa culik, tersepit di antara pertelagahan kuasa Laguna-Descartes. Bukan sembarangan barang yang terisi di dalam parcel itu. Salah tangan yang menerima, pasti hancur dunia!
(preview) LANGKAH - sebuah novel Dayang Noor by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,212
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 1
Ada apa dengan Saleha? Seksa sangat ke duduk dengan Maksu tu? Tak suka terkongkong dan kena tolong jual sate tiap-tiap malam? Dapat makan percuma, tak perlu bayar sewa bilikpun, Saleha tetap tak gembira. Marah sangat ke dengan Abang Hafiz yang tak izinkan dia kerja kilang? Atau bengang sebab abang kandung sendiri dah khianati janji? Saleha ada cita-cita. Jadi apa yang Saleha harapkan daripada jejaka asing bernama Bago itu? Mungkinkah dia Prince Charming? Knight in Shining Armour? Captain America? Walaupun tampak gagah, mampukah Bago beri apa yang Saleha idamkan? Hati-hati Saleha, bila dah berani melangkah...jangan lupa baca Bismillah.
SAHUT - sebuah novel oleh Rasis by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 48,941
  • WpVote
    Votes 1,344
  • WpPart
    Parts 15
Radhi sedang bersembunyi di dalam bilik guru di sebuah sekolah berasrama penuh bernama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) daripada dikesan oleh rakan-rakan sekolahnya yang telah pun menjadi zombie. Namun, Radhi terpaksa keluar dari tempat persembunyiannya untuk menyelamatkan Sofea. Keadaan mereka berdua sudah dikira baik sehinggalah Radhi mula mengesyaki Sofea terlibat dalam pembunuhan beberapa hari yang lalu. Radhi akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Sofea bersendirian. Masa diundur pada waktu segala-galanya bermula...
(preview) RAHSIA - sebuah novel Faizal Sulaiman by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 3,081
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 1
Arif berhempas pulas mencari jalan penyelesaian untuk datuknya Sumardi yang sudah berbulan terlantar sakit. Menurut pakar perubatan, Sumardi sepatutnya sudah lama meninggal dunia. Dengan bantuan Faz, teman wanita Arif, dia diperkenalkan dengan Melissa, seorang gadis yang mempunyai deria keenam. Mereka menyelami sejarah hitam keluarga Arif dan menemukan kisah cinta antara Sumardi dengan seri panggung bernama Dewi Anindyawati Alang Syukor, seorang penari Inang Renek yang datang ke Pekan Sungai Besar kira-kira 70 tahun lampau. Rahsia mistik terbongkar satu persatu. Siapakah yang akan tergoda untuk menuntut bela? Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa?
(preview) GANTUNG: 2 - sebuah novel Nadia Khan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 25,108
  • WpVote
    Votes 335
  • WpPart
    Parts 1
Sambungan novel bestseller GANTUNG. Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk. "What does this mean?" tanya Gibbs. "Tak tahu. Mungkin... apa yang aku pernah buat kat sekolah?" "Seriously, Ray... takkan kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?" "Melainkan kau ada buat benda lain yang kitorang tak tahu," sampuk KJ. Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT - dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal...
KOTAK - sebuah novel Z. H. Tauhid by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 30,308
  • WpVote
    Votes 995
  • WpPart
    Parts 14
Kayla Pasha, 17 tahun. Sedar sedar sahaja segalanya kelihatan membingungkan lebih-lebih lagi apabila ada seorang gadis mengaku sebagai teman wanitanya, sedangkan dia tak ingat apa-apa. Lalu kotak itu hadir dan mengonarkan segalanya. Tentang siapa gadis itu dan siapakah sebenarnya pelaku di sebalik ketidakwarasan ini. Ini kisah misteri pembunuhan gemar berfalsampah serta merobek waras. Juga disulami kisah cinta terlarang sebagai perencah.
GINJAL - sebuah novel Bali Baim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,037
  • WpVote
    Votes 1,124
  • WpPart
    Parts 14
Penyiasatan pihak polis ke atas satu siri pembunuhan yang melibatkan ginjal mangsa. Aslan, detektif yang baru ditukarkan ke unit siasatan jenayah, dan dia terus mendapat kes sulungnya melibatkan seorang perempuan yang telah ditikam ginjal. Sedikit demi sedikit dia lalu terobsesi dengan pembunuh bersiri itu. Mampukah Aslan mengesan subjek obsesinya?
KASTA - sebuah novel Noer Wahi by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 10,254
  • WpVote
    Votes 173
  • WpPart
    Parts 15
Intan Mastura mengasaskan Gersik, sebuah kumpulan memperjuangkan hak kaum minoriti. Apabila dia digertak dan diculik, dia diselamatkan oleh Khairil Adha, kekasih lamanya. Keadaan menjadi rumit setelah Intan mendapat tahu Khairil sebenarnya bekerja sebagai ejen rahsia untuk pihak musuh...
FOXFIRE - sebuah novel Farid by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 16,042
  • WpVote
    Votes 279
  • WpPart
    Parts 14
Dua mamalia kacukan di Pantai Timur, kehilangan ibu mereka dalam sekelip mata. Impaknya, mereka diseret kedalam konflik terancang. Dibawa jauh dari tanah tumpah darah dan dibiar tersadai di benua terasing untuk menjejaki cahaya hebat, Foxfire, demi persetujuan dunia. Bermula dari situ, terbongkarnya rahsia yang menoktahkan kemegahan sebuah kerajaan yang bersembunyi.
KOTEJ - sebuah novel Afiqah AR by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,718
  • WpVote
    Votes 1,544
  • WpPart
    Parts 13
Ozy seorang pelajar universiti tempatan yang hanya suka bersendiri, tidak suka berkawan dan amat meminati game penyiasatan. Dia didesak oleh ibu untuk pergi ke rumah opah ketika cuti semester. Opah tinggal di dalam sebuah kotej kecil di atas pulau. Kawasan itu sangat terpencil dan tidak diketahui ramai akan kewujudannya. Walaupun opah bersendirian di kotej itu, pada sebelah siangnya dia ditemani oleh tiga orang pembantu - Pak Kasim, Pak Badar dan Mawarsari. Pelbagai kejadian aneh berlaku semasa ketibaan Ozy di pulau itu.