mlllllly's Reading List
20 stories
Cinta Tanpa Ruang  by Naeltha
Naeltha
  • WpView
    Reads 34,711
  • WpVote
    Votes 1,997
  • WpPart
    Parts 57
Karya ini hanyalah karya santai dan suka-suki saya sahaja. 📜 Nota: Karya ini adalah daripada saya sepenuhnya. Hak cipta terpelihara. Plagiat merupakan kesalahan serius dan dilarang sama sekali‼️📢 ___________________________________________ Mengisahkan tentang pasangan bahagia, Idris Maleeq dan Iffa Auferia, yang sedang menyulam niat untuk mendirikan rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Namun, angan mereka musnah serta merta apabila kemalangan menimpa Iffa. Di hujung hayat Iffa, hanya satu permintaan yang dipinta buat Idris dan adiknya, Iman Aurelia, meneruskan perkahwinan idamannya. Permintaan yang diterima amatlah berat buat kedua-dua belah pihak. Sama ada calon, mahupun keluarga. Akhirnya, kata sepakat menjadi jawapan semua pihak. Tiada yang dipaksa dan tiada yang terpaksa. Maka terjalinlah sebuah ikatan tanpa cinta, hanya janji untuk mencuba membahagiakan antara satu sama lain. "Kita cuba, kita ikhtiar. Aku yakin, Allah pandang usaha kita. Yang selebihnya tawakal." -Idris Maleeq- Perkahwinan bukan permainan. Mereka cuba dan mencuba sehingga salah seorang daripada mereka berasa sesuatu yang lain sedang menghuni jiwanya. Namun, kata hanyalah kata. Iman tersedar satu perkara, selama hubungan ini berlayar, segala cubaan bukan mendorong ke arah cinta, namun hanya keselesaan. "Layanan awak pada saya hanya seperti seorang abang yang melindungi adiknya. Awak tak pernah beri ruang pada diri awak untuk cintakan saya." -Iman Aurelia- Hakikat itu menghentam dasar hati Iman, jiwanya sudah terikat cinta. Hatinya sudah mula memberikan reaksi apabila nama Idris disebut. Namun, mengapa ruang diantara mereka semakin menipis? Tujuan mereka semakin kabur. Adakah karam ditelan lautan, atau terus berlayar menuju pelabuhan? Ya Allah, sesungguhnya aku berserah sepenuhnya kepada engkau...
Dia, Bintang di Syurga by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 89,245
  • WpVote
    Votes 7,253
  • WpPart
    Parts 56
( inspirasi daripada kisah nyata ) "Dia, suami dari neraka yang masih ku anggap sebagai kiriman terindah daripada Tuhan." Iman kalau bertentang dua kepala dengan Aisar, fuh! Musuh tradisi, anjing dengan kucing, perang dunia ketiga, semua boleh masuk! Tapi, ada sisi Aisar yang Iman suka. Aisar... protective! "I tunang Iman. Lagi dua bulan, kami akan kahwin. So, I harap you tak ganggu bakal isteri I sebelum i cabut semua gigi jonggang you. Faham?" -WAAN AISAR "Kenapa awak cakap yang kita nak kahwin? Nanti tak fasal jadi gosip murahan satu hospital ni!" -IMAN NADEENA Di sebalik rasa bahagia, pasti ada onak duri yang kunjung tiba. Aisar, pencinta kaum sejenis. Bukan dia tak cuba berubah, dah cuba. Bukan dia tak cuba ubati, dah cuba. Cuma, tak boleh. "Mama nak Waan kahwin Qamelya. Prove me that's you're not gay!" -PUAN SRI SYUHADA "Mama nak Waan kahwin dengan Qamelya? Qamelya yang ada kanser tu? Siapa nak bimbing siapa sebenarnya ni?" -WAAN AISAR Dan, di sini Iman. Kononnya, sudi jadi isteri atas kontrak. Langsung tidak mengaku cinta. Padahal, diri dilamun cinta asmara! "Apa kata kita kahwin, Aisar? Lepas awak jumpa orang yang awak suka, cinta sebenar awak, kita berpisah baik-baik?" -IMAN NADEENA Kisah ini bukan kisah bahagia. Saat ingin mengecapi rasa manisnya bersama, saat itu lah, derita saling merobek rasa cinta yang terbina. Mahligai ini... tidak selamanya kukuh di sini. [ update everyday | spin-off bukan cinta sempurna ] WARNING: WATAK PEREMPUAN LEMBIK MACAM JELI!
LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART [BAKAL DITERBITKAN] by easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Reads 5,335,477
  • WpVote
    Votes 63,646
  • WpPart
    Parts 13
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka itu mendirikan syarikatnya sendiri membuatkan dirinya lebih terkenal dan dihormati ramai.Tidak kira tua atau muda, semua perkataan lelaki tersebut pasti akan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, disebalik bersinarnya lelaki itu dimata dunia, masih ada sisi lain yang disembunyikan.Tiada siapa yang tahu selain kawan rapatnya.Bahkan, keluarganya sendiri tidak tahu sisi tersebut! Dia kejam. Dia psiko. Dia gila. Apabila dirinya sudah bertukar ke sisi gelap itu, maka tiada siapa yang dapat menghentikannya.Segala kekejaman dan kesakitan yang diberikan olehnya bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Silap sedikit, lenyap! "Awak, jangan marah - marah lagi tau?" Bertemu dengan ARIN MIKAELA, umpama jejaka bermata hitam gelap itu telah menjumpai painkillers nya.Melihat saja wajah polos gadis itu, dirinya yang tidak terkawal dapat kembali normal.Dan.. Hanya Arin Mikaela saja yang dapat mengawal dirinya. *** [Action × romance] [Nashadrian × Arinmikaela] Start : 8 Sept 2021 Status : completed
SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing] by qissrazaak
qissrazaak
  • WpView
    Reads 419,559
  • WpVote
    Votes 15,738
  • WpPart
    Parts 75
~ SAYA AKAN JAGA AWAK ROSEREEN❗~ [Syed Irfan & Nisrena Rosereen Love Story] -ORIGINALLY STORY FROM WATTPAD.COM- CEKCK OUT SAYANG CIKGU PRAKTIKAL 2 NOW!! Seorang gadis bernama 'Nisrena rosereen' telah jatuh hati pada salah seorang guru praktikalnya iaitu 'Syed irfan' kerana penampilan dan suaranya yang memukau semua wanita bila menyanyi. Mereka mendirikan rumahtangga bersebab! Bukannya dipaksa. Tetapi terpaksa! Bersedia atau tidak, mereka PERLU dinikahkan walaupun mungkin tiada siapa yang tahu punca sebenarnya. Biarlah rahsia itu mereka sahaja yang tau. Tetapi bahagiakah seorang pelajar bersama seorang guru? "kenapa awal sangat kau nak kahwin?" terkejut Selrose dibuatnya. "tapi, dengan sapa kau nak kahwin nis?"-Maya bertanya bila tak ada jawapan untuk soalan Selrose dari Nisrena Rosereen. "saya." ujar Sir. "saya akan jaga awak sampai habis nafas saya rosereen, walaupun awak tu pelajar saya" - syed irfan Rahsia apakah yang disimpan selama ini? Adakah rahsia ini akan terbongkar satu masa nanti? NANTIKAN cover photo by @reenmedina
[TERBIT] Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2 by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 1,889,678
  • WpVote
    Votes 94,074
  • WpPart
    Parts 63
━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat ni sampai mati, Warda. Kau pembunuh! Pembunuh Bella! Sampai mati pun aku takkan maafkan kau.❞ Amanah yang aku titipkan, terabai. Kepercayan yang aku tinggalkan, dikhianati. Bagaimana harus aku percaya lagi? -Nuffaiq Wildan ❝Apabila injap jantung ini sudah digantikan dengan yang baru, aku mahu berbakti di luar. Tak kisah di mana-mana. Afrika, Somalia atau Syria sekalipun. Asalkan jauh dari sini.❞ Kerana aku tidak punya sesiapa di sini. Kerana diri ini dibenci. Oleh dia. Oleh mereka. Atas kematian Bella. -Lilyrose Warda Namun, takdir Tuhan tertulis sebaliknya. ❝Doktor Nuf, ada seorang pesakit kritikal memerlukan pembedahan injap jantung segera!❞ Sesalan yang dirasa sudah tidak berguna. ❝Kalau aku tahu dia orangnya, takkan aku cemarkan tangan aku buat pembedahan tu! Biar dia rasa apa yang Bella rasa dulu.❞ Ke mana hilang sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri Dr Nuffaiq Wildan? Apabila ianya melibatkan seorang wanita bernama Lilyrose Warda, tanggungjawab sanggup diketepikan. Dendam dan kebencian menjadi keutamaan. ❝Aku akan pastikan semua perbuatan kau pada Bella akan memakan diri kau semula. Sampai waktu tu, kau sendiri akan minta supaya nyawa kau ditarik!❞ Tak perlu tunggu waktu itu, Nuf. Sekarang pun Warda rela mati. Jantung, berhentilah berdetak! Biar aku mati! *** Kisah tragis tangan yang membenci dan jantung yang disakiti... Bisakah saling mencintai? Mampukah saling mengubati? Atau tangan akan terus membenci sampai jantung itu terhenti.. ❝..your words in my head, knife in my heart. You build me up and then I fall apart..❞ Start: 24/10/2018 Ended: 09/04/2020 WARNING: COPYCAT WILL DIE IN THE MOST TRAGIC WAY
Kita Hanya Kawan? ( Ready Stok) by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 7,849
  • WpVote
    Votes 234
  • WpPart
    Parts 15
dari versi Wattpad ke versi cetak. kisah Lana dan Ali
Dia... Bidadari Milik Luqman ( AKAN DATANG) by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 5,500
  • WpVote
    Votes 408
  • WpPart
    Parts 11
Blurb Ain dan Luqman. Tak pernah sebulu sejak dari kecil. Pantang berjumpa, ada saja perang mulut yang berlaku. "Kau dengar sini perempuan. Lelaki yang dapat kau sebagai isteri, memang malang nasib dia. Silap-silap, kau jadi janda."-Luqman "Entah-entah, kau jadi bujang terlajak tapi kau jangan risau. Kalau aku masih tak kahwin lagi atau dah bergelar janda, biar aku pinangkan kau."-Ain Tiba-tiba hati masing-masing sudah pandai menderhaka. Mulut kata benci tapi di hati, perasaan lain yang muncul. Di saat Ain dilamar seseorang, dia cuba dapatkan kepastian. "Pernah tak kau suka aku?"- Ain "Memang tak lah aku nak suka kau. Nak anggap kau kawan pun tak pernah."- Luqman Ain akur dirinya bertepuk sebelah tangan. Selepas bergelar isteri, Ain tiba-tiba menghilang hampir 10 tahun. Sehinggalah... "Ada orang meminang Man. Mak dah setuju."- Mak Yam "Mak! Kenapa mak pandai-pandai sangat ni buat keputusan? Mak sedar tak siapa yang pinang Man tu? Ain mak... Ain!"- Luqman Hidup Luqman jadi huru hara dipinang Ain yang kini sudah bergelar janda. Takkan disebabkan sumpahan Ain dulu, dia terkena sumpahan. Tapi gara-gara pengakuan Ain, Luqman nekad untuk menjadikan wanita itu isterinya. "Ain harap, kehadiran Ain dalam hidup Man bukan satu beban." - Ain "Aku akan cuba bahagiakan kau dengan tulang empat kerat aku ni. Tapi kau kena hadaplah lelaki muka berkilat ni."- Luqman Apakah yang berlaku dalam hidup Ain sepanjang dia tinggalkan kampung? Dan adakah rumah tangga mereka sama seperti dulu yang sering dihiasi dengan pergaduhan?
Suri Hati Encik Serius ( Sold Out) by azwari85
azwari85
  • WpView
    Reads 27,516
  • WpVote
    Votes 433
  • WpPart
    Parts 23
Bismillahirahmanirahim 🌟 Yang dinanti-nanti telah tiba! #SuriHatiEncikSerius 🔥 MIA AZWARI 🔥 "Saya tak nak teruskan pertunangan ni." -Aufa Batrisya "Kenapa?"-Tengku Riyadh "Sebab kita tak serasi."- Aufa Batrisya "Pelik. Kita baru jumpa tak sampai 10 minit. Tapi awak dah cakap, kita tak serasi."- Tengku Riyadh Bercakap dengan Tengku Riyadh yang berwajah serius 24 jam hanya menyakitkan hati. Demi menghilangkan tekanan, dia melepaskan semua itu di tempat yang salah. Dan berakhir dengan tragedi hitam. Malang nasib Aufa apabila dia menerima hukuman tinggal di sebalik tirai besi selama beberapa tahun. Di sanalah, Aufa sedar kesilapan yang dilakukan olehnya. Hampir empat tahun terkurung, dia dibebaskan. Namun dia dikejutkan dengan kehadiran lelaki yang bergelar tunangannya dulu. "Be my wife, Aufa Batrisya."- Tengku Riyadh Kemunculan lelaki itu menghuru-harakan kehidupan Aufa. Tak mungkin lelaki itu masih ingin menjadikan dirinya sebagai isteri setelah dia bergelar banduan. Atas permintaan orang tuanya, dia menerima lamaran Tengku Riyadh demi membalas budi lelaki itu. Aufa mulai menerima kehadiran Tengku Riyadh sebagai suami. Hari demi hari, cintanya bercambah di hati. Namun kepulangan kakaknya membuatkan Aufa tertanya-tanya. "Satu hari nanti, kau sendiri tak sanggup nak pandang muka dia disebabkan kisah silam kau."- Anis Benar kata Anis. Setelah rahsianya terbongkar, Aufa tak mampu melihat wajah lelaki itu lagi. Perpisahan dituntut demi mencari kebahagiaan sendiri. Ikhlaskan Tengku Riyadh menjadikan Aufa Batrisya sebagai suri hatinya selama ini? Adakah benar hati Aufa sudah tertutup untuk si suami? PREORDER SEHINGGA 1 APRIL : http://www.wasap.my/60129284568/KomboFight
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,205,323
  • WpVote
    Votes 72,803
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
MR BLIND  [COMPLETED] by ladyfrozenace
ladyfrozenace
  • WpView
    Reads 2,347,477
  • WpVote
    Votes 104,152
  • WpPart
    Parts 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan lelaki buta. Dia mengikut kerana amanat ibu bapa yang terhutang budi. " Ayahanda, Adam taknak kawin dengan perempuan tu!"- Tengku Adam " Ingat aku hadap sangat ke dia tu? harap muka je helok, perangai? eiiii nauzubillah!" - Tengku Dania Mereka berdua asyik nak bercakar saja, pantang duduk sekali. Lagi haru bila mereka dipindahkan ke istana bongsu hanya berdua! Habis la bergegar istana tu! "Saya pelik la...abang-abang awak nama semua start huruf H. Hazim dan Hakim. Kenapa awak Adam eh? Ke nama betul awak Hadam? Bagus la.. biar hadam sikit otak awak tu dengan perangai saya!" "Kau memang patut la lahir tahun ayam...Mulut kepoh, perangai tak senonoh. Asyik nak mengepak je sakitkan telinga orang!" Start : May 3rd 2020 End : October 28th 2020