fieqahnurulain's Reading List
10 stories
GEMUK fabulous! by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 499,721
  • WpVote
    Votes 23,365
  • WpPart
    Parts 31
Mel atau nama gelarannya Comel. Seorang gadis yang agak gemuk dan happy go lucky. Kehadiran Naufal membuka pintu hatinya. Walaupun sekadar cinta monyet dia cuba mendapatkan Naufal. Halangan terbesarnya Fisya gadis bersaiz S. Satu kejadian memalukan menyebabkan Mel membawa diri ke Perancis. Adakah hatinya masih untuk Naufal?
Jangan Jadi Aku by ShahrinEzzat
ShahrinEzzat
  • WpView
    Reads 112,741
  • WpVote
    Votes 4,653
  • WpPart
    Parts 36
Sah, cinta itu memang susah.
PUKAU (TELAH TERBIT) by MuhammadFatrim
MuhammadFatrim
  • WpView
    Reads 44,499
  • WpVote
    Votes 1,116
  • WpPart
    Parts 8
Wujudkah Pukau? Atau sekadar alasan telah ditipu seseorang? Pernah dipukau? Hadirkan kisah anda, buktikan jika pukau wujud!
(Preview) LAKNAT - sebuah novel Fahmi Mustaffa by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 11,259
  • WpVote
    Votes 240
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak kini boleh dibeli di fixi.com.my. Dan akan dijual di kedai-kedai biasa pada September 2015.
ROS - sebuah novel Naufal Azize by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 123,722
  • WpVote
    Votes 2,699
  • WpPart
    Parts 22
Hari demi hari, ejen khas, Zariqa sibuk ke sana sini menyiasat kes pembunuhan bersiri. Makin hari, mangsa di kalangan gologan korporat kian bertambah. Kini giliran Jo pula - dia yang baru pulang daripada kota London dikejutkan dengan kematian seluruh ahli keluarganya. Rumahnya habis dibakar – hangus segala isi. Persoalannya, Jo bukanlah daripada gologan korporat, mengapakah dia diburu? Bunga ros merah berserta darah setiap yang mati mungkin ada jawapannya.
Encik Suamiku Hipster by hazeljay86
hazeljay86
  • WpView
    Reads 26,520
  • WpVote
    Votes 614
  • WpPart
    Parts 17
Mengikut tradisi keluarganya, setiap keturunannya perlu berkahwin sebelum atau selewat-lewatnya usia 23 tahun. Namun, kala usia Hania sudah mencecah 25 tahun pun, dia masih belum ada kekasih hati yang bisa dijadikan suami. "Aku dah tak ada pilihan. Mak aku tu duk membebel aje setiap hari sebab aku dah langgar trasdisi keluarga dia. Umur aku tahu ni dah 25 tahun, tau? Boyfriend banyak kali ada, tapi seorang pun tak pernah nak menjadi. Sebab tulah aku pasrah ikut cadangan mak aku tu," ~ Hania Disebabkan terlalu tertekan kerana emaknya hampir setiap hari mendesak dia supaya berkahwin, dia pasrah menyerahkan hal jodoh kepada emaknya. Semuanya dilakukan demi mengelak dia dibebel setiap hari. Dia sudah bingit! Hania hanya boleh melihat bakal tunangnya selepas dia sah bertunang dengan lelaki itu. Itu syarat yang emaknya telah tetapkan. Dua minggu selepas dia bertunang barulah encik tunangnya menghubunginya untuk berjumpa dalam keterpaksaan. "Helo cik tunang, awak ingat awak tu artis popular? Awak ingat awak tu Dato' Siti Nurhaliza? Siap nak ada pihak TV berebut-rebut jadi penyiar tunggal ala-ala eksklusif majlis wedding kita? Awak ni memang kuat berangan ek?" ~ Saffarin Alangkah mengejutkan bila melihat tunangnya adalah lelaki yang pernah dia jumpa sebelum ini dalam satu insiden pelangaran yang tidak diduga. Siapa sangka, lelaki yang dia angap 'sesuatu' itu adalah tunangnya! Sesuatu yang mengejutkan. Selain itu, gaya pakaian tunangnya yang digelar gaya hipster itu cukup dia tidak berkenan. Sebijik macam alien di matanya! "Tapi, abang aku tu kaya tau? Kondo ni aje dekat dua juta harganya, dia boleh beli dengan selamba. Kereta Volkswagen Beetle dia tu pun mahal. Semua dia beli duit hasil jual baju-baju dia tu. Sebelum kau kena cerai dengan dia, kau kikislah harta dia dulu," ~ Hakem Bisakah Hania menerima tunang hipsternya sebagai suami? NOVEL INI AKAN DITERBITKAN DALAM VERSI CETAK OLEH PENERBITAN PENULISAN2U KELUARAN BULAN NOVEMBER 2015.
Pengawas Gila! by MyaAmeera
MyaAmeera
  • WpView
    Reads 1,894,348
  • WpVote
    Votes 97,110
  • WpPart
    Parts 66
Cinta? Mengarut semua tu. Tiada lagi perkataan 'cinta' untuk si Pengawas Gila, Sarah Zulaikha. Lagipun budak 'underage' mana boleh bercinta. SPM pun tak lepas lagi. Tapi dalam diam, dia menyimpan perasaan pada seseorang. Tapi siapa? Adakah Amirul Firdaus yang merupakan Ketua Pengawas di SMK Megah merangkap bestfriendnya? Atau Mohammad Addrian yang setia menunggunya selama bertahun-tahun? Shah Adam pula muncul kembali. Ingatkah dia pada Sarah? Apakah perasaan Sarah akan wujud kembali untuk Shah Adam? Oh my! Apa yang bakal terjadi? Key tak reti buat sinopsis, bacalah. Ni sinopsis beberapa bab awal je. Enjoy!
Suamiku Seorang Filosuf slash Fotografer by sufianabas
sufianabas
  • WpView
    Reads 13,306
  • WpVote
    Votes 171
  • WpPart
    Parts 3
Tengku Ariff Danial ada segalanya. Ayah yang kaya seperti Firaun, wajah yang wajib diselfie, dan kebijaksanaan seekor tupai yang terperangkap di kebun peladang yang kaki minum dan baran. Tapi Tengku Ariff Danial gagal memiliki hati Puteri Aisyah, seorang instag-tudung-seller-manic-pixie-girl yang comel nak mampus, tapi mempunyai iman titanium. Namun setelah brek tayar kereta ayah Puteri Aisyah dipotong, dan beliau mengalami kemalangan yang parah, kata-kata terakhir beliau sebelum melangkah keluar pentas kehidupan adalah, "Puteri, kau kahwinilah Tengku Ariff Danial, dan ini adalah permintaan terakhir ayahmu." Apakah Puteri Aisyah akan derhaka pada kata-kata yang dipengaruhi morfin ayahnya itu? Atau apakah beliau akan shopping, makeover, dan berselfie dengan caption "OMG babe, I kena kahwin paksa!"
IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirah by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 53,776
  • WpVote
    Votes 1,005
  • WpPart
    Parts 14
Nastasia. Apabila disuruh memilih antara Daddy dan manusia, siapakah yang akan dipilih? Najwa. Anugerah yang diterimanya tidak sekalipun menyenangkan hatinya, jauh sekali dihargai. Chad Dylan, pelajar pertukaran asing yang penuh misteri dan kool. Namun, apabila dia bertemu dengan Najwa, hidupnya mula dihambat bayangan masa silam. Berlarilah engkau walau ke hujung dunia sekalipun, identiti sebenar engkau pastinya mengejar dan mencengkam.
IDENTITI:2 by NajwaAzaki
NajwaAzaki
  • WpView
    Reads 45,407
  • WpVote
    Votes 1,709
  • WpPart
    Parts 58
Identiti:2, Cermin. Ada sedikit kaitan dengan Fixi's Identiti available in Wattpad only *** Mazlan seorang lelaki biasa yang gemar bersuka ria dengan teman sebaya. Semuanya kelihatan indah sehinggalah dia diganggu satu mimpi yang bukan biasa-biasa. Izzat adalah rakan baik Mazlan yang sekepala. Siapa sangka dia bakal mengetahui sesuatu yang tidak diduga walaupun segalanya hanyalah kebetulan semata-mata. Adib cuba menarik rakan-rakannya untuk sentiasa berada di jalan yang benar. Namun, mana ada manusia yang suci daripada debu dosa. Dalam dunia ni, kita tak akan kenal seseorang tu 100%. Pasti akan ada sisinya yang kita tak tahu. Apabila kita memaksa diri untuk tahu semua benda, padah akan menimpa! Sebab itulah, ada yang kata, kadang-kadang lebih baik tak tahu in detail dari terlalu tahu, takut kita tak boleh terima kenyataan. Mazlan tidak tahu yang dirinya telah melakukan kesalahan besar bersama empat rakan lain. Pelbagai siri gangguan mula menerpa diri mereka semua dan rahsia yang mereka cuba simpan kemas sedikit demi sedikit mula terburai di hadapan sahabat semua. Percutian ke Langkawi menjadi salah satu detik hitam dalam hidup mereka apabila dosa lalu mengejar kembali untuk dilunaskan. Hutang darah harus dibayar darah! Mampukah mereka menyelamatkan diri dari lipatan takdir? Apakah sekeping cermin mampu melindungi mereka? Ada apa dengan cermin? Ada di antara mereka yang menikam dari belakang demi menyelamatkan diri, namun siapa? Dalam kekalutan yang menimpa, masing-masing menanam kata-kata keramat dalam hati : "Korban itu perlu dalam misi menyelamatkan diri! Korbankan orang lain atau terkorban. Kau yang pilih!"