RiduanJudin
- Reads 1,168
- Votes 35
- Parts 9
PEMBUNUHAN Datuk Haris di Hotel Hilton, Petaling jaya menjadi satu tanda tanya. Satu-satunya wajah yang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup ialah wajah Malik, sekaligus membuatkan lelaki itu dikehendaki Polis. Dia nekad untuk membawa diri pulang semula ke Sabah iaitu tanah kelahirannya buat sementara waktu.
Mahairah - Seorang gadis kelahiran daerah Tambunan yang terbuka hijab matanya. Sering kali melihat manusia primitif yang berjalan berbondong-bondong. Misteri itu lebih parah apabila dia kerap kali pengsan. Apabila tersedar, dunianya sudah berubah.
Pertemuan Malik dan Mahairah menimbulkan semula perasaan cinta di hati mereka. Ini bukan pertemuan pertama mereka. Akibat hijab mata Mahairah yang terbuka, dia dan Malik terdampar di dunia yang tidak pernah terfikir dek minda. Mustahil ada jalan keluar! Untuk hidup di situ, mereka harus mati! Kematian di sini bermakna kematian di dunia nyata - sedang cinta antara mereka semakin luhur.
"Ini tempat orang yang sudah mati. Yang masih hidup tidak boleh berada di sini!" - Manusia Primitif.
Pembunuhan yang kejam. Misteri yang sukar dirungkaikan. Percintaan yang berakhir dengan air mata. 'Topeng' merupakan cara terbaik menyembunyikan kejahatan. Jangan sesekali tertipu. 'Hidup dengan percaya, bukan hanya melihat!'