miszzzH's Reading List
4 stories
#1 Masih Mahu Berahsia?|✔| by QilaNiz
QilaNiz
  • WpView
    Reads 1,664,568
  • WpVote
    Votes 61,649
  • WpPart
    Parts 88
DAHLIA ARIANA-Seorang remaja yang dihujani pelbagai dugaan dan menjadikannya matang dalam membuat keputusan. Banyak rahsianya dipendam ke dasar lubuk memori dek kerana masa lalunya yang kelam. TENGKU MUHAMMAD FAYYADH HAIDAR-Seorang remaja yang diasuh dalam keluarga yang senang. Bonus, dia dianugerahkan kesempurnaan wajah serta kebijaksanaan akal. Perkahwinan muda yang tidak disangka telah membuka tirai kesedihan buat Dahlia. Setiap manusia ada kelemahan mereka sendiri. Bagi Fayyadh, sikap ingin tahunya tentang sang isteri telah mengheretnya menyelam ke dasar masa silam Dahlia yang penuh dosa dah khilaf. "Apa yang kau cuba rahsiakan daripada aku,Aria?"-FAYYADH HAIDAR. " Kalau kebenarannya pahit dan kau tidak boleh menerimanya,kau nak buat apa? Ceraikan aku?"-DAHLIA ARIANA. Di saat kemanisan mula dirasai, Ada pula bala yang menanti, 6 tahun pemisah jasad dan hati, Janji Tuhan sentiasa ditepati. Sang dia mula memunculkan diri, Bagi menyembuhkan jiwa yang disakiti, Masih adakah rahsia lagi? Segalanya termaktub di buku ini.
Nak Kahwin Imam Muda! by ZhanaMatha
ZhanaMatha
  • WpView
    Reads 412,873
  • WpVote
    Votes 15,955
  • WpPart
    Parts 54
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca NKIM yang setia :) Terima kasih banyak-banyak atas segala sokongan, komen, dan votes daripada anda semua. NKIM kini dalam proses akhir editing sebelum diterbitkan. Bagi pembaca yang berminat untuk mendapatkan NKIM dalam versi cetak, anda semua boleh berikan nama, e-mail dan no.telefon di e-mail ini: zhana.matha[at]gmail.com. Terima kasih :) ******** Hana Tihani, gadis kolej biasa-biasa yang jatuh cinta dengan Imam Muda di kolejnya. Mampukah Hana mencuri hati jejaka beriman itu?
Tolong Pikat Hatinya [PUBLISHED] by IzzaAripin
IzzaAripin
  • WpView
    Reads 36,122
  • WpVote
    Votes 984
  • WpPart
    Parts 20
Antara Zara dengan Ryan, masing-masing ada sejarah hitam yang penuh noda yang tak mahu mereka kenang. Ryan masih meratapi cinta yang hilang hingga sanggup mengecewakan orang lain. Zara hidup dalam kebimbangan kerana melarikan diri daripada hantu silamnya. Lalu Ryan dan Zara bertemu di bawah satu bumbung. Berjanji menjadi teman tapi mesra, tetapi tak siapa sangka, panah sang arjuna sudah mengena hati mereka. Namun cinta yang didambakan Ryan ialah cinta terhalang. Zara tidak boleh menjadi miliknya kerana dia hak orang lain. Lantas bagaimanakah Ryan merebut cinta kali kedua ini? Bagaimana pula Zara membunuh hantu silamnya? Cinta mereka terhalang dek dosa silam, dendam dan kesumat. Mampukah cinta menyatukan mereka? "Usah bimbang, Ryan. Kalau aku nak cari teman istimewa, aku akan pilih kau dulu" - Zara
Srikandi vs Arjuna [PUBLISHED] by IzzaAripin
IzzaAripin
  • WpView
    Reads 5,045
  • WpVote
    Votes 95
  • WpPart
    Parts 18
Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan. Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih itu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu. Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.