Nino's Reading List
7 stories
𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐫𝐤 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 by _enckrahsia
_enckrahsia
  • WpView
    Reads 24,001
  • WpVote
    Votes 1,729
  • WpPart
    Parts 25
[KARYA KEDUA | COMPLETED] Hidup aku sebagai anak luar nikah, aku dihina, dicaci, dimaki dan didera bagai tiada harga diri. Semuanya aku telan bulat-bulat terima hakikat hidup. Tapi ini bukan salahku, bukan salah ibuku. Kenapa tiada siapa yang membela kami? Hina sangatkah kami. Kami juga manusia. Yang layak bahagia! "Permintaan terakhir saya, tolong bahagia walau tanpa saya. Janji dengan saya Fayyadh." - Alanna Alisha "Macam mana saya nak bahagia, kalau dengan awak pun saya tak sempat nak cipta kenangan." - Muhammad Fayyadh. "Kau ada aku, Alanna." - Muhammad Harraz. Saat-saat aku nak bahagialah kau muncul. Kenapa?! Memang aku tak layakkah untuk merasa walau sekelumit manis senyuman itu. Apa dosa aku. Sampai aku dilahirkan macam ni... AMARAN⚠️ : CERITA INI TERAMATLAH CLICHE DAN TIBER, AGAK² TK SUKA JALAN CERITA BOLEH STOP BACA... TERIMA KASIH.
Lily & Asyraf by theheartsara
theheartsara
  • WpView
    Reads 138
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 8
Bagi Lily, lelaki itu menjengkelkan kerana dia ada di mana-mana. Di rumah? Dia ada! Di sekolah? Muka dia juga! Lily harap dia ada magis untuk kaburkan diri daripada Asyraf! "Kau dah minum ke?" - Hasya Lily "Kenapa? Takut kena indirect kiss?" - Asyraf Jaris Satu insiden tercetus akibat kelalaian, kekhilafan dan kecuaian diri masing-masing. Sudahnya mereka terpaksa lakukan sesuatu yang mereka tak pernah jangka bakal berlaku!Hubungan itu terjalin atas dasar tanggungjawab. Lain pula apabila mereka sedar akan satu hakikat di mana sukar untuk mereka lepaskan rasa yang mula bercambah indah bak setaman bunga. "Walaupun parut ni dah lama, sakitnya masih sama kan?"
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 154,753
  • WpVote
    Votes 12,803
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
XOXO by Clotheclover_99
Clotheclover_99
  • WpView
    Reads 196
  • WpVote
    Votes 36
  • WpPart
    Parts 15
"Aku... aku tak sedia lagi. Aku takut. Lagipun aku tak tahu jika perasaan ini adalah cinta" Kaira. "Cinta ini sama seperti bermain dengan muzik...kita mula belajar bermainnya dengan peraturan, dan kemudiannya biarkan hati mengambil alih dan mengawal alunannya" dia merenung tepat pada mataku. "I'm back, babygirl!" dia tersenyum senget. Cinta. Kata azimat yang sering menjadi kegilaan buat orang ramai. Namun, tidak kepada Kaira. Setelah peristiwa pahit yang berlaku kepadanya empat tahun lalu, 'Cinta' adalah benda yang paling dia bencikan dan mahu mengelakkan dirinya semahu yang boleh. Insiden itu telah meragut nyawa kedua orang tua. Kini, hidupnya bergantung kepada tiga orang abangnya. Merekalah sumber kekuatan Kaira. Perpindahan mereka empat beradik ke Korea, menjadi titik permulaan baru buat Kaira. Udara segar, persekitaran yang baru dan orang-orang baru membuatkan dia jadi baru. Ataupun lebih selesa dikatakan, Kaira menjadi dirinya yang sebenar. Bibit kebahagiannya mula tercipta satu persatu. Dan kebahagiaan itu bermula dengan muzik. Kirin Art High School adalah sekolah untuk mereka yang ingin menjadi 'superstar' dan sekolah itu juga menjadi tempat Kaira mengenal erti cinta dan kehidupan yang baru. -------------------------------------------------------------------------------------------- Hai, Clover-san di sini! Saya dengan rendah diri , mengalu-alukan kehadiran para pembaca untuk menyelam ke dalam coretan saya yang tidak seberapa ini. Sokongan kalian amat saya hargai ❤❤❤ Jangan lupa 'vote', 'comment' dan simpan coretan ini dalam 'reading list' kalian. Untuk sebarang pertanyaan, info baru kalian boleh follow IG saya: @clotheclover99 Selamat membaca~ 🙆🏻🙆🏻🙆🏻
ROBOT TERBANG PENYELAMAT by muhdamir_
muhdamir_
  • WpView
    Reads 1,299
  • WpVote
    Votes 1,254
  • WpPart
    Parts 10
Robot Terbang Penyelamat melawan robot helang di bandar Bangi untuk melindungi penduduk di bandar Bangi itu. Terbang Penyelamat menghadapi masalah. Kesemua serangannya berjaya dipatahkan oleh robot helang. Malah, Robot Terbang Penyelamat yang canggih itu berjaya ditembak oleh robot helang. Dalam pada itu, Ahmad yang ditugaskan mengetuai operasi memusnahkan markas musuh, juga berhadapan dengan ancaman. Robot helang berjaya mengesan operasi tersebut. Akibatnya, pesawat Ahmad telah menjadi mangsa bedilan peluru berpandu robot helang durjana!
PERFECT MURDER by Cik_SkyHigh
Cik_SkyHigh
  • WpView
    Reads 3,123
  • WpVote
    Votes 1,404
  • WpPart
    Parts 9
Kes pembunuhan bersiri telah berlaku di kawasan tempat tinggal Min Jung Hyuk...penduduk setempat mula hidup dalam ketakutan dan mensyaki Jung Hyuk sebagai pembunuh bersiri kerana sikapnya yang sering berkelakuan aneh...Min Woo Hyun merupakan abang kepada Hyuk dan dia seorang yang peramah tidak seperti adiknya menyebabkan penduduk sering membandingkan dirinya dengan Hyuk. Disebabkan tidak ada bukti yang kukuh, detektif Cha Tae Yoon mula menerima tuduhan orang awam terhadap Jung Hyuk. Pembunuh bersiri yang misteri itu melakukan pembunuhan tanpa cacat cela sehingga kes itu sukar diselesaikan. Kes itu kini dikenali sebagai pembunuhan sempurna. Cara membunuh yang unik serta bunga yang ditinggalkan masih menjadi tanda tanya...mengapa pembunuh itu berbuat demikian? Kim Yu Na yang pernah menjadi tunang Tae Yoon kini berpindah ke rumah lamanya yang bersebelahan dengan Jung Hyuk. Jung Hyuk kembali bertemu dengan cinta pertamanya menyebabkan dia sering mengelak setiap kali bertemu dengan Kim Yuna. Kim Yuna juga berhasrat ingin mengubah Hyuk menjadi lebih baik...Tae Yoon makin tidak menyukai Hyuk dan ingin mencari bukti kukuh agar Kim Yuna kembali padanya... Siapakah pembunuh misteri itu?Benarkah Jung Hyuk dalangnya? Adakah Tae Yoon berjaya menyelesaikan kes itu? Siapakah akan menjadi pilihan Kim Yuna? . . . Saya amat berterima kasihh kpd App PitzMaker yg memudhkn saya utk menggambar watak2 yg ada di dlm crita saya ni..Walaupun ada banyak yang saya ubah seperti rambut, bentuk muka dan beberapa tambahan lain untk menampkkn perbezaan pada wajah setiap watak2 saya... Dan App Pinterest yg byk bagi saya idea2 baru disamping banyak gambar-gambar yg cantik..❤️
Di Bawah Salju by khrnisoff
khrnisoff
  • WpView
    Reads 688,165
  • WpVote
    Votes 53,518
  • WpPart
    Parts 60
[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan berkudanya. "Aduh! mana kawan kawan aku ni. Ya Allah janganlah aku sesat waktu macam ni." - Adira Humaira Seorang pemimpin yang berkuasa dan gagah. Menolak semua ajaran sesat. Menghancurkan salib itu haknya. Memburu dan berperang itu menjadi kebiasaan baginya. "Musnahkan semua salib, jangan biar satu pun tersisa di sini." - Qaid Darwisy Menegakkan Islam sudah semestinya. Dia bukan lahir lahir sudah pandai berperang tetapi dia di ajar dari kecil untuk menjadi panglima perang. Tiada niat untuk berlawan dengan kaum yang lemah tetapi muncul seorang wanita di dalam hutan yang berani ingkar arahannya. Dia tidak marah, cuma ego lelakinya tercabar. "Kau tidak mahu mendengar arahan aku?" - Qaid Darwisy "Semestinya tidak." - Adira Humaira "Kejar dia." - Qaid Darwisy Di situ, bermulanya bertempuran antara mereka berdua. Menjadikan nyawa sebagai taruhan sehingga kemuncaknya seorang daripada mereka mengundur diri. start : 28102019 end : 06072021