The Most Favourite List!
14 stories
creepyposta ~ maha koleksi by mycreepyposta
mycreepyposta
  • WpView
    Reads 1,700,211
  • WpVote
    Votes 49,846
  • WpPart
    Parts 77
C O M P L E T E D creepyposta ~ maha koleksi merupakan jilid pertama kompilasi karya Jeffrey Zain yang diwattpadkan setelah akaun Twitter beliau mencecah 18,000 followers. Kisah-kisah yang dipaparkan tak begitu klise drama Melayu, orang kata lah. Ada kisah mak zombie, mak kanibal, Mak Kau Hijau, Makcik Karipap, anak werewolf, cameo Kak Chom, anak Satan à la The Omen, Suami Ku Mr Stalker, adik beradik Hansel Gretel versi Melayu, kisah creepy campfire, kisah dato yang tak gembira dan Halloween Melayu. Kompilasi creepyposta menjadi Top 3 Buku Lejen Press paling laris di Pesta Buku Antarabangsa KL / PBAKL2017, buku paling laris di PBAKL2016 dan Top 5 Buku Fiksyen Bahasa Melayu MPH 2016.
Cerita Aku: Kahwin Muda by Ismariz
Ismariz
  • WpView
    Reads 572,409
  • WpVote
    Votes 20,077
  • WpPart
    Parts 22
Kalau kau cari cerita roman-picisan, kau silap. Kerana aku bercerita ikut kisah aku. Novel cinta itu semua bayangan, semuanya cerita awan-awangan. Tapi cerita aku realiti, berpijak di bumi zahir yang kau boleh rasa pahit manisnya. Berkahwin pada usia 17 tahun, bukan satu benda yang mudah babe. A lot of things I need to be struggled with. Tapi, bak kata suami aku, kalau niat kita baik, Allah akan bantu. Pegang pada philosophy ini, Allah is with me, Allah ma ana. This story is based on real experience. Indahnya bercinta selepas kahwin. Tiada unsur tokok-tambah. Kerana jalan cerita cinta yang indah ini, sudah Allah sediakan rencahnya; dari awal, hingga akhir. Untuk yang tersayang, arwah Rizqi Faiz bin Iskandar Rafiq (11/5/2012 - 11/3/2015) Bila tiba di 'sana' nanti, mummy nak ajak Rizqi baca kisah cinta mummy pada papa :*
Suami Idaman by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 361,683
  • WpVote
    Votes 14,170
  • WpPart
    Parts 17
Perkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di hati Laila Khaleesa apabila tidak sanggup menanggung kerinduannya terhadap suami yang dulunya tidak lansung dipedulikan. Hadirnya Hafiz merosakkan hubungan halal dan indah. Adakah Laila akan berpaling dari suaminya yang banyak bekorban demi hubungan suci?
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,450,715
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
BILA TERLAJAK SAYANG... by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 25,409
  • WpVote
    Votes 682
  • WpPart
    Parts 14
Karya ke-6 Umie Nadzimah Bila Terlajak Sayang... Sequel Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR 2) Sinopsis Mereka digelar pasangan paling romantik, macam belangkas, tak berenggang. Yup...begitulah realitinya, rukun dan penuh kasih sayang rumahtangga dia orang. “Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang ”~ Tajul Razin. “Iyalah tu, tipu jaga!” Indah Halina selalu mengusik tetapi dalam hati penuh kepercayaan pada si suami. Adat manusia , bila bahagia ada-ada sahaja yang tidak puas hati, dendam sana sini... “Apa buruk , kurang saya hingga tak diberi ruang lagi?”~ Indah Halina “Indah tak ada satupun kurang. Indah tetap bidadari abang”~ Tajul Razin Indah Halina keliru. Kata sayang separuh nyawa tetapi... Sayang? Haruslah sayang. Haruslah cinta. Tetapi apakan daya dia? Bukan dia tidak berusaha. Bukan dia tidak pertahankan . Segala-galanya dia telah cuba. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Mungkin Tuhan ingin pertingkatkan tahap imannya, sebab itu dia diuji dengan sesuatu yang paling dia sayang. “Kalau you tak boleh nak jaga hati dia lagi...Lepaskan dia cara baik. Jangan seksa dia demi kepentingan diri you. Ada orang lain yang boleh jaga dia dengan sungguh-sungguh hati bro”~ Tajul Fahin masuk campur semula . Sesungguhnya cinta pertama susah untuk dilepaskan. Bagaimanakah kesudahan kisah cinta mereka pabila dengan tiba-tiba bahtera bahagia dilanda gelora?
Kawan Sampai Kahwin! by IrraFasra
IrraFasra
  • WpView
    Reads 650,174
  • WpVote
    Votes 24,635
  • WpPart
    Parts 39
"Kita kawan sampai bila-bila" -Nadine Sophia "Tak. Kita kawan sampai kahwin" -Naqiuddin Ahmad
JUJURLAH NIKAHI AKU by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 62,737
  • WpVote
    Votes 774
  • WpPart
    Parts 16
Karya ke-5 Umie Nadzimah Karyaseni Sinopsis NURIN ASYIFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkannya. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikan dia? “Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...” Itu kata Alan Wong. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan jaga dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan . Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu. Zanif...Bos strawberri, lelaki bajet sempurna serba serbi. Memang la Nurin jatuh cinta sangat padanya. Namun bagaimana pula dia? “Err...Encik tahu rumah saya?” -Nurin “Ha...Itu tandanya apa?”- Zanif Ikhlaskah Si Strawberri ini menerima Nurin Asyifa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walau dicuba untuk jadi kuat dan tabah ...ada masa Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki. Tiba-tiba muncul Si Qayyum , pemuda yang tidak dikenali, yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan...Ikhlas, dengan niat untuk jaga dan lindungi Si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir. “Kena baca 30 juzuk al-Quran sebagai Mas kahwin...” Syarat Nurin . “Apa-apa saja saya sanggup”- Qayyum. Milik siapakah ‘Cinta Teakhir’ Nurin Asyifa? Si Alan yang terlalu menyayanginya? Atau Zanif yang akhirnya mengakui cintakana dia? Ataupun pada Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja? Temui jawapannya dalam JUJURLAH NIKAHI AKU...
Suratan Takdir Untukku by liaatishaa
liaatishaa
  • WpView
    Reads 5,156,180
  • WpVote
    Votes 115,321
  • WpPart
    Parts 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Safiyyah, dirinya akhirnya dibuang keluarga. Dicurangi suaminya sendiri dan dibenci oleh semua. Dirinya dibuang ibarat anijing kurap, tanpa bantuan sesiapa kecuali Tuhan Yang Maha Esa dia menghadapi ujian itu dengan penuh sabar. Ihtisyam Arif Aqil, terasa dirinya teraniaya dna akhirnya membenci isterinya sendiri. Mencurangi isterinya bersama kekasih hatinya. Insiden yang tidak diduga telah mengakibatkan dirinya menjadi seorang suami. Baru sahaja cinta mulai berputik, ujian pun muncul. "Safa Safiyyah, aku ceraikan kau dengan talak satu" Adakah sinar kebahagiaan dalam hidup Safa? Mampukah Arif memenangi hati Safa? Apakah keluarga Safa menerimanya semula? Siapakah yang memerangkap mereka?
Lelaki itu... by Evaavianagyselle
Evaavianagyselle
  • WpView
    Reads 1,236,288
  • WpVote
    Votes 30,711
  • WpPart
    Parts 42
LELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,berbekalkan ego dan kebijaksanaanya,dia mampu mengetuai empayar keluarga KUASA ARKITEK sdn.bhd. ~~~terkenal dengan gelaran'RUTHLESS BITCH'dalam kalangan kawan-kawan,pekerja mahupun musuh. Ameer Reza Datuk Razman.. ----lelaki kacak ,CEO ALAM BINA yang maskulin dan bergaya. ----boleh dikategorikan sebagai kaki perempuan yang berjaya. ----pandai menggoda dan sering tergoda. Apa yang bakal terjadi apabila 2 orang chief executive officer(CEO) yang hebat dalam kerjaya mereka hidup berjiran?Mampukah mereka hidup normal seperti orang lain? Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang bakal terjadi dalam kehidupan mereka ********* ^_^**********
Jadi Isteri Abang? by asharonaldo
asharonaldo
  • WpView
    Reads 15,978
  • WpVote
    Votes 314
  • WpPart
    Parts 6
"Papa tak kira. Papa nak Ad kahwin dengan Hadi minggu depan juga. Titik. " Kahwin? Benda yang paling Adelia tak suka. Meluat. Menyampah. Nak-nak bila disuruh kahwin dengan orang tua lawyer tu. Apa nama dia? Iskandar? Ah, tak kesahlah. Yang penting dia tetap tak suka! Tak sudi! "Lia tanya siapa abang? Abang suami Lia. Lia tulang rusuk abang. " - HADI ISKANDAR Hadi Iskandar. Hadirnya dia dalam hidup Adelia rupa-rupanya membawa sinar. Hidup yang dahulunya kosong, kini terisi. Jiwa yang dahulunya rapuh, kini kukuh. Tak sangka orang biasa-biasa macam Hadi boleh mengubah dirinya tiga ratus enam puluh darjah. Eh, biasa-biasa ke? Bukan luar biasa? Dalam suka, ada juga duka. Tak terduga lelaki yang disangka baik.. alim.. penyayang.. lemah lembut seperti Hadi, tega menduakannya. Menikahi perempuan lain tanpa pengetahuannya. Bila ditanya kenapa, diam aje mulutnya. Membisu. Huh, isteri mana yang tak marah? "Kenapa you kahwin dengan Dayana?" - ADELIA "Ada sebabnya." - HADI ISKANDAR "Sebab apa? Sebab ikut sunnah Nabi? Begitu?" - ADELIA Bukan mudah untuk menerima semua ini. Hanya mereka yang kuat mental dan fizikal aje yang boleh hadap takdir sebegini. Tapi maaf, dia tak sekuat itu. Dia lemah. Walau konkrit manapun hatinya sebelum ini, dia tetap terkilan. Tersinggung. Hati perempuan.. siapa tahu? Gara-gara terlalu terikutkan perasaan bagaikan orang tiada akal, tak semena-mena Adelia ditalak satu. Gila! Sekelip mata aje dia hilang lelaki yang begitu dipujanya, dicintainya. Ya Tuhan.. inikah balasan atas dosa lampaunya dahulu? Inikah dia balasan mengingkari perintahMu? Dia yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Siang malam dia bersujud, berdoa agar Allah kembalikan Hadi ke pangkuannya. Namun, termakbulkah doanya? Termakbulkah doa seorang pendosa sepertinya?