floweryyfloral's
4 stories
Cinta Masih Ada || OG by floweryyfloral
floweryyfloral
  • WpView
    Reads 6,091
  • WpVote
    Votes 363
  • WpPart
    Parts 64
Pertemuan pertama Hilya dan Hadif adalah secara tak sengaja, sebuah pertemuan yang memalukan tapi mencuit hati. Sejak itu, mereka ditemukan secara tak sengaja lagi, sehinggalah lelaki tu membuat langkah pertama. Bermacam-macam cara dan memerlukan masa yang agak lama untuk Hadif mengejar Hilya kerana wanita itu susah nak digapai dan ditambat. Bukan Hilya tak nak, namun dia risau dan takut. Takut untuk jatuh cinta dan dia rasa insecure dengan Hadif. Hadif adalah seorang lelaki yang bekerjaya dan pintar. Berbanding dengan dirinya, dia masih hanyalah seorang pelajar universiti. Walau begitu, Hadif tetap sabar menambat hati dan cinta Hilya sehinggalah Hilya jatuh cinta padanya. Keduanya saling mencinta. Namun, di saat cinta mereka sedang mekar, Hadif tiba-tiba mahu memutuskan hubungan mereka, dan dia pergi, membuat Hilya benci dan sakit hati padanya. Tapi Hadif mempunyai sebab kenapa dia membuat begitu pada Hilya. Baginya, itulah yang terbaik. Lima tahu berlalu. Kini, mereka bertemu semula. Hilya, sudah menjadi seorang pendakwa raya. Dan Hadif, kini pensyarah dekat sebuah universiti bergelar Doktor. Tapi luka lama belum sembuh. Hilya membenci lelaki itu, atau sekurang-kurangnya, itu yang dia masih fikirkan. Dan Hadif? Dia masih mencintainya. Masih mengharapkannya. Dan sanggup lakukan apa saja untuk menebus kesalahan, mengambil semula hati Hilya, dan ingin mengahwininya... walaupun terpaksa menggunakan cara yang 'gila'. Namun, bagaimana Hilya nak mencintai dan menerima semula lelaki yang pernah menghancurkan hatinya? Lelaki pertama yang membuatnya jatuh cinta? Hadif pula, dia tak pernah berhenti mencintainya. Dan cinta itu belum pernah mati. Dan tak akan mati. Hadif akan buat apa sahaja untuk menambat hati dan membuat Hilya jatuh cinta padanya sekali lagi, seperti pertama kalinya. - ➳ More detailed sinopsis inside. ➳ Warning : Cringe overload and agak slowburn. start: 8 july 2025 end:
Cinta Yang Tertulis by floweryyfloral
floweryyfloral
  • WpView
    Reads 31,742
  • WpVote
    Votes 1,522
  • WpPart
    Parts 65
Hanya sebuah kisah perjalanan cinta di antara dua orang yang berjodoh, akhirnya bertemu kerana takdir, dan membuatkan mereka bersatu. Nur Nadra Yusayrah tidak pernah menyangka bahawa pertemuannya dengan Muhammad Saqeef Najwan yang bermula dari satu insiden akan menjadi titik mula sebuah kisah cinta yang tertulis untuknya. Pertemuan demi pertemuan tanpa disengaja terus membawa mereka lebih dekat, sehinggalah akhirnya, mereka bersatu di jinjang pelamin. Orang kata, jika bertemu lebih dari tiga kali, mungkin itu petanda jodoh, bukan? Dan memang benar, Nadra dan Saqeef adalah jodoh yang telah lama mereka nantikan selama ini. - ➳ Bacaan santai ➳ Tiada conflict ➳ Realistic story line ➳ Cringe (jangan kata saya tak warning) ➳ More detailed synopsis inside Start: 22 feb 2025 End: 12 may 2025
Kekal Selamanya by floweryyfloral
floweryyfloral
  • WpView
    Reads 45,260
  • WpVote
    Votes 1,312
  • WpPart
    Parts 44
"Kau sanggup putuskan persahabatan kita disebabkan lelaki tu?" Muhammad Harraz Dhaffa dan Nur Aralyn Irdina. Kedua mereka memang rapat sejak kecil lagi. Sehinggalah, sewaktu mereka masuk alam universiti, Aralyn tertarik dengan seorang lelaki yang mengambil jurusan yang sama dengannya. Akhirnya, lelaki tu pun menjadi teman lelakinya. Harraz baik-baik saja dengan hubungan diorang tu, asal Aralyn gembira, dia pun gembira. Dah namanya sahabat kan? Tapi teman lelaki Aralyn tu, Fahim Sharif tidak suka akan kehadiran Harraz yang bersama Aralyn. Oleh itu, dia menyuruh Aralyn untuk tidak berhubung dan bersahabat dengan Harraz tu lagi. Awalnya Aralyn membantah, tak kan dia nak putuskan persahabatan mereka yang dah bertahun-tahun tu? Tapi Fahim mengugutnya yang dia akan putuskan hubungan mereka berdua kalau dia tak nak putuskan persahabatannya dengan Harraz. Disebabkan terlalu cintakan Fahim, dia sanggup untuk memutuskan persahabatannya dengan Harraz. Bila Harraz tahu tentang itu, dia marah dan terluka sangat. Sanggup Aralyn putuskan persahabatan mereka hanya disebabkan seorang lelaki yang belum tentu menjadi jodohnya. Sejak itulah juga, mereka tak pernah bersemuka lagi. Harraz pun pindah belajar luar negara. Sampailah beberapa tahun kemudian, di mana mereka bertemu kembali. "Persahabatan kita akan kekal selamanya."
Hadirnya Cinta by floweryyfloral
floweryyfloral
  • WpView
    Reads 450,470
  • WpVote
    Votes 13,046
  • WpPart
    Parts 77
Cinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ ➳ Cringe tahap maximum ➳ Barely edited ➳ Banyak kesalahan tatabahasa start : 3 dec 2018 end : 11 nov 2019