imasaid's Reading List
6 stories
BERTEMPUR DENGAN SYAITAN (COMPLETE) by kukilkufiq
kukilkufiq
  • WpView
    Reads 96,623
  • WpVote
    Votes 6,169
  • WpPart
    Parts 7
[ PEMENANG TEMPAT PERTAMA BEST BOOK WATTSITEE AWARD 2018] [ PEMENANG BESTBOOK WATTSITEE COVER AWARD 2018 ] Ranking terbaik setakat ni : 5th in Mystery / Thriller Genre Satu platun unit khas terpilih dari Angkatan Tentera Malaysia telah menerima misi khas menyelamat ke dalam hutan temenggor (OPS JEJAK). Dikhuatiri satu batalion dari unit 5 Melayu telah hilang ketika operasi, maklumat akhir dari radio semboyan adalah 'JEMBALANG' unit khas ini mesti mendapatkan maklumat sekiranya pasukan ini masih hidup atau tidak , tanpa mereka sendiri tidak sedari apa yang menanti mereka jauh di dalam kedalaman hutan ini jauh lebih teruk dari ancaman pihak musuh.
Cure by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 11,222
  • WpVote
    Votes 554
  • WpPart
    Parts 19
Mereka hidup ketika dunia diambang kiamat. Mereka hidup pada saat dunia sedang merintih mencari nyawa. Mereka hidup tatkala zaman ais dan wabak zombie appocalypse melanda dunia. Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup. Termasuklah kumpulan mercenaries yang menggelar diri mereka Patriot yang diketuai oleh Komander Azzmel, bekas tentera. Mercenaries yang selalu membuat kerja kotor untuk puak-puak yang bertelagah bertakhta di neraka yang merupakan alam diambang kiamat. Namun, kumpulan mercenaries ini buat pertama kalinya, mendapat kerja bersih. Kerja bersih yang menyelamatkan populasi manusia di ambang kemusnahan. Mereka harus mengiringi satu-satunya kunci untuk menangguh kiamat itu. Penawar kepada penyakit yang merubah bangsa manusia menjadi pemakan daging segar. Ya, kunci itu adalah manusia biasa seperti mereka. Tetapi yang mahu merebutkan kunci itu musuh yang pelbagai. Diktator yang menguasai neraka. Pemberontak yang sering bertelagah antara satu sama lain. Dah tentu, zombie yang melata mencari otak.
LUPA - sebuah novel Fayyadh Z. Mahali by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 61,673
  • WpVote
    Votes 1,355
  • WpPart
    Parts 16
Setiap yang hidup pasti akan mati.' Namun, hakikat tersebut tidak bermakna bagi Tuah. Sebuah panggilan dari nombor yang tidak dikenali menjadi pembuka tirai pentas sebenar kehidupannya; kebenaran hakiki mengenai keupayaan untuk hidup kembali setelah mati. Dan segalanya bertambah rumit apabila memori seseorang bakal menjadi galang-ganti bagi setiap kematiannya. Apa motif pemanggil tersebut dan siapa dia yang sebenarnya? Adakah kebolehan tersebut bersifat kekal atau sementara? Dua pilihan terhidang kepada Tuah - mengakali si pemanggil misteri untuk memberikan jawapan, atau biarkan mereka meLUPAkannya!
GINJAL - sebuah novel Bali Baim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,020
  • WpVote
    Votes 1,124
  • WpPart
    Parts 14
Penyiasatan pihak polis ke atas satu siri pembunuhan yang melibatkan ginjal mangsa. Aslan, detektif yang baru ditukarkan ke unit siasatan jenayah, dan dia terus mendapat kes sulungnya melibatkan seorang perempuan yang telah ditikam ginjal. Sedikit demi sedikit dia lalu terobsesi dengan pembunuh bersiri itu. Mampukah Aslan mengesan subjek obsesinya?
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,158
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,522,093
  • WpVote
    Votes 256,829
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.