UmmieraMdAli's Reading List
8 stories
Jangan! by sprofove
sprofove
  • WpView
    Reads 1,145,943
  • WpVote
    Votes 35,273
  • WpPart
    Parts 49
"Kau tak memahamiku dan sukar untukku menjelaskannya. Jadi, jangan...." Syahrul seorang lelaki yang mempunyai segala-galanya kecuali satu, Cinta! Elina seorang gadis biasa-biasa tetapi mempunyai gaya dan personaliti yang tersendiri dan tidak pernah bercinta kerana ingin menjaga hatinya buat yang berhak. Tanpa disangka-sangka, mereka berdua ditemukan kerana suatu kemalangan. "Siapa yang langgar siapa?...."-Elina. Elina bersetuju untuk berkahwin dengan Syahrul untuk membalas budi lelaki itu semula tetapi masing-masing meletakkan syarat dan perjanjian. "Aku janji lepas enam bulan kita kahwin, kau nak bercerai pun aku akan lakukan. Aku yakin mama aku tak akan memaksa aku untuk berkahwin lagi." -Syahrul. namun, hati siapa dapat menolak cinta yang mula menjalar dalam diri? hari- hari bersemuka dan hari-hari bergaduh mula menerbitkan rasa rindu, cemburu dalam diri masing-masing.
Awak Ada Saya! by HarunoHanami
HarunoHanami
  • WpView
    Reads 1,029,247
  • WpVote
    Votes 44,425
  • WpPart
    Parts 68
"Saya tak layak untuk rasa bahagia ke?"-Tania Amanda "Kalau awak rasa awak sendirian, awak salah. Sebab.. awak ada saya.."- Dani Rashdan Sejak berumur 16 tahun, Amanda sudah tidak merasa kasih sayang seorang ayah, belaian seorang ibu, usapan seorang abang dan pelukan seorang adik kembar. Dia cuma ada seorang adik lelaki tempat dia berpaut. Seorang sahabat untuk luah suka duka dan seorang adik angkat tempat bermanja. "Kenapa Abang Arif tak sayang Manda macam abang sayang Mina?"- Tania Amanda "Sebab kau tak layak jadi adik aku!"- Arif Tazriq Dapatkah Amanda merasa kasih sayang keluarganya? Atau.. itu cuma angan-angan sahaja? . Sambungan > Awak Tetap Ada Saya! (pending) . Thanks for reading. Hope you enjoy! Much 🍫 💕 - kimchocomarkonah
Kawan Sampai Kahwin! by IrraFasra
IrraFasra
  • WpView
    Reads 651,318
  • WpVote
    Votes 24,636
  • WpPart
    Parts 39
"Kita kawan sampai bila-bila" -Nadine Sophia "Tak. Kita kawan sampai kahwin" -Naqiuddin Ahmad
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,760,271
  • WpVote
    Votes 139,894
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Ubahkan Singa Buas Itu by blueorked
blueorked
  • WpView
    Reads 820,821
  • WpVote
    Votes 26,834
  • WpPart
    Parts 37
Zaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang menggodanya, memang sedas terus dia bagi. Erin Alana seorang gadis yang happy go lucky. Dia menyembunyikan identitinya sebagai anak Dato disebabkan satu kejadian. Walaupun dia seorang happy go lucky, dia ada memendam perasaan yang membuatkan dirinya begitu merana. Erin Alana bekerja sebagai Personal Asistant Encik Zaril. Dia berjanji pada rakan baiknya Dahlia, untuk mengubah singa buas itu kepada kucing parsi. Dapatkah Erin mengubah Encik Zaril? Adakah Encik Zaril akan berputik cinta untuk kali kedua? Mengapakah Erin menyembunyikan identitinya? Nak tahu, kenalah baca! :)
Suami Idaman by jnnh_yhya
jnnh_yhya
  • WpView
    Reads 361,917
  • WpVote
    Votes 14,172
  • WpPart
    Parts 17
Perkenalan pertama yang penuh tragis menerbitkan rasa cinta dalam hati Ameer Hadi. Perkahwinan yang diaturkan antara kedua belah keluarga berjalan dengan lancar. Laila Khaleesa sedikit pun tidak membantah kehendak ibunya. Terdetiknya rasa cinta di hati Laila Khaleesa apabila tidak sanggup menanggung kerinduannya terhadap suami yang dulunya tidak lansung dipedulikan. Hadirnya Hafiz merosakkan hubungan halal dan indah. Adakah Laila akan berpaling dari suaminya yang banyak bekorban demi hubungan suci?
Gemuk Durjana by marisinc
marisinc
  • WpView
    Reads 354,578
  • WpVote
    Votes 15,774
  • WpPart
    Parts 70
aku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya tuh disini.