Reading List
5 stories
GAVRIEL by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 2,793,771
  • WpVote
    Votes 206,516
  • WpPart
    Parts 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Namun dalam perspektif yang lebih terperinci, NOAH memulakan usaha untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di balik mata hitam yang mendalam itu. Sosok Maria seperti seseorang yang membawa ribuan rahsia yang tidak mampu diungkap oleh kata-kata. Sekali terbongkar, mungkin akan mengundang seribu penderitaan. Jadi siapakah Maria? Adakah gadis ini, gadis yang sama yang dicari NOAH sejak peristiwa hitam itu? • • Pengorbanan Kesusahan Kematian Keberanian Pengkhianatan Inilah yang mereka lalui semata-mata untuk menggali segala rahsia mengenai kehilangan Kaum Timur Feyre. 'Siapa tahu apa yang menanti di hadapan dan siapa tahu apa yang telah ditemui di belakang.' GAVRIEL 2021
Cinta Dalam Benci by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 10,363
  • WpVote
    Votes 1,021
  • WpPart
    Parts 13
Hud Ukail X Saffa Kirana "Saya tak boleh teruskan pernikahan kita," - HUD UKAIL. Dia tak pernah menyangka bahawa Hud akan meninggalkannya pada hari yang sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia buat mereka. Tanpa sebab dan alasan yang jelas, lelaki itu menoreh luka di hatinya sekaligus telah menjatuhkan air muka keluarganya. "Saya akan bencikan awak seumur hidup saya. Saya akan bencikan awak sampai mati," - SAFFA KIRANA. Watak Hud dalam ceritera hidupnya dimatikan. Kenangan bersama Hud dilupus terus dari ingatan. Namun bertahun berlalu, Hud tiba-tiba kembali menagih peluang kedua daripadanya. Tapi, tak mudah untuk dia menerima sementelah luka yang lelaki itu tinggalkan masih belum sembuh sepenuhnya. Kehadiran Aryan yang diperkenalkan sebagai anak angkat Hud membuatkan Saffa dibelenggu seribu satu tanda tanya. Atas sebab apa Hud mengambil anak angkat sedang lelaki itu masih muda dan belum berkahwin? "Teacher Saffa ni mak Ayan ke?" - ARYAN. Saffa semakin tertanya-tanya. Mana perginya keluarga Aryan? Adakah Aryan mempunyai hubung kait dengan peristiwa tiga tahun dulu? Hud yang memilih untuk terus berahsia membuatkan Saffa sukar menemui jawapan untuk setiap persoalannya. Mungkin dengan jalan perkahwinan mampu meleraikan segala persoalannya itu. Tapi, bagaimana pula dengan rasa bencinya pada Hud yang ditanam sejak dulu lagi? Atau mungkinkah selama ini hanya di bibirnya saja yang melafaz benci sedangkan hati masih lagi mencintai?
HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔ by Anati_Althafunnisa
Anati_Althafunnisa
  • WpView
    Reads 839,677
  • WpVote
    Votes 28,037
  • WpPart
    Parts 26
Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu tidak pernah wujud jika takdir antara keduanya telah tertulis. "Aku keliru.Mengapa mesti aku?Mengapa aku yang perlu mengharungi ujian sebesar ini? Mengapa perlu aku yang terperangkap di dunia ini?" -Bella Amanda- "Beta tidak memaksa kamu namun jika kamu ingin keluar dari dunia ini maka tunaikan syarat itu." -Raja Andhika Sadewa- Perkara gila apa yang perlu aku lakukan ini?Aku hanya gadis yang baru berusia 18 tahun.Mana mungkin aku rela mengorbankan tubuhku untuk seorang Raja yang dianggap tuhan di dunia pelik yang penuh khayalan ini demi melahirkan seorang zuriat kepadanya? Published: Start: 5/1/2018 End: 17/7/2021 Status: Completed Highest ranking: No.2 out of 2.21K in fantasy ( 22/1/19) No. 1 out of 2.89K in thriller (30/11/21)
Delisha Andara ✔ by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 3,064,774
  • WpVote
    Votes 153,832
  • WpPart
    Parts 61
6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Chow Kit, sebelah mata pun dia tak pandang. Eh, dia kan anak Datuk. Datuk Sri lagi! Memandangkan umurnya yang sudah pertengahan 20-an, Datuk Sri Ismadi mula mendesaknya. Bukan mendesak suruh kahwin. Hati tuanya sudah tak betah melihat anak daranya itu hidup terlampau bersosial. "Lisha tak nak kerja dekat tempat orang. Apa gunanya papa ada company sendiri tapi Lisha kena kerja dengan company lain?" - DELISHA ANDARA. "Choose. Kerja dengan Zhen's Holdings atau papa tarik credit card Lisha." - DATUK SRI ISMADI. Tarik credit card? Oh no! Itu adalah nyawanya! Kalau papa tarik credit card aku, macam mana aku nak shopping?! Nak berjoli?! Sudahnya dengan berat hati dan tanpa rela dia jejakkan juga sepasang kakinya di Zhen's Holding. Berkerja di bawah CEO Zhen's Holdings bermata biru, tidak lah menjadi masalah buat dia. Lelaki itu tak seteruk yang dia bayangkan. Entah macam mana, hubungan mereka boleh menjadi begitu akrab. "I suka you. I selesa dengan you." - TENGKU ALDEN ZHEN. Hubungan mereka terjalin mesra. Macam sepasang kekasih, tapi tidak pernah meluahkan rasa cinta. Hingga satu malam, meragut kebahagiaan yang cuba Delisha kecapi. "I tak sempurna untuk lelaki macam you..." - DELISHA ANDARA. "I don't care. Let me take care of you for the rest of my life, Delisha Andara." - TENGKU ALDEN ZHEN. Start : 2 April 2019 End :
THE ITALIAN MAFIA'S AMORE (UNPUBLISHED) by mecx-zack
mecx-zack
  • WpView
    Reads 3,821,482
  • WpVote
    Votes 211,787
  • WpPart
    Parts 99
BOOK 3 -•-•-•- [ C O M P L E T E D ] "You're mine. For you, I would do anything either soft or wicked way." bisiknya dengan suara serak basah. "Let me go!" ujar gadis itu tegas dengan suara yang sedikit berbisik. Carła Liliana Pia, She's shy. Innocent.Kind-hearted but don't you know that she's also can break your legs? Yes, she is. Semuanya berubah apabila dia menjejak kaki di Itali untuk menyambung pelajarannya tetapi sebaliknya yang berlaku apabila dia berjumpa dengan si 'DIA' Sikap pemalunya, telatah keanak-anakannya tetapi disebalik tingkah mencuit hati itu, dia dibekalkan dengan seni mempertahankan diri yang diajar sedari kecil lagi. Dan, itu membuatkan 'DIA' tertarik dengan gadis pemalu itu. "I get what I wants, amore. Don't ever try to escape. There's nothing I can't do." senyuman sinis terlakar dibibir. 'DIA' DIA dikenali diseluruh pelusuk. Ditakuti. Digeruni dan dihormati oleh mereka. Tiada sesiapa yang cuba untuk mendekatinya. Ruthless. Killer. Monster. Itu gelaran untuknya. Dia menghilang buat sekian lamanya, dan kini dia kembali. Kemunculannya membuatkan kumpulan Mafia yang lain sedikit tergugat kedudukan mereka, dia muncul untuk membalas dendam terhadap 'mereka' yang meragut 'kebahagiannya'. Mereka berdua bertemu tanpa dirancang. Antara dua personaliti dan agama yang berbeza. Tanpa disedari, gadis yang kini berada di dalam genggamannya adalah 'mereka' yang dicarinya selama ini. Muncul pula Carla Luna Mia, kakak kepada Carla Liliana Pia yang cuba untuk menyelamatkan adiknya tetapi risiko yang ditanggung teramat tinggi. Mungkin dia berjaya tetapi - dengan menggadaikan nyawanya. ◐◐◐ Sometimes, the devil doesn't come to you with horn and red face. When they knocks, you can't help but let them in. ________________________________ CRIME | ACTION | MYSTERY | ROMANCE START; 7/12/2017 END ; 12/5/2020 UNPUBLISHED : 3/2/2021