AinEcha's Reading List
196 stories
Bukan Aku Tak Cinta by TyaAzzahra_
TyaAzzahra_
  • WpView
    Reads 597,987
  • WpVote
    Votes 17,156
  • WpPart
    Parts 63
Bila mulut gagal mengatakan namun mata membicarakan segalanya - Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja. "Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Saya tahu Tuan Nuf masih tak dapat lupakan bekas tunang Tuan Nuf tapi ini bukan caranya. Saya masih ada masa yang panjang lagi untuk saya terokai. Memanglah saya nak kahwin dan itu adalah impian saya tapi bukan dengan cara ini dan bukannya dengan Tuan Nuf. Yes, I admitted Tuan Nuf ni kacak tapi saya tak suka Tuan Nuf." "Tihani, cuma kau saja yang dapat bantu aku dan cuma kau saja perempuan yang aku percaya dekat dunia ni." Akan hadirkah bahagia buat kami berdua? "Kenapa awak nak pertahankan perkahwinan tanpa cinta ni? Kalau dari awal lagi awak masih cintakan Maya kenapa awak kahwin dengan saya, Nuf?" "Minggu depan aku akan kahwin dengan Maya dan aku nak kau saksikan perkahwinan aku bersama Maya." Adakah kata-kata cinta Nuf lontarkan pada aku dusta semata-mata?
Dalam Tawanan Syaitan [ EBOOK|BAKAL TERBIT ]  by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 94,040
  • WpVote
    Votes 8,924
  • WpPart
    Parts 13
Book Two of The Devil Series. [⚠️] TOXIC RELATIONSHIP, KILLING. (DARK ROMANCE) TENGKU DARREN ANAQAIL, si pemilik anak mata hijau zamrud ini tidak pernah terfikir untuk bercinta apatah lagi mengenal apa itu 'cinta'. Dalam dunianya, cinta adalah kelemahan. Namun, semuanya berubah tatkala hadirnya seorang Hanan Aaira yang seolah-olah telah mengubah takdirnya. HANAN AAIRA, hanyalah seorang gadis biasa. Hanya berkelulusan setakat SPM, cukup mendesak Hanan mencari pekerjaan di tengah-tengah bandar ini. Hidup bersama keluarga tidak seindah mana. Saban hari Hanan dipaksa menerima seorang lelaki yang sangka Hanan hero dalam novel, ternyata seorang lelaki berperangai syaitan. Hanan terperangkap di dalam rumah indah yang berubah menjadi sangkar. Setiap langkahnya dipantau. Setiap geraknya dikawal. Dan semakin dia mencuba untuk lari, semakin dia dihimpit oleh sisi Darren yang gelap dan penuh misteri. Darren tidak seperti lelaki lain. Dia obses. Dan dia boleh jadi gila bila hilang kawalan. Bahkan, rahsia yang dipegangnya selama bertahun-tahun membuatkan dia menjarakkan diri daripada keluarganya sendiri. "Jangan masuk campur urusan aku, Darriel! Tak puas lagi dengan apa yang kau dah buat dulu?" - TENGKU DARREN. "Kalau mummy tahu apa yang kau dah buat selama ni... dia takkan maafkan kau, Darren." - TENGKU DARRIEL. Bagi Darren... segala yang dia lakukan hanyalah untuk Hanan. Tiada apa lagi yang dia fikirkan selain gadis itu. "Relaks Aaira, aku takkan sakitkan kau. Come here now..." - TENGKU DARREN. "Tak mahu. Awak jahat! Jangan dekat dengan Hanan. Pergi!" - HANAN AAIRA. "Tapi aku cintakan kau..."- TENGKU DARREN. "Awak cuma obses, itu bukan cinta! Cinta tak menyakitkan. Tapi awak selalu sakitkan Hanan."- HANAN AAIRA. Cinta ini bukan pilihan tapi sebuah hukuman bagi Darren. ⚠️Do not copy any part of this story! 🕊Cover by AizackMesle
𝗥𝗮𝘆𝘂 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗸𝘂 | 𝙍𝙚𝙫𝙖𝙢𝙥 by 0nlynuhaa
0nlynuhaa
  • WpView
    Reads 341,525
  • WpVote
    Votes 8,868
  • WpPart
    Parts 19
"Rayu padaku, walau sekali... dan aku akan kembali seribu kali." Nur Nadia Safeeyah dan Tuan Thaqif Hayyan membesar sebagai sahabat kecil yang selalu bersama tetapi akibat desakan hidup, keluarga dan masa memisahkan mereka. Bila mereka bertemu semula, kedua-duanya sudah berubah. Thaqif kini akan menjadi seorang pemilik syarikat yang ternama, manakala Nadia cuma wanita biasa yang menyimpan luka lama. Tanpa disangka, mereka berkahwin dalam rahsia. Mula hidup bahagia dan penuh tawa, cemburu manja, dan rutin kecil yang mendamaikan. Tapi segalanya berubah apabila satu pendrive muncul. Satu nama lama kembali. Dan satu kebenaran terbongkar. Nadia mula sedar bahawa cinta yang selama ini dia peluk erat ialah terbina di atas sebuah pembohongan. Dia pergi. Tanpa pesan. Meninggalkan Thaqif yang meratap dalam diam selama tiga tahun. Tapi cinta tak pernah mati. Thaqif kini bukan lagi lelaki yang dulu. Di balik kekuasaan dan kejayaan, dia mencari wanita yang mencuri jiwanya sejak kecil. Dia rela tunggu, walau selamanya. Kerana bagi Thaqif... "Kalau awak tak sudi pandang saya sebagai suami, pandanglah saya sebagai lelaki yang pernah jatuh cinta pada awak sejak pertama lagi kita bertemu." - Thaqif Hayyan. - Minta budi baik akak cantik manis dan adik tampan bergaya supaya tidak plagiat story saya ini ye😊 Kalau saya dapat tahu, maaf sangat. Saya terpaksa ambik tindakan ye☺️ Cerita ini 100% daripada idea seorang gadis Introvert ini iaitu saya👀 Jadi harap maklum ye sayang saya. Harap sangat titik peluh, lena malam saya yang dicuri akan dihargai💞🫂
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,112,492
  • WpVote
    Votes 89,758
  • WpPart
    Parts 71
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
Isteri Halal Sementara  by misssaira
misssaira
  • WpView
    Reads 386,812
  • WpVote
    Votes 4,969
  • WpPart
    Parts 22
Kisah Embun yang hanya memiliki seorang adik perempuan bernama Senjawati. Juga kisah seorang lelaki bernama Eibram yang menyukai gadis ayu bernama Senjawati. Pun, kisah dua insan yang ditakdirkan menyatu dalam sebuah ikrar perkahwinan demi perjuangan insan tersayang, iaitu Senjawati. Garis takdir mereka bertemu dalam perjuangan yang sama. [ PER BAB HANYA MENGANDUNGI 200-1000 PP SAHAJA ]
Isteri Tak Rela Sir Ghibrael by Fahizah_Reena
Fahizah_Reena
  • WpView
    Reads 4,050
  • WpVote
    Votes 216
  • WpPart
    Parts 3
Sinopsis Sir Ghibrael Angkara ulah abang sendiri, Bunga terpaksa dikahwinkan dengan lelaki bernama Ghibrael Al - Mateen. Lelaki itu adalah suami orang merangkap kepada majikannya. Kerana tiada pilihan, Bunga jadi isteri tak rela Ghibrael. Bila jadi maid sekaligus isteri kedua kepada Ghibrael, bermacam-macam dugaan terpaksa dia hadap. Perangai isteri pertama Ghibrael selalu menduga hati. Namun, bila difikirkan kedudukan sebagai steri kedua yang disorok, terpaksa dia berdiam diri. Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba, Ghibrael gunakan kuasa vetonya dengan mendesak Bunga agar dia sambung pelajaran di kolej. Itu tidak menjadi masalah, namun Ghibrael paksa dia belajar di tempat suaminya mengajar. Suami dia seorang lecturer! "Tak boleh kolej lain ke, tuan?" - Bunga "Leceh dan menyusahkan aku. Aku tak nak kau buat perangai kat kolej lain. Kalau dekat kolej aku, senang sikit aku awasi pergerakan kau." - Ghibrael Bunga sukar menyesuaikan diri dek kerana dirinya seorang introvert. Sudah lah tertidur di library, dia terlambat masuk kelas! Malu dia kena bahan depan kelas dengan si suami yang bermulut laser itu! "Ok, class... Shh, sudah-sudah usik Bunga. Bunga duduk dulu. After class, jumpa saya." - Ghibrael "Terima kasih, tuan..." - Bunga Aduh, Bunga tersasul pula. Itulah nasib bila majikan sendiri jadi lecturer! Pening kepala Bunga. Bermacam-macam perangai Ghibrael yang dominan membuatkan dia terasa dikongkong. Pergi dan balik, semuanya diawasi. Datang pula lelaki bernama Haydex yang tiba-tiba hadir menjadi teman. "Kau lupa ke status kau sekarang apa, Bunga!" - Ghibrael Semakin hari, Ghibrael menunjukkan sikap cemburu. Bunga bungkam dengan sikap Ghibrael. Tak mungkin majikannya itu telah jatuh sayang padanya? Mustahil!
IAN QALEEF: TERCIPTA UNTUKKU by Treses0
Treses0
  • WpView
    Reads 32,965
  • WpVote
    Votes 1,993
  • WpPart
    Parts 23
Segalanya telah Orked Husna berikan pada Tengku Ian Qaleef. Hatinya, dirinya, cintanya, kasihnya, jiwa dan raganya, lalu apa lagi yang tinggal untuk dia? Tiada. Tetapi bertapa mudahnya lelaki itu, mencampakkan segala yang telah dia berikan hanya kerana seorang wanita. Bagaikan tiada nilai, pedih, sakit dan kosong. Benarlah, bagaimana perkataan cinta dan sayang begitu ringan di keluarkan sedangkan jiwa lelaki itu masih belum mampu menerima dirinya secara hakiki. Bukannya dia tidak tahu, hati Tengku Ian Qaleef hanya menjerit memanggil nama Zara Sofea bukannya Orked Husna, bukannya dia tidak faham bertapa utuhnya cinta Tengku Ian Qaleef untuk wanita itu. Namun salahkan dia? Salahkah dia ingin merasa disayangi dan dicintai, bukankah itu lumrah setiap wanita yang bergelar isteri? "Aku tak pernah cintakan kau Orked, apatah lagi sayang. Berhentilah berharap, aku tak nak kau robek hati kau sendiri nanti" ~ Tengku Ian Qaleef "Jangan terlalu bongkak Ian. Saya takut bila Tuhan mula bolak-balikkan hati saya, bayang awak pun saya tak mampu nak tengok" ~ Orked Husna "I'm back sayang! This time I will never let you go. You're mine, forever mine" ~ Zara Sofea "Ya Allah kembalikan bunga itu kepadaku"