Adib_aida's Reading List
22 histórias
Masihkah Ada Cinta ✔️ de _aneesahlan
_aneesahlan
  • WpView
    Leituras 511,318
  • WpVote
    Votos 14,441
  • WpPart
    Capítulos 44
Beautiful Cover by DE BEAUTY GRAPHIC. ARIQ ILHAN, ketidakrelaan dirinya memperisterikan NAJWA NABILLA telah menimbulkan rasa benci terhadap isteri yang dinikahinya. Kegagalannya memperisterikan Qisya Alina dan terpaksa menerima Najwa Nabilla membuatkan dia bengang. Dia nekad untuk menyiksa hati isterinya. Namun dia tewas dengan permainannya sendiri. Ketulusan hati Najwa menyentuh sekeping hati milik Ariq. Ariq tersepit antara Najwa dan Alina. "Aku sayangkan kau tapi aku tak nak lukakan hati dia!" Oleh sebab jalan itu bersimpang-simpang, Ariq harus membuat pilihan. Masihkah Ada Cinta untuk isterinya atau cintanya hanya untuk Alina sahaja? Andai tak mampu dimiliki, mampukah untuk dilepaskan? Andai tak bisa dikasihi, mampukah untuk dibenci ? Nukilan A N E E S A H L A N 🌸
Nilai RM20 de khaisaupi
khaisaupi
  • WpView
    Leituras 502,876
  • WpVote
    Votos 38,274
  • WpPart
    Capítulos 64
Status : COMPLETE CINTA itu buta. Tapi tidak bagi seorang gadis bernama Saila. Bukan calang orang yang dia angkat sebagai teman lelaki. 1. Harta 2. Rupa Lulus kedua-dua syarat ini, hati lelaki itu bakal ditawan. Namun prinsipnya runtuh apabila ada yang datang kembali dalam cerita hidupnya dengan membawa syarat yang ke-3. Syarat yang bisa menggoyah jatuhkan permainan seorang Saila. AGAMA. 'Apalah sangat 20 ringgit tu sedekah untuk masjid. Pahala jadi tukaran' -Lukhman Faiz- Kerana not RM20 tercetusnya satu perkenalan yang membawa kepada masa silam. 'Hanya seorang sahaja yang saya kenal akan masukkan RM20 ke dalam tabung surau. Dan saya yakin, awak orang yang saya kenal' -Lukhman Faiz- 'Semua orang boleh jadi seseorang itu. Maaf, tapi awak salah orang' -Saila Humaira- Dan sekali lagi, kerana RM20 mereka dipertemukan kembali. Mungkinkah pertemuan kali ini akan membawa kepada masa depan atau sebaliknya? p/s : story line collaboration @harsazzreen #karyakelima
Jagaan Jibrail de Lahazen_
Lahazen_
  • WpView
    Leituras 3,680,092
  • WpVote
    Votos 28,918
  • WpPart
    Capítulos 9
[ Terbit - Fajar Pakeer ] 2025 Di celah retak takdir, lahir pertemuan yang penuh gelora. Bukan dihiasi dengan indahnya pesona, tapi amarah yang membara. Seorang penuh ceria, seorang lagi sejuk bagai ais. Ketika Yasmeen mengusik, Jibrail hanya menjeling, tidak menghiraukan. Saat Yasmeen merajuk, Jibrail tetap membisu, tiada emosi. Lama kelamaan, Yasmeen menerima hakikat, bahawa pengawal peribadinya ini bagaikan klon robot, tanpa rasa, tanpa jiwa. Jibrail langsung tidak tertarik pada dirinya. Saat lelaki itu mahu berpaling tidak sudi, tragedi yang meragut kesempurnaan si gadis mula menguji. "Saya buta, Jibrail. Saya cacat." - Yasmeen Alana. "Cik Alana tetap sempurna pada mata saya." - Mohd Zeyad Jibrail. Semua itu hanyalah permulaan bagi Jibrail. Dia tetap mahukan Yasmeen, meskipun gadis tidak lagi sempurna seperti dahulu. Bila cinta mula berputik, Yasmeen kembali diburu. Kebahagiaan menjadi duri bagi seseorang yang telah lama merancang untuk menghancurkan Yasmeen dan memanipulasikan Jibrail. Apakah setiap jejak pengkhianatan akan terus menunggu masa untuk dihancurkan oleh kenyataan? "Dan kematianmu akan membuatkan semua orang gerun dengan aku." - Mohd Zeyad Jibrail. Kemuncaknya, apabila segala berubah menjadi duri dalam daging. Yasmeen hampir hilang akal ketika Jibrail ditembak. Tanpa Jibrail, segala yang pernah indah kini bagaikan mati. Dia hanya mampu menunggu keajaiban yang tak kunjung tiba. Mengapa suratan begitu kejam, meragut segalanya tanpa amaran? Mampukah dirungkai musuh dalam lipatan yang telah membinasa aras percaya yang dibina? Dalam kelam, mereka tidak mampu menilai, mana wajah manusia, mana topeng sang iblis yang berselindung di sebalik rahsia. "Jangan leka pada target yang salah. Sedangkan yang betul-betul busuk ada di depan mata."
[C] Tertulis Di Luh Mahfuz de nu_haina
nu_haina
  • WpView
    Leituras 1,444,671
  • WpVote
    Votos 51,477
  • WpPart
    Capítulos 74
Dhiya tidak pernah menyangka perasaannya terhadap Kasyaf akan sedalam itu. Sedangkan Kasyaf milik sahabatnya sendiri, Medina. "Kalau aku nak kahwin dengan dia boleh?" "Siapa dia?" "Suami kau, Kasyaf." - Dhiya Medina terdiam apabila mendengarkan permintaan dari Dhiya. Hatinya hancur. Sampai hati Dhiya, sahabat baiknya sendiri. "Saya takkan boleh buat awak gembira. Perkahwinan ni hanya angan-angan awak sendiri." - Kasyaf "Saya tahu." "Kalau awak tahu kenapa awak nak kahwin dengan saya?" "Saja." - Dhiya Peritnya hanya Dhiya yang tahu, sakitnya hanya Dhiya yang tahu. Dia cuma ingin sedikit kasih dan sayang dari lelaki itu. cc: cover by tsweetestrain-
Treat You Better ✔ de naadhamohamad
naadhamohamad
  • WpView
    Leituras 991,418
  • WpVote
    Votos 22,912
  • WpPart
    Capítulos 46
Friends? Girlfriend? Girlfriend friend's?
Cinta Jangan Pergi ☑ de myladyv
myladyv
  • WpView
    Leituras 2,287,979
  • WpVote
    Votos 88,099
  • WpPart
    Capítulos 73
Bagaimana jika anda terjatuh cinta pada bekas suami kawan baik anda sendiri? Yang mana lebih penting? Persahabatan atau percintaan? Ini kisah Hana Dahlia, yang tidak menjangka akan terpaut hati pada bekas suami kawan baiknya sendiri. Antara cinta dah persahabatan, yang manakah menjadi pilihan Hana? Mula : 27 April 2017 Tamat : 20 Februari 2019
KESEMPATAN BAGIMU de aleksssander
aleksssander
  • WpView
    Leituras 291,240
  • WpVote
    Votos 14,231
  • WpPart
    Capítulos 80
Bagi seorang HANA HUMAIRA, lelaki bernama BAIHAQI itu merupakan cinta pertamanya. Kehadiran lelaki itu bagaikan cahaya yang menerangi hari-harinya. Ketika Haq menawarkannya untuk hidup bersama, tanpa berfikir panjang dia menerima lamaran tersebut. Hana menyerahkan segalanya untuk lelaki itu. Baginya, seorang Hana Humaira hanya untuk Baihaqi. Mereka hidup bahagia bersama. Tetapi setelah tiga bulan membina mahligai bersama, tiba-tiba lelaki itu pergi meninggalkannya. Baihaqi meninggalkannya tanpa sebarang pesan. Wanita itu jatuh. Dirinya hilang bagai dibawa bersama lelaki itu. Dia keliru. Dia tidak kuat menghadapi ujian itu sendiri. Di saat dia sukar untuk menerima kenyataan, khabar yang tidak disangka singgah di telinganya. Dengan itu, dia kuatkan diri demi amanat yang diberi. Lima tahun kemudian, Baihaqi muncul kembali dalam hidupnya. Saat itu dia marah, dia kecewa. Lelaki itu datang menuntut kemaafannya. "Maafkan abang, Hana." - BAIHAQI "Do we deserve a happy ending?" - HANA HUMAIRA Hana ingin mementingkan dirinya sendiri. Tetapi dia tahu perkara seperti itu tidak mungkin akan berlaku. Perlukah dia memberi peluang kedua kepada lelaki itu? Bolehkah Haq membahagiakannya seperti dulu? Adakah cinta di dalam hati masih untuk lelaki yang sama? START : 12/8/2021 END : 29/3/2022
Beautiful Broken Rules  ✓ de qkeiyafluer
qkeiyafluer
  • WpView
    Leituras 2,040,505
  • WpVote
    Votos 102,445
  • WpPart
    Capítulos 75
"𝑯𝒐𝒘 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑪𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 𝑪𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 𝑺𝒘𝒆𝒆𝒕 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑻𝒊𝒎𝒆?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HAYDER - Seorang lelaki yang mempunyai perwatakkan dingin tetapi kacak dan juga kaya. Dingin apabila bersama dengan orang yang baru dikenalinya. Sweet talker apabila bersama bidadarinya. Dengan status pekerjaannya sebagai seorang pilot lagi membuatkan ramai wanita ingin mendekati dirinya. Tersilap langkah akibat nafsu sendiri. Tetapi, cinta dan mati lelaki ini, hanya untuk bidadarinya sahaja. Sehingga akhir hayat. "Aku tak pernah cintakan kau sebagaimana aku cintakan dia" QAIREEN ZENIA - Seorang wanita bekerjaya. Bekerja sebagai doktor bedah di sebuah hospital. Cantik dan juga setia dengan pasangannya. Wanita yang kuat mengharungi dugaan sepanjang perkahwinannya. Tetapi menjadi wanita yang lemah apabila melibatkan seorang lelaki yang bergelar suami. "But a real friend wouldn't steal her best friend's husband" No Plagiarism Allowed ⚠️ [Status: Completed] Start: 1 July 2021 End: 24 September 2021 Beautiful cover book from @the_nismicha ©️Qkeiyaaaaaa
NURUL HANA ✔️ de -ha-eun
-ha-eun
  • WpView
    Leituras 1,689,293
  • WpVote
    Votos 40,576
  • WpPart
    Capítulos 61
[TAMAT]semuanya kerana satu perasaan yang di panggil cinta . #WARNING : DAH BACA TOLONG VOTE. #NOTE : KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DIALU-ALUKAN. #TERDAPAT BROKEN ENGLISH DAN AYAT YANG BERTERABUR . bacalah ? . hope terhibur .
Rafael de danieldarwisy
danieldarwisy
  • WpView
    Leituras 6,566
  • WpVote
    Votos 547
  • WpPart
    Capítulos 15
Detektif Rais Naqiuddin Dr. Johan Azreen Darling Pernah terpisah kerana Rafael Dan kembali bertemu kerana Rafael Dendam kepada Rafael? Sayang kepada Rafael? Mengapa mesti Rafael?