.
5 stories
Bekas Kekasih Dia! ☑ by myladyv
myladyv
  • WpView
    Reads 2,450,551
  • WpVote
    Votes 90,932
  • WpPart
    Parts 52
Genap 6 tahun hubungan cinta antara Dian Raisya dan Aidil Zulkarnain, akhirnya hubungan mereka terputus juga. Dian merupakan seorang gadis yang ceria dan setia tetapi hubungan mereka terputus semuanya angkara Aidil yang mahu hubungan cinta mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai. Mula-mula, Dian masih boleh bersabar. Lama-kelamaan, dia mula makan hati. Yelah, siapa tak makan hati kalau terpaksa bercinta senyap-senyap selama 6 tahun? Aidil ingat dia siapa? Lawyer? Majistret? Ahli muzik? Artis sekarang ni kalau bercinta pun dah canang satu Malaysia tau! Aidil Zulkarnain, seorang yang lelaki yang penuh dengan ego dan kerana keegoannya itu, dia sendiri yang memutuskan hubungan antara dia dan Dian yang sudah lama terjalin. Apabila dia tersedar akan kesilapannya melepaskan Dian, Aidil mula menjalankan misi ingin memenangi hati Dian semula. Tetapi, Dian bukan seperti Dian yang dulu. Dian kini menjadi seorang yang degil dan keras kepala apabila berhadapan dengan Aidil. Kehadiran Norman sebagai 'makhluk perosak' menyukarkan lagi misi Aidil. Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka? *** p/s Arghhh ini dah masuk kali ketiga tulis sinopsis (setiap kali tulis mesti berlainan). Tak tahu kenapa tapi Wattpad selalu delete sinopsis yang saya dah tulis. Pfft. Dua kali tulis pakai handphone and kali yang ketiga ni try pakai desktop pulak. Kalau yang ini dia delete jugak, nak mogok 20 hari.
Bakal Suami? by blurbblabla
blurbblabla
  • WpView
    Reads 451,037
  • WpVote
    Votes 17,793
  • WpPart
    Parts 32
Rayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat tu bos aku. So mulalah aksi usik-mengusik antara kami sampai hubungan yang dahulu renggang menjadi akrab. Tahu tak apa yang lagi mengejutkan? Rayyan ajak aku kahwin walaupun kami baru kenal dua hari. Tapi aku tak berani bagi hati aku kat dia sebab aku takut dipermainkan. Dan hal yang paling aku takutkan tu jugaklah yang jadi, depan mata aku sendiri. Sekali awak jadi milik saya , jangan harap awak dapat lepas daripada saya - Rayyan Same goes to me, Encik Rayyan . Sekali awak dah lukakan hati saya , jangan harap semudah tu awak boleh rawat balik - Raihana
Jangan! by sprofove
sprofove
  • WpView
    Reads 1,144,871
  • WpVote
    Votes 35,273
  • WpPart
    Parts 49
"Kau tak memahamiku dan sukar untukku menjelaskannya. Jadi, jangan...." Syahrul seorang lelaki yang mempunyai segala-galanya kecuali satu, Cinta! Elina seorang gadis biasa-biasa tetapi mempunyai gaya dan personaliti yang tersendiri dan tidak pernah bercinta kerana ingin menjaga hatinya buat yang berhak. Tanpa disangka-sangka, mereka berdua ditemukan kerana suatu kemalangan. "Siapa yang langgar siapa?...."-Elina. Elina bersetuju untuk berkahwin dengan Syahrul untuk membalas budi lelaki itu semula tetapi masing-masing meletakkan syarat dan perjanjian. "Aku janji lepas enam bulan kita kahwin, kau nak bercerai pun aku akan lakukan. Aku yakin mama aku tak akan memaksa aku untuk berkahwin lagi." -Syahrul. namun, hati siapa dapat menolak cinta yang mula menjalar dalam diri? hari- hari bersemuka dan hari-hari bergaduh mula menerbitkan rasa rindu, cemburu dalam diri masing-masing.
Satu Jam Sahaja by sprofove
sprofove
  • WpView
    Reads 553,063
  • WpVote
    Votes 11,817
  • WpPart
    Parts 21
Asmira Ayuni ialah gadis yang sangat sosial dan berlatar belakangkan dari keluarga yang bermasalah. Setiap masanya dihabiskan di kelab malam dan melepak bersama kawannya. Hidupnya bertambah tertekan setelah mengetahui akan kewujudan 'anak ikan' ibunya dan dia lantas menerima pelawaan menjadi perempuan simpanan pada seorang lelaki kaya. "Satu jam sahaja menari dengan i, i akan bayar you RM1k."-Ezamil.
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C] by JejakaMerah
JejakaMerah
  • WpView
    Reads 1,490,214
  • WpVote
    Votes 92,816
  • WpPart
    Parts 195
MOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mendengar kata-kata aku... 'Hurmmm...Aiden, Arria... Tolong keluar dari sini... Aku nak bersembang berdua dengan Aeryz...' Lycans berkata perlahan. Aiden dan Arria mengangguk kemudian keluar dari pondok kayu... Lycans duduk di sebelah aku. Aku tidak mengendahkan dia... 'Kenapa ni..? Aeryz malu...?' Lycans menyoal seraya mengusap belakang aku. Aku mengangguk... 'Hurmm... Aeryz nak jadi lagenda...?' 'Ya... I know...Its imposibble...Aeryz tak sekuat atuk...' Aku membalas perlahan. Lycans tersenyum... 'Atuk juga lemah dulu... Its not easy to be a legend...' 'Apa maksud atuk...?' 'You wanna know my story...? How i become a legendary hunter...?' Dia berkata seraya mengukir senyuman sekali lagi. 'Yes... Tell me, Lycans...'