nasecret_'s Reading List
6 stories
Bukan Tak Suka by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 40,158
  • WpVote
    Votes 924
  • WpPart
    Parts 10
Tajuk: Bukan Tak Suka Penulis: Ilmar Imia Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-90-7 Harga: RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2015 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Penerbitan Karyaseni ELFIRA, si gadis santai dan selalu ceria. Namun, moodnya jadi tak menentu tatkala terpaksa berpasangan dengan DANISH, si studen repeater, untuk assignment kali ini. Bermacam-macam yang buruk dia dengar tentang lelaki itu. Tak datang kelas, pendiam dan sebagainya. Memang tak ngamlah dengan dia. “Berilah nombor telefon, mak tiri.” - Danish “Eee, suka-suka hati aje panggil orang mak tiri. Sejak bila pula saya kahwin dengan ayah awak?” - Elfira Lantaran sikap Elfira yang gemar marah-marah dan garang, Danish sering memanggilnya dengan panggilan ‘mak tiri’. Pada mulanya Elfira tidak menyukai panggilan itu tetapi lama-kelamaan dia mula merasakan itu satu panggilan manja buatnya. Sikap Danish yang sentiasa tenang membuatkan dia mula berasa selesa apabila bersama dengan lelaki itu. Saat hati mula berbunga-bunga cinta, Elfira mengambil keputusan untuk menjauhi Danish kerana dia yakin Danish sudah berpunya. Elfira sanggup menukar partner tugasannya dengan ANZALNA, sahabat baiknya, semata-mata untuk melupakan perasaannya itu. Anzalna, si gadis cantik persis Neelofa yang menjadi pujaan ramai lelaki sehinggakan dia tidak suka ada orang yang lebih daripada dia terutamanya Elfira. Sungguh dia dengki dengan segala yang berkaitan dengan Elfira termasuklah Danish. Anzalna sanggup lakukan apa sahaja asalkan Danish menjadi miliknya. Anzalna juga tegar menyatakan kepada Danish bahawa Elfira sudah bertunang walaupun perkara itu tidak pernah berlaku.
Sungguh, Saya Cintakan Awak by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 80,681
  • WpVote
    Votes 1,776
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk : Sungguh, Saya Cintakan Awak! Penulis : Shaista Haziq Penerbit : Penulisan2u ISBN : 978-967-0567-95-2 Harga : RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2015 Cara Pembelian : www.karyaseni.my / Aplikasi Karyaseni Cinta pandang pertama? Sukar untuk dipercayai tapi ternyata ia wujud. Nur Adra Nayli juga tidak ketinggalan. Turut sama terjatuh cinta pada pandang pertama. Renungan dan pandangan daripada Syed Muhammad Ajmal bisa menggetarkan hatinya. Namun, tidak pada kata-kata daripada mamat poyo itu. Menyakitkan hati adalah! “Cantik memang cantik. Tapi cantik saja tak guna kalau tak tutup aurat.” - AJMAL “Habis tu, awak ingat eloklah awak tegur dengan cara memalukan orang macam ni? Nak tegur kena cakap baik-baik dan di tempat tertutup supaya orang yang ditegur tak terasa malu!” - ADRA “Wow, tahu agama rupa-rupanya. I am impressed. Dah tu bab tutup aurat tak tahu kenapa? Tak sempat belajar ke? Cikgu meninggal ya tak sempat ajar?” - AJMAL Orang kata tak kenal, maka tak cinta. Apabila dah kenal, maka bercintalah! Ajmal dan Adra bersatu atas dasar cinta. Suka sama suka. Namun, bahagia mereka tidak lama apabila satu rahsia besar Ajmal diketahui Adra. “Aku ni girlfriend Ajmal. Bakal tunang Ajmal. Ahad ni majlis pertunangan kami. Aku nak bagi amaran kat kau. Kau tinggalkan Ajmal. Jangan ganggu dia lagi. Kalau aku nampak kau dekat dengan dia, kau taulah nasib kau.” - YASMIN Kehadiran Yasmin benar-benar membuatkan Adra tertekan. Baru menyulam cinta buat kali pertama dalam hidupnya, tapi sudah diuji sedemikian rupa. Adra rasa tertipu dengan kata-kata Ajmal. Kata cinta, tapi kenapa sudah nak bertunang? “Kalau awak tak suka dia kenapa awak nak bertunang dengan dia?” - Adra “Saya terpaksa. Dah banyak kali sangat umi saya minta. Lagipun saya tak ada siapa-siapa masa tu, jadi saya terima. Kalau saya tau saya akan jumpa awak, saya takkan setuju dengan rancangan umi saya tu.” - Ajmal
[COMPLETED] Suamiku Mr Jutawan by verreror
verreror
  • WpView
    Reads 1,383,747
  • WpVote
    Votes 37,858
  • WpPart
    Parts 64
'Perempuan ini menyusahkan'-Tengku Arian 'Lelaki ini menjengkelkan'-Alisya Qaisara Adakah mereka akan terus membenci jantina berlainan ataupun sebaliknya? Start: 05.12.2015 End: - 25.04.2019
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,285,930
  • WpVote
    Votes 562,292
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
Sayang, Anak Mak! by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 49,122
  • WpVote
    Votes 1,047
  • WpPart
    Parts 10
Tajuk: Sayang, Anak Mak! Penulis: Nojie Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-91-4 Harga: RM28 (Semenanjung) // RM31 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2015 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Penerbitan Karyaseni “Patutnya abah bersyukur sebab Amani tak habiskan masa dengan teman lelaki. Bercouple tu kan haram.” – AMANI. Amani menggelabah dengan permintaan karut Encik Bakarudin. Permintaan itu tak pernah dibuat dek abah orang lain. Nak kenalkan macam mana, kalau Amani tak ada teman lelaki? Yalah, Amani ni perempuan jenis kasar, berani dan hobinya pula merempit. Sudahnya, dilantik anak mak itu sebagai hero untuk drama sebabak pakwe makwe yang akan diarahkan dan dilakonkan sendiri. “Saya kan ada? Saya boleh kahwin dengan Amani!” – HAFIEY. Dek lafaz janji spontan Hafiey, drama sebabak pakwe-makwe dengan Amani sudah menjadi realiti yang tiada tamat tempoh. Mereka berdua diikat dalam ikatan yang direstui oleh keluarga sampai hujung nyawa, walaupun perkahwinan tiada rasa cinta. Malam pertama, Hafiey dah kena denda. Itu la! Siapa suruh memandai yang bukan-bukan dengan Amani, anak si askar pencen tu. Anak mak bukan sebarang anak mak. Anak mak ni berani mengakui perasaan sendiri. Tak seperti lelaki lain kat luar sana. Hafiey mengaku suka dan sayang kepada Amani. Tapi, apabila masuk soalan seterusnya, anak mak ni dah jadi bingung sekejap. “Kau cintakan aku?” – AMANI. “Cinta. Apa maksudnya, ya? Mak tak pernah ajar pulak pasal cinta.” – HAFIEY. Apabila Hafiey melancarkan kempen memikat, Amani dah menggelabah. Senyuman Hafiey dirasakan lagi manis daripada gula. Risau! Kalau dibiarkan, Amani pasti akan terkena penyakit diabetes cinta Si Hafiey. Tapi, Hafiey tak pernah mengalah. Dia menantu askar pencen. Jadi, harus la berjuang sebelum mengaku kalah!
My Sewel Guy by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 76,627
  • WpVote
    Votes 1,804
  • WpPart
    Parts 15
Novel Terbaru November Tajuk: My Sewel Guy Penulis: Aimy Haniya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-69-2 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : November 2015 Cara Pembelian : www.karyaseni.my / Aplikasi Karyaseni “Sewel bukan halangan untuk aku merasai manisnya cinta kita…” Sewel? Itu fakta kurang sahih yang berlegar dalam fikiran Nur Dahlia. Kerana hati sudah menaruh harapan kepada Ridzwan, Dahlia ikutkan permintaan lelaki itu. Permintaan yang menyebabkan Dahlia mengenali Nasri Haikal. Lelaki sewel yang dianggap pelik untuk didekati. Bukan… Lelaki sewel yang menyakitkan hati! Lelaki sewel yang suka merenungnya dari bawah katil. “Awak sengaja nak kacau saya ke?” - Nur Dahlia “Aku ada kacau kau ke? Aku rasa… Aku tak ada sentuh kau langsung.” – Nasri Haikal “Bukan kacau yang itu…” - Nur Dahlia “Habis, kacau yang mana satu? Banyak kali ke aku kacau kau?” - Nasri Haikal Bagi Nasri Haikal, Nur Dahlia gadis yang terpilih untuk menjadi pembantunya. Gadis tabah yang hadir pada saat yang paling diperlukan. Bahkan gadis itu dipanggil sidekick yang digelar Sweet Robin kerana membantu dirinya mencari makna kehidupan yang sebenar. Gadis yang boleh dipercayai untuk menyelesaikan kemelut hidupnya. “Baru bangun. Ada apa? Wait, kenapa awak simpan nombor saya lepas tu letak nama saya Sweet Robin?” - Nur Dahlia “Okeylah tu. Sweet Robin. Kau nak aku letak apa?” - Nasri Haikal “Letak ajelah nama saya. Tak payahlah letak nama Sweet Robin semua tu.” - Nur Dahlia “Itu kan telefon aku.” - Nasri Haikal Atas sebab status sidekick, Dahlia menganggap Nasri Haikal sekadar lelaki sewel yang perlu dibantu. Dia buta dalam melihat segala perbuatan Nasri Haikal yang cuba mendapatkan perhatiannya kerana hatinya pernah menaruh harapan kepada Ridzwan. Tapi, apabila Ridzwan mula mendekat, Dahlia merasai kehadiran lelaki sewel bernama Nasri Haikal.