saniah20's Reading List
200 stories
Leo's Sweetest Poison [TERBIT]  by nicawalif
nicawalif
  • WpView
    Reads 719,539
  • WpVote
    Votes 6,508
  • WpPart
    Parts 13
Tengku Daniel Rayden, seorang ahli perniagaan yang hebat menempa nama di persada antarabangsa. Perwatakannya yang dingin mampu menggerunkan sesiapa sahaja yang melihat, apatah lagi orang yang mengenalinya sebagai "Leo". Medina Nisa Lyora, seorang gadis jelita yang berperwatakan lembut dan ayu. Senyumannya yang manis mampu mencairkan hati orang sekelilingnya. Sifatnya yang periang, juga mampu menghilangkan gusar pada hati sesiapa sahaja yang mengenalinya. Siapa sangka, di sebalik wajahnya yang ayu dan manis itu, menyimpan seribu satu rahsia yang hanya dia saja ketahui? Dendam yang dibawa perlu dilunaskan. Start : March 17,2024. End : January 5, 2025. ✨
Sempurnakan Cinta Kita (IN EDITING) by thelykaa
thelykaa
  • WpView
    Reads 334,488
  • WpVote
    Votes 9,222
  • WpPart
    Parts 52
'Sempurnakan Cinta Kita' ⭑.ᐟLet me introduce the characters in this story⭑.ᐟ ⭑.ᐟ Important character ⭑.ᐟ ╰┈➤ Muhammad Arif Iskandar (28 Tahun) ╰┈➤ Nurul Nabella Natasya (26 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Taufik Haiqal (28 Tahun) ╰┈➤ Nurul Nabila Natasya (24 Tahun) .𖥔 ݁ ˖ supporting character.𖥔 ݁ ˖ ╰┈➤ Muhammad Danish Haiqal (5 Tahun) ╰┈➤ Rose Laylina (25 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Alif Hazriq (29 Tahun) ╰┈➤ Nur Qaisara Amani (24 Tahun) ╰┈➤ Muhammad Akif Azril (27 Tahun) ╰┈➤ Datin Tina (47 Tahun) ╰┈➤ Dato' Hassan (50 Tahun) ╰┈➤ Datin Emliy (53 Tahun) ╰┈➤ Tengku Ariyan Kasyaf (28 Tahun) ˖⋆⭒˚.⋆Enjoy and happy reading ⋆⭒˚.⋆
JEJAK CINTA SEORANG MAFIA by ALLIYA_HANAA
ALLIYA_HANAA
  • WpView
    Reads 25,907
  • WpVote
    Votes 529
  • WpPart
    Parts 61
Hana Sofea, seorang gadis biasa yang bekerja sambilan di sebuah restoran eksklusif, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah sekelip mata setelah bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Naufal. Dengan aura menakutkan dan pandangan tajam, Naufal segera menarik perhatian Hana namun bukan dengan cara yang biasa. Naufal, seorang mafia berpengaruh yang memimpin organisasi gelapnya dengan penuh rahsia, menyimpan sejarah pahit yang menghantui jiwanya. Kehadiran Hana mengingatkannya kepada seseorang dari masa lalu yang telah dia kehilangan seseorang yang pernah dia janji untuk melindungi. Pertemuan mereka membawa Hana ke dalam dunia gelap yang penuh bahaya dan rahsia. Dari kejadian-kejadian aneh hingga ancaman yang tiba-tiba muncul, Hana mula menyedari bahawa ada sesuatu yang lebih besar dunia mafia, Naufal mula menunjukkan sisi dirinya yang tidak pernah dia tunjukkan kepada sesiapa ,sisi yang rapuh dan penuh kasih sayang. Hubungan mereka berkembang di tengah-tengah konflik antara masa lalu, dendam, dan harapan baru. Adakah Hana mampu bertahan dalam dunia penuh bahaya ini? Dan adakah Naufal berjaya menebus kesalahannya, atau mereka akan terperangkap oleh takdir gelap yang cuba mereka lawan?
(NOVEL) Siblings series 1( TERBIT ) PBAKL 2025 The Loyal Hunter : Maleeq Uqail by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 297,121
  • WpVote
    Votes 150
  • WpPart
    Parts 11
SERIES 1 Tuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar tugas dan tanggungjawabnya lebih tertumpu kepada negara tercinta. Eliza Nerinna, perempuan yang menduduki hatinya. Setelah menjadi tunang, Eliza berubah laku. Maleeq Uqail terkena tembakan dalam operasi yang dia dan pasukan jalankan. Kehadiran doktor cantik bernama Ulfa Maleeqa membuatkan mamanya goyah. Bukan dirinya! Dia hanya setia pada Eliza si tunang. Dugaan datang melanda. Jodoh tu takdir Tuhan. Maleeq tak mampu mengelak. Eliza yang dicintai curang di depan mata. Sejak dari kejadian itu, Maleeq seperti susah untuk menerima hubungan percintaan yang baru. Dia hanya memburu perempuan yang setia! Siapakah perempuan setia yang bakal menjadi suri hati Mr Loyal Hunter?
Perempuan Tanpa Jiwa by FloraDaniella
FloraDaniella
  • WpView
    Reads 525,730
  • WpVote
    Votes 18,230
  • WpPart
    Parts 56
[COMPLETED] Ian Fayyaz 🤍 Nyla Yazmin Hanya satu kesilapan yang besar dia lakukan dalam hidupnya yang mengubah keseluruhan hidupnya selama dua tahun. Hilang semua orang yang dia sayangi dalam sekelip mata. Tanpa belas kasihan dia dihentam. Silapnya hanya kerana mencintai seorang lelaki. Hanya itu sahaja silapnya. ⚠️ Triggered Warning ⚠️ (Self-harm) 9/03/2024
©DIA MILIKKU by rissyaleeya
rissyaleeya
  • WpView
    Reads 480,195
  • WpVote
    Votes 9,100
  • WpPart
    Parts 59
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ El Naura Elena, seorang pelakon dan model terkenal, hidupnya penuh kemewahan, glamor, dan perhatian. Namun, segalanya berubah apabila dia terpaksa menerima lamaran perkahwinan dengan Amsyar Qairi, seorang lelaki miskin dan serba sederhana, demi menunaikan janji dan kerana urusan harta keluarga. Walau berat hati, Elena akur-perkahwinan itu tetap berlangsung. Di luar jangkaan, perkahwinan yang bermula tanpa rasa cinta itu perlahan-lahan mekar dengan kejujuran dan kasih sayang. Elena akhirnya jatuh hati pada Amsyar, lelaki yang selama ini dianggap terlalu "biasa" untuk dirinya. Mereka mula membina bahagia, saling melengkapi di sebalik jurang darjat. Namun, badai datang melanda. Puan Maria, ibu Amsyar, menekan anaknya untuk menikahi Nina, wanita pilihan keluarga yang turut menyimpan perasaan terhadap Amsyar. Dalam dilema dan desakan, Amsyar akhirnya mengahwini Nina-merobek hati Elena yang baru belajar mengecap bahagia. Belum sempat luka itu sembuh, takdir sekali lagi menguji. Amsyar terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kecederaan teruk pada kakinya hingga dia hanya mampu terlantar. Dalam keadaan suaminya tidak berdaya, Elena didesak untuk membuat pilihan-terus setia di sisi Amsyar meskipun hatinya hancur, atau melepaskan semua yang pernah mereka bina demi maruah dan masa depannya sendiri. Sanggupkah Elena terus bertahan? Atau adakah cinta mereka sekadar persinggahan yang akhirnya dikalahkan oleh takdir? - "Abang! Abang lupa ke abang mak abang benci Elena! Benci Elena! Sampai dia suruh abang kahwin dengan Nina! Abang lupa ke?! Tolonglah jangan ambik Zara dari Elena! Mana belas kasihan abang!" - El Naura Elena "Belas kasihan? Elena lupa ke siapa yang lari waktu abang tak berdaya nak buat apa apa? Elena lari tinggal abang tanpa pesan atau apa apa pun. Mana belas kasihan Elena? Kalau kita terpisah, Elena takkan dapat apa apa pun termasuk Zara." - Amsyar Qairi Start: 14 September 2019 End: 2 January 2020
The King Mate by Nuragomi
Nuragomi
  • WpView
    Reads 1,981,682
  • WpVote
    Votes 77,645
  • WpPart
    Parts 50
Tunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahsiakan identitinya sebagai cucu perempuan tunggal Sultan Aminuddin . "King samuel menitahkan agar semua pemerintah negara yang mempunyai cucu perempuan atau anak perempuan dihantar ke negara Howl's castle untuk dipertemukan dengan Putera Mahkota baginda dan nama tok ayahanda kamu terdapat dalam senarai."-Tunku muazzam "MINE! You're mine!" - Putera Mahkota.