SakuraHitori's Reading List
24 stories
BLOODY FRIENDSHIP 2 : MANA-PHERE (BM Version) [STOP] by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 25,670
  • WpVote
    Votes 1,997
  • WpPart
    Parts 39
Putera Azrael Moncheisto terpaksa meninggalkan tempat tinggalnya untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh. Dia dibawa ketua pegawai keselamatan negaranya, Roxes Kalas ke Akademi Crownis Dragon, jauh dari negara mereka. Di akademi ini, Azrael menjalankan hidup menyamar sebagai Azzel Fe Rozz. Dia bertemu beberapa rakan rapat yang menghiburkan kehidupan sehariannya. Tetapi, yang menarik perhatiannya adalah remaja lelaki yang senyap seribu bahasa dan juga roommate yang akan menemani Azrael ke tahun akhir di akademi itu. Yang mengejutkan, nama samaran Azrael sama dengannya, Azzel tetapi namanya Azzel Le Terrance atau lebih gemar dipanggil El. El mempunyai masalah sendiri. Kehidupan sunyinya mulai cerah dengan kehadiran Azrael. Dengan pertolongan Azrael, El dapat menyelesaikan masalahnya. Sayangnya, aman tidaklah sentiasa di sekeliling mereka apabila ada pula serangan mengejut daripada satu musuh yang tidak diketahui mereka. Akademi mereka diserang dan Azrael serta semua pelajar akademi terpaksa dipindahkan ke Akademi Leunhook di negara sebelah bagi perlindungan. Perjalanan Azrael ke Akademi Leunhook terhalang apabila terdapat serangan daripada penunggang naga. Dengan kehadiran Lazw dan naganya, Slirre, mereka dapat atasi musuh mereka dan tiba di akademi Leunhook. Malang tidak berbau, ada pula sekumpulan orang yang mahu menculik El. Selamatkah El dan ke mana mereka ingin membawanya? Apa yang Azrael lakukan untuk menyelamatkan El? Kuasa apa yang dunia Mana-Phere ini miliki pula ? Untuk pengetahuan semua, Bloody Friendship 2 ini ada kaitan dengan Kairi dan lain-lain dalam buku Bloody Friendship (Versi BM). Sesiapa yang belum baca buku siri pertama Bloody Friendship boleh pergi ke laman saya. Nak tahu camna pula kisah siri Mana-Phere ini pula, saksikan pengembaraan Azrael, El dan rakan-rakannya XD
FATED ENCOUNTER (BAHASA MELAYU) - BUKU 2 BLOODY FRIENDSHIP by anlhpermy
anlhpermy
  • WpView
    Reads 47,502
  • WpVote
    Votes 3,690
  • WpPart
    Parts 38
Agi ataupun Sagittarius adalah pengguna kuasa Bintang Sagittarius. Selama beratus-ratus tahun, Bintang Sagittarius mempunyai kuasa yang sangat istimewa. Mereka berkebolehan untuk merentasi dimensi, menyembuhkan kecederaan dan kuasa alam tetapi daripada kegunaan kuasa tersebut, terdapatnya sumpahan yang tidak boleh dibuang mahupun diubah. Sumpahan tersebut akan berada pada setiap pengguna Sagittarius yang telah dipilih oleh binatang Bintang Sagittarius. Agi berasa sangat kecewa apabila sumpahannya telah mengubah kehidupannya. Dia menyalahkan Pegasus kerana telah menyebabkan perubahan tersebut. Dia tidak mendekati sesiapa atau mempunyai hubungan rapat dengan orang lain kerana tidak mahu jatuh cinta mahupun menyebabkan orang lain jatuh cinta dengannya. Hanya dengan satu kucupan daripada Pegasus telah mengubah kesemua perkara dalam hidupnya. Malangnya, timbul masalah baru iaitu Pegasus. Dia tidak pasti bagaimana Pegasus mengetahuinya tetapi pandangan Pegasus yang seperti mengetahui rahsianya menyebabkan dia tidak mahu berada berdekatan Pegasus. Bukan itu sahaja, pengacauan Pegasus semakin melampau sehingga Agi takut dengan perasaan sebenar yang dilihatnya pada wajah Pegasus kepadanya. Dan Pegasus pula mengalami masalah dan tidak dapat menyelesaikannya sendiri. Dia tidak mahu membahayakan nyawa orang lain tetapi apa yang dapat dia lakukan untuk menghalangnya? Agi pula sentiasa bermain dalam fikirannya. Sukar untuknya menjauhi Agi. Bagaimana Agi hendak menjauhkan diri daripada Pegasus yang cuba mendekatinya dengan lebih lagi daripada pergaulan seorang rakan? Mengapa dia takut orang lain mengetahui perubahan dirinya itu? Dan apa pula masalah yang dihadapi Pegasus? Malah, muncul pula musuh baru? Siapakah mereka? Apa yang mereka nak? Baca dan selami masalah mereka dalam buku kedua ini! XD
SERI by eiyla_
eiyla_
  • WpView
    Reads 23,242
  • WpVote
    Votes 1,103
  • WpPart
    Parts 6
KISAHNYA bermula pada zaman dahulu kala, dimana ada seorang wanita cantik yang bernama Seri terperangkap di sebuah tempat tersembunyi akibat perbuatan orang yang mendendaminya. "Melur, tidakkah engkau suka pada Halim? Tapi aku dengar dia akan dinikahkan dengan Seri.'' Ujar si Melati. "Apa benar kata kau itu Melati? Sungguh biadap si Seri. Berani sungguh dia merampas Halim dari aku. lihat saja, aku tidak akan diam. tahulah aku cara untuk mengajarnya.'' Sumpah Melur. Melur, telah meminta bantuan moyangnya Mbok Mayang Sari untuk membuang Seri jauh dari penempatan mereka. Mbok Mayang Sari yang mahir dalam ilmu ghaib bersedia membantu cicit kesayangannya itu dengan mengurung Seri di sebuah tempat ghaib yang tersembunyi. "Mbok mahu membuangnya ke mana?'' "Ke tempat yang begitu bahaya. Di situ ada siluman ular besar. Dia tidak mungkin terselamat berada di tempat itu.'' Melur tersenyum sinis.. akhirnya, tiada siapa yang akan tahu dimana hilangnya SERI..
SUAMI AKU,BOSS AKU! by chiyogOtyou
chiyogOtyou
  • WpView
    Reads 5,907,170
  • WpVote
    Votes 160,886
  • WpPart
    Parts 66
Muhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut sahaja perintah selepas Dato' Kamal memaksanya untuk berkahwin dengan anaknya.Pelbagai liku hidup yang harus dijalani oleh gadis muda tersebut. Semua perlu diuruskan sendiri apabila ahli keluarganya semua sudah tiada.Gadis kecil itu sentiasa tabaj dan reda ketentuan ilahi. "Once aku dah dapat kau, teruk malam pertama aku kerjakan kau! "-ARIFF Mikail. "Aku tahu la aku ni comel, jangan la cubit aku sesuka hati kau! "- Hawa NAWFA "It sounds pretty good! You will deserve it! " - Sara AMELINE Nak tahu apakah kesudahan perkahwinan secara paksa mereka! Teruskan membaca!!
[C]NERD TAPI QUEENKA...??? by finauna
finauna
  • WpView
    Reads 267,174
  • WpVote
    Votes 14,692
  • WpPart
    Parts 49
Dia Nerd Kemasukannya ke sekolah baru hanya menjadikan dirinya sebagai mangsa buli disebabkan oleh perwatakannya yang dikatakan 'nerd' Abangnya Joshua anat menyayangu nya. Tetapi disebabkan permintaan Jihyo, hubungan mereka tidak diketahui. Rasa bersalah sering timbul dalam hati apabila melihat satu satunya 'dongsaeng nya di pukul oleh teman baik nya. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Sila baca
Sayang Aku Rindu ✔ by shahirah93
shahirah93
  • WpView
    Reads 1,315,718
  • WpVote
    Votes 12,691
  • WpPart
    Parts 58
Cerita ini adalah rekaan sepenuhnya, tiada kaitan dengan yang hidup mahu pun yang sudah meninggal dunia. cerita mengandungi unsur-unsur keju , sila pastikan umur anda sesuai sebelum membaca kalau tak selesa . pandai - pandai lah scroll laju-laju yea. dah letak papan tanda tak akan tak nampak pulak kan hihi ( jangan kecam sis yea)
Peluang Kedua by somebdy_
somebdy_
  • WpView
    Reads 6,656,162
  • WpVote
    Votes 178,545
  • WpPart
    Parts 94
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi. Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga. Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya. Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?
KILLED by kimsyazbts
kimsyazbts
  • WpView
    Reads 55,823
  • WpVote
    Votes 5,326
  • WpPart
    Parts 17
Sinopsis : Mengisahkan seorang gadis yg menghidapi penyakit buah pinggang,apabila membuat pemeriksaan X-Tray trdapat sesuatu yg bergerak di dlm badannya.. kakitangan pembedahan terkejut apabila melihat kepala manusia yg berada di dlm badannya dan mnyebabkan mereka semua takot untuk membuat pembedahan terhadap gadis itu. Keadaan gadis itu menjadi semakin teruk apabila tiada satu doktor pon yg mahu membuat pemeriksaan trhadapnya lagi.Sehinggalah datang seorang doktor muda yg baru sahaja menamatkan pengajian medik dan dia memberanikan dirinya untuk merawat gadis itu dan akhirnya dia berjaya membongkarkan segala misteri yg menimpa gadis itu dgn bantuan teman serumahnya...
Evil Guy by aldhyfaz
aldhyfaz
  • WpView
    Reads 198,130
  • WpVote
    Votes 11,723
  • WpPart
    Parts 43
"pandai buat pandai tanggung..baik sgt"kata Byun Baekhyun sambil tersenyum sinis. Seorang lelaki yang tak der hati perut.semua orang yang tak bayar hutang akan dibelasah atau lebih elok lagi dibunuh.Dia seorang namja..dan seorang ketua gangster. "awk tak pernah ke sedar siapa saya pada awk"seorang yeoja yg lembut lagi penyabar dengan sikap Byun Baekhyun.. Namun setiap kali nak bahagia mesti ada orang cemburu mestilah jahatkan...ouh yer mungkin ada guna bahasa kesat and byuntae sikit jer sikit jer.. Byun Baekhyun as Baekhyun Kim Yi Jin as You Kai as Kai watak tambahan mungkin ada..
CHRONICLES KAISER ONE : THE BEGINNING (C)™ by Wanzenith
Wanzenith
  • WpView
    Reads 94,231
  • WpVote
    Votes 6,256
  • WpPart
    Parts 27
Ikhwan Syah Al'Solleh adalah putera keenam,ataupun digelar putera bongsu oleh rakyat serta para tentera. Berlainan dengan abang-abangnya yang lain,dia tidak berminat untuk menyertai hal-ehwal negaranya iaitu negara Mentari. Namun kehidupannya berubah selepas menyelamatkan cpu-biology yang bernama Alisa Darweez. Manakala Alisa pula dikehendaki oleh satu organisasi bernama Black Cobra,dan Ikhwan terpaksa melindunginya dalam keadaan dia yang tiada semangat untuk bertarung mampukah dia menangani setiap cabaran yang tiba? Lagi-lagi dengan kehadiran musuh lamanya kembali,Raven yang dikatakan pembunuh kakak kandungnya? Ikhwan Al'Solleh The Dragon prince Alisa Darweez The Human Biology Mampukah mereka berdua menghadapi cabaran?