syazwaaz's Reading List
3 cerita
LELAKI KIRIMAN TUHAN oleh karyaseni2u
LELAKI KIRIMAN TUHAN
karyaseni2u
  • Membaca 141,746
  • Suara 1,706
  • Bagian 15
PENULIS: UMIE NADZIMAH TAJUK: LELAKI KIRIMAN TUHAN HARGA : RM22 (SM)/RM25 (SS) Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. "Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira "Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid "Sebab awak tu miring!" - Naira Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...
Tundukkan Playboy Itu oleh karyaseni2u
Tundukkan Playboy Itu
karyaseni2u
  • Membaca 315,585
  • Suara 7,046
  • Bagian 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
creepyposta ~ maha koleksi oleh mycreepyposta
creepyposta ~ maha koleksi
mycreepyposta
  • Membaca 1,698,706
  • Suara 49,843
  • Bagian 77
C O M P L E T E D creepyposta ~ maha koleksi merupakan jilid pertama kompilasi karya Jeffrey Zain yang diwattpadkan setelah akaun Twitter beliau mencecah 18,000 followers. Kisah-kisah yang dipaparkan tak begitu klise drama Melayu, orang kata lah. Ada kisah mak zombie, mak kanibal, Mak Kau Hijau, Makcik Karipap, anak werewolf, cameo Kak Chom, anak Satan à la The Omen, Suami Ku Mr Stalker, adik beradik Hansel Gretel versi Melayu, kisah creepy campfire, kisah dato yang tak gembira dan Halloween Melayu. Kompilasi creepyposta menjadi Top 3 Buku Lejen Press paling laris di Pesta Buku Antarabangsa KL / PBAKL2017, buku paling laris di PBAKL2016 dan Top 5 Buku Fiksyen Bahasa Melayu MPH 2016.