Jnnahtul
- Reads 2,039
- Votes 155
- Parts 8
Arash Zulkarnain
Arash Zulkarnain-CEO muda, kaya, dan dingin-tidak pernah percaya pada cinta. Hidupnya hanya tentang bisnes dan dunia yang penuh rahsia. Namun semuanya berubah apabila Qaireen Iman, seorang gadis kampung yang sunyi, muncul dalam hidupnya sebagai babysitter untuk anak lelaki Arash, Araf Zulfati.
Qaireen, anak yatim yang kehilangan kedua ibu bapanya, terpaksa melarikan diri daripada lelaki bernama Zahril yang mahu menjualnya kerana hutang arwah ayahnya. Kehadirannya bukan sahaja menghidupkan rumah Arash yang sunyi, malah perlahan-lahan mencairkan hati lelaki itu yang selama ini beku.
Namun, cinta dan bahagia bukan perkara mudah. Masa lalu Qaireen yang kelam, dendam orang lain, dan ego Arash menjadi penghalang mereka. Dalam perlindungan, pengorbanan, dan ikatan yang semakin erat, adakah mereka akan menemui bahagia, ataukah luka lama akan memisahkan mereka selamanya?
"Aku nak kau jadi babysitter anak aku sebagai tanda kau balas budi kat aku"
- Arash Zulkarnain
"Kalau itu yang Tuan mahukan saya terima..." - Qaireen Iman
________
"Benci sangat ke Tuan kt saya? Kalau Tuan bencikan saya.. Saya boleh letakkan jawatan dan pergi dari sini" - Qaireen Iman
"Kau sanggup pergi tinggalkan anak aku? Kau tahu sendiri yg anak aku terlampau sayang kan kau" - Arash Zulkarnain