inaAeina's Reading List
5 stories
Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019] by elsaleeza
elsaleeza
  • WpView
    Reads 190,750
  • WpVote
    Votes 7,852
  • WpPart
    Parts 53
Lapan orang puteri kembar dunia Crystall Realms dilahirkan dengan kuasa tersendiri. Peristiwa yang berlaku pada suatu malam membuatkan nyawa mereka diancam bahaya. Empat orang Guardian Heroes yang terpilih membawa mereka ke dunia manusia demi melindungi dan menjaga mereka dari kuasa kegelapan yang begitu kuat di kala itu. Mereka dilatih menggunakan kuasa dan membesar di dunia manusia sehinggalah mereka berusia 18 tahun. Dapatkah mereka mengetahui identiti sebenar mereka yang merupakan puteri dunia Crystall Realms? Apakah yang berlaku seterusnya apabila mereka kembali ke dunia tersebut? 'They have their own power but only one is the Legendary Princess.' 'Meet your destiny, legendary princess. Between the sky and the earth and get ready to be his heir.' 'Apabila kegelapan sudah menguasai diri, nyawa menjadi galang ganti.' Best Achievement: #3 in Fantasy
Dihantu by mikaelsahaja
mikaelsahaja
  • WpView
    Reads 138,187
  • WpVote
    Votes 5,388
  • WpPart
    Parts 31
Lahir-lahir sebagai hantu, tidak memberikan jalan mudah kepada seekor pontianak untuk menjadi seekor hantu yang paling ditakuti. Dengan rekod kegagalan menakutkan orang mencecah angka 100, beliau menggelarkan dirinya sendiri sebagai hantu yang paling gagal di Kampung Tanjung. Satu malam, ayahnya mengamuk.
Dendam Seorang Cinderella by Melyn_Aristokra
Melyn_Aristokra
  • WpView
    Reads 713,760
  • WpVote
    Votes 26,387
  • WpPart
    Parts 66
Elyana, anak seorang pembantu rumah telah didera oleh Datin Sakinah, anak perempuannya yang gedik, Aishah Ilya dan anak lelakinya yang sombong, Idham Fauzi. Hanya Dato Munir yang menyayangi Elyana seperti anak kandungnya sendiri. Satu hari, di majlis perkahwinan Idham, tunangnya Raziah tidak sampai-sampai ke dewan majlis, dan Elyana dipaksa berkahwin dengan Idham sebagai pengganti Raziah demi menjaga air muka keluarga mereka. Selepas kahwin, Elyana tidak dilayani seperti seorang isteri dan Idham berfoya-foya dengannya dan Raziah berjanji dengan bekas tunangnya itu akan merampas dia kembali daripada Elyana. Raziah dan Idham ditangkap khalwat dan mereka berdua disahkan berkahwin. Elyana rela dimadukan namun dia sering didera oleh Raziah. Satu hari, Raziah telah merancang untuk membunuh Elyana dengan membakarnya di dalam rumah hidup-hidup. Namun sebenarnya Elyana berjaya melarikan diri dari ruah namun wajahnya sudah terbakar dan sudah tidak memiliki wajahnya yang dulu. Dia dijumpai oleh Datin Hasliza, pemilik syarikat fesyen dan janda yang kaya itu menanggung perbelanjaan pembedahan plastik yang perlu dibuat oleh Elyana. Elyana mendapat wajah lain dan baharu dan dijadikan anak angkat oleh Datin Hasliza. Setelah mengetahui akan kisah silamnya, Datin Hasliza merancang untuk menolong Elyana membalas dendam terhadap keluarga Dato Munir. Adakah misi Elyana akan berjaya? Highest peak : #25 in Romance (6/6/2017) Status : Ongoing
BANGLO SEKSYEN 12 by hasrudijawawi
hasrudijawawi
  • WpView
    Reads 109,495
  • WpVote
    Votes 5,057
  • WpPart
    Parts 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)
Arc Chemist by KarboniKTales
KarboniKTales
  • WpView
    Reads 87,751
  • WpVote
    Votes 8,198
  • WpPart
    Parts 32
Azim, seorang saintis muda Malaysia yang tidak percayakan unsur magik disahkan mati akibat bebanan kerja. Namun, takdir menentukan segalanya. Dia secara tiba-tiba tersedar semula ke dunia asing berlatarbelakangkan abad ke-17 Eropah. Menambahkan lagi kecelaruan, Azim menyedari bahawa jasad yang diduduki sekarang bukanlah hak miliknya, sebaliknya jasad ini adalah milik seorang pemuda aristokrat Kaukasian yang bernama Kleim Dy Rosso, yang pada masa yang sama telah disambar petir. Arc Chemist, oleh KarboniKTales adalah sebuah karya sains fiksyen yang bertemakan pengetahuan sains (kimia) dan alchemy (alkimia). ++++++++++ -Akan diupdate dan dipinda jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa dan jalan cerita. -Saya mengalu-alukan komen-komen positif dan membina. Juga, kritikan terhadap karya saya juga diterima untuk memperbaiki kesilapan diri. Follow | Comment | Vote| Share Terima kasih!