Matahari Terbitnya Nanti 🌤️
2 stories
Cik, KAUNSELOR! by Irfadzil
Cik, KAUNSELOR!
Irfadzil
  • Reads 673
  • Votes 20
  • Parts 3
Nazri. Seorang lelaki yang ditimpa musibah. Remuk hatinya, luluh jiwanya tatkala tunang tersayang meninggal dunia akibat kemalangan. Wanita penyeri hidungnya sudah tiada. Jiwanya, dirinya dan hidupnya seakan-akan mayat hidup. Hatinya sudah terkubur bersama orang yang tersayang. Afrina. Seorang kaunselor yang ditugaskan untuk memberi khidmat nasihat kepada Nazri. Walaupun dia disindir malah diberdik oleh lelaki yang bagai hilang separuh nyawanya itu, Afrina cuba bersabar. Lelaki itu perlukan bimbingan, walaupun Afrina beranggapan bahawa dirinya lebih memerlukan seseorang buat masa sekarang. " Encik sabar, ini semua dugaan Allah. Apabila kita diuji, itu maksudnya Allah sayangkan kita. " - Afrina. 27. Kaunselor. " Cik cakap senanglah. Tunang saya yang mati bukan tunang cik! Cuba Cik fikir kalau Cik ada kat tempat saya! " Nazri. 28. Hamba Allah. Dapat kah Afrina membimbing Nazri mencari cahaya hidupnya kembali?
JATUH DARI CINTA by Irfadzil
JATUH DARI CINTA
Irfadzil
  • Reads 158
  • Votes 2
  • Parts 24
Terkadang, kehidupan membentangkan hal-hal sulit. Hal sulit yang tak terungkai jiwa. Dan hal-hal jiwa yang tak terungkai kerana kesulitannya. . . . Tak, ini bukan novel cinta bila terlanggar, kau jatuh hati, aku jatuh cinta. Bukan. Ini kisah tentang seorang editor, dan penulis amnesia. Halwa. Darris. Dan takdir yang menyulam sulit antara dua manusia yang tidak mampu mencintai. Dan tidak pula membenarkan rasa itu menyelit di antara mereka. Darris adalah bakal tunang Aria, rakan baik Halwa. Manakala Halwa pula, gadis itu bertekad untuk tidak mendirikan rumah tangga atas masa lalu yang tak mampu dilupai. Takdir menemukan mereka tanpa rasa cinta. Dan mungkin memisahkan mereka dengan rasa yang sama. Mungkin. Siapa tahu kalau Tuhan punya rencana yang berbeza. . . . 'Semoga buku jatuh dari cinta ini dapat membuatkan para pembaca jatuh cinta. Sama ada dengan saya ataupun dengan Pencipta ✨' @Irfadzil