malay books
5 stories
Saya Tunggu Tau ✔ by cikorked
cikorked
  • WpView
    Reads 3,074,598
  • WpVote
    Votes 95,542
  • WpPart
    Parts 63
Airis Medina disatukan dengan Hayyan Mikael dengan kerelaannya dan keterpaksaan Hayyan. Hidup sebumbung dengan lelaki bernama Hayyan Mikael sangat mencabar tahap kesabaran Airis. Kewujudan Airis di rumah itu bagaikan orang asing bagi Hayyan. Lebih mencabar bagi Airis apabila Hayyan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya, Mariana! "Jangan layan saya macam bibik kat rumah awak" "Dah memang kau bibik aku kan" "Gila!" Bermadu dengan Mariana merupakan ujian yang paling besar bagi Airis. It's worse! Siapa sanggup berkongsi kasih dengan perempuan lain! ***Di awal bab, memang mengarut bahasa pun i don't know la. Tapi saya perbaiki penulisan saya di pertengahan.
Terima Kasih Sayang by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 36,882
  • WpVote
    Votes 654
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Terima Kasih Sayang Penulis: Fariha Aisya Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-99-0 Harga: RM21.00 (Semenanjung) // RM24.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Disember 2015 Kapsyen Dalam suka mahupun duka, kau tetap setia menanti diriku. Kaulah rahsia jodohku selama ini. Farihatul Aisya Hanna, si gadis yang sanggup berkorban demi jejaka yang dicintainya meski nyawa jadi taruhan. Setelah bertahun menunggu, akhirnya takdir cinta berpihak kepadanya. Dia dan Ezwan disatukan dalam satu ikatan yang suci. "Hanna buat jantung abang berdegup kencang. Pastikan kecantikan Hanna tu hanya untuk abang dan bukan orang lain, ya?" - Ezwan Kala hidupnya menjamah bahagia, ada insan lain yang terluka lewat kebahagiaan Hanna. Hampir sepuluh tahun menanti cinta daripada gadis itu, Darwin akhirnya mengalah dan reda dengan ketentuan. Hanna hanya menganggap Darwin sebagai abangnya. "Tolong jaga Hanna baik-baik. Sayangi dan cintailah dia sepenuh hati sama seperti awak jaga dan sayangkan nyawa awak. Jangan sia-siakan hidup dia." - Darwin Dalam asyik terbuai dengan cinta Ezwan, rupa-rupanya Hanna salah menilai. Cinta Ezwan ibarat sekadar menanam tebu di pinggir bibir. Saat muncul Melissa si penggoda, dengan mudah cinta Ezwan beralih pergi. "Hei, perempuan. Kalau kau nak tahu, selama ni aku tak pernah ikhlas cintakan kau." "Tolonglah, abang. Tolonglah cintakan Hanna. Hanna sanggup tunggu walaupun seumur hidup." Namun segalanya bagai sudah terlewat saat lafaz cerai diucapkan Ezwan... Hanna pasrah. Hati perempuannya bagai ditikam belati berbisa. Tidak berhakkah dia untuk memperolehi cinta sejati? Saat cuba diubati luka hatinya itu, Darwin kembali menagih sesuatu yang sudah lama diimpikan.
Gila-Gila Cinta [PUBLISHED] by IzzaAripin
IzzaAripin
  • WpView
    Reads 8,645
  • WpVote
    Votes 167
  • WpPart
    Parts 21
"Eryssa... jom kita kahwin... Cakap ajelah yang kau setuju main kahwin-kahwin dengan aku. Jom install Romance Simulation apps, My Forged Wedding. Kalau tak pun, kita main The Sims. Jadi jiran aku jom! Aku tak cukup jiran untuk ke level seterusnya. Dah seminggu aku stuck!" - itu kata Si Rambut Kembang. "Rys... wo ai ni. Je t'aime, Je t'adore. Mikvarhar. Te amo. Ich liebe dich. Hum Tumhe Pyar Karte ho. Aishiteru. Sarangheyo!...Rys... saya sayang awak!" - itu kata Zeek. Tapi kata Eryssa - "...datanglah ribut, datanglah taufan, kalau dah jodoh, pasti kita disatukan." Si Rambut Kembang suka buli Eryssa, tapi Zeek tersangatlah romantis. Bila Eryssa dipaksa kahwin dengan Zeek, Eryssa tak dapat terima. Baginya perkahwinan itu terlalu awal sedangkan dia belum bersedia menjadi seorang isteri. Jauh di sudut hati, sebenarnya Eryssa terlalu gilakan Zeek hingga dia obses dan hanya cintakan Zeek hingga sukar baginya berpisah dengan lelaki itu. Namun kekuatan cinta Eryssa diuji bila diberitahu yang dia hamilkan anak orang lain. Lalu bagaimanakah hubungannya dengan Zeek? Dan dapatkah Si Rambut Kembang bergabung dengan Zeek merebut kembali cinta gila Eryssa?
Something Stupid by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 40,760
  • WpVote
    Votes 1,210
  • WpPart
    Parts 16
Cerita ni dah ada di kedai okey? Di bawah penerbitan Lovenovel Publication. :) Jadi, anda boleh dapatkannya di kedaii. Yahoo! Saya dihina oleh awak depan orang ramai, saya ditolak mentah-mentah. Bila saya datang nak menghulur bantuan, awak masih dengan sikap angkuh awak. Awak nak saya layan awak buruk jugak kan? Itu yang awak nak selama ni, kan?” ~ Irsyad Kerana rasa tercabar dilayan bagaikan tidak wujud oleh gadis pujaannya, ditambah pula dengan rasa cemburunya terhadap Aiman, Irsyad tega merampas mahkota gadis itu. Padanya, Zara miliknya yang abadi. Bukan milik Aiman dan bukan juga milik sesiapa. Hanya milik dia. Zara kecewa dengan Irsyad. Lelaki itu memang berhati binatang! Sanggup melakukan sedemikian terhadapnya. Dia menyepikan diri bertahun lamanya. Salah faham yang pernah terjadi, lambat terbongkar. Zara sudah menghilang. Irsyad menyesal! Enam tahun berlalu begitu sahaja, Irsyad dan Zara dipertemukan semula tanpa dirancang. “Zara, saya... saya datang nak minta maaf. Zara, saya berdosa. Saya tahu. Izinkan saya bertanggung jawab atas perbuatan saya dulu. Bukan niat saya... Saya bertanggung jawab pada kejadian dulu. Tolonglah, Zara.” ~ Irsyad “Get lost!!” ~ Zara. Fikir Zara, semuanya kembali normal jika Irsyad pergi. Namun kemunculan tidak terduga Aiman sewaktu Irsyad menagih kemaafan daripadanya telah merumitkan keadaan. Irsyad merayu kepada Aiman untuk memperisterikan Zara. Apa yang harus dilakukan oleh Zara? Terima saja Irsyad yang banyak melukai hatinya atau... menyepikan diri sekali lagi?