malay novel
2 stories
Alergi Mamat Romantik by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 127,247
  • WpVote
    Votes 2,686
  • WpPart
    Parts 15
Kerjaya sebagai penulis novel separuh masa secara rahsia, hal ini membuatkan dunia Nurul Kaisara bergelumang dengan ayat-ayat bergula. Pembaca kata, hero kena sweet, barulah cerita jadi best! Tapi bagi Kaisara cukuplah jika bakal imamnya memenuhi dua kriteria. 1. Bukan kawan baik. (Pernah bercinta separuh jalan dengan kawan baik.) 2. Bukan lelaki romantik. (Lelaki mulut manis biasanya kaki perempuan.) Lalu muncul pula peguam baru di ofis Kaisara. Habis dibangkang kriteria lelaki idaman Kaisara yang langsung tak masuk akal. Satu insiden telah terjadi. Rupa-rupanya Arjuna ni adalah peminat novel-novel Kaisara. Notis ugutan dilayang. Kaisara kena ajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. Jika Kaisara menolak, identiti sebagai penulis akan dibocorkan. Takut rahsianya terbongkar, tawaran untuk mengajar subjek 'romantik' diterima tanpa rela.
Tundukkan Playboy Itu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 317,323
  • WpVote
    Votes 7,064
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.