cahayabaiduri's Reading List
12 stories
My Ice Prince Hubby ❄✔ by BabyUmao
BabyUmao
  • WpView
    Reads 3,993,473
  • WpVote
    Votes 145,364
  • WpPart
    Parts 78
Ain Airana mengharap hidupnya di Addam Lincoln University akan baik2 saja. Namun, sejak dari hari pertama Ain Airana berada di universiti itu, dia sering bertembung dengan anak Dato' Syukri, Amirul Aiman. Aiman seorang 'Ice Prince' yang dingin dan pendiam tetapi sangat popular di kalangan pelajar universiti itu. Namun kehadiran Ain Airana betul2 mencabar kesabaran dirinya. "Did you do this on purpose, Miss Airana?" -Amirul Aiman "MAAF MAAF MAAF! SAYA BETUL2 TAK SENGAJA!!" -Ain Airana Sehinggalah satu kejadian telah memaksa mereka untuk berada dalam suatu ikatan perkahwinan. Namun,kedinginan si suami hanya membuatkan hati Ain terluka. Tetapi Ain nekad untuk memikat hati suaminya. Mampukah Ain Airana mencairkan hati ais Si Hubby a.k.a Ice Prince itu?
MR BLIND  [COMPLETED] by ladyfrozenace
ladyfrozenace
  • WpView
    Reads 2,326,260
  • WpVote
    Votes 103,910
  • WpPart
    Parts 59
(cover by @shrlnadrn) [Cinta pertama yang paling bermakna] Tengku Adam hilang penglihatan selepas kemalangan semasa berumur 18 tahun. Dari seorang yang ceria, dia bertukar wajah. Tengku Dania anak yang taat, menurut walaupun dipaksa kahwin dengan lelaki buta. Dia mengikut kerana amanat ibu bapa yang terhutang budi. " Ayahanda, Adam taknak kawin dengan perempuan tu!"- Tengku Adam " Ingat aku hadap sangat ke dia tu? harap muka je helok, perangai? eiiii nauzubillah!" - Tengku Dania Mereka berdua asyik nak bercakar saja, pantang duduk sekali. Lagi haru bila mereka dipindahkan ke istana bongsu hanya berdua! Habis la bergegar istana tu! "Saya pelik la...abang-abang awak nama semua start huruf H. Hazim dan Hakim. Kenapa awak Adam eh? Ke nama betul awak Hadam? Bagus la.. biar hadam sikit otak awak tu dengan perangai saya!" "Kau memang patut la lahir tahun ayam...Mulut kepoh, perangai tak senonoh. Asyik nak mengepak je sakitkan telinga orang!" Start : May 3rd 2020 End : October 28th 2020
Sesal Separuh Nyawa by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 24,445
  • WpVote
    Votes 382
  • WpPart
    Parts 15
Dapatkan novel di www.karyaseni.my Tajuk: Sesal Separuh Nyawa Penulis: Myra Ameer Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-87-6 Harga: RM37(Semenanjung) // RM40(Sabah & Sarawak) Terbitan : Februari 2016
Mr. & Mrs. Sweet by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 74,577
  • WpVote
    Votes 1,302
  • WpPart
    Parts 15
Novel akan berada di pasaran Februari 2016 Tajuk: Mr. & Mrs. Sweet Penulis: Q Aulia Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-09-9 Harga: RM28(Semenanjung) // RM31(Sabah & Sarawak) Terbitan : Februari 2016
Bidadari by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 28,946
  • WpVote
    Votes 378
  • WpPart
    Parts 15
Dapatkan novel di www.karyaseni.my Tajuk: Bidadari Penulis: Hannah Dhaniyah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0890-88-3 Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak) Terbitan : Februari 2016
TIDAK PERNAH SESAL by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 47,231
  • WpVote
    Votes 1,653
  • WpPart
    Parts 21
Azeem...Jatuh cinta lagi . Kali ini benar-benar cinta. Tak dapat ditolong lagi. Tapi pada gadis yang seiras wajah dengan Zalia yang pernah menyakiti hatinya dan yang buat hidupnya nanar. Iya...mereka seiras, hakikatnya mereka tidak sama. Bersama Lia Hana, dia tidak pernah merasa kehadiran Zalia...
JUJURLAH NIKAHI AKU by UmieNadzimah2015
UmieNadzimah2015
  • WpView
    Reads 62,775
  • WpVote
    Votes 774
  • WpPart
    Parts 16
Karya ke-5 Umie Nadzimah Karyaseni Sinopsis NURIN ASYIFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkannya. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikan dia? “Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...” Itu kata Alan Wong. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan jaga dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan . Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu. Zanif...Bos strawberri, lelaki bajet sempurna serba serbi. Memang la Nurin jatuh cinta sangat padanya. Namun bagaimana pula dia? “Err...Encik tahu rumah saya?” -Nurin “Ha...Itu tandanya apa?”- Zanif Ikhlaskah Si Strawberri ini menerima Nurin Asyifa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walau dicuba untuk jadi kuat dan tabah ...ada masa Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki. Tiba-tiba muncul Si Qayyum , pemuda yang tidak dikenali, yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan...Ikhlas, dengan niat untuk jaga dan lindungi Si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir. “Kena baca 30 juzuk al-Quran sebagai Mas kahwin...” Syarat Nurin . “Apa-apa saja saya sanggup”- Qayyum. Milik siapakah ‘Cinta Teakhir’ Nurin Asyifa? Si Alan yang terlalu menyayanginya? Atau Zanif yang akhirnya mengakui cintakana dia? Ataupun pada Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja? Temui jawapannya dalam JUJURLAH NIKAHI AKU...
Magisnya Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 24,341
  • WpVote
    Votes 379
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Magisnya Cinta Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-98-3 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Disember 2015 KAPSYEN Bisa buat benci tinggal seinci Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci... boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa. Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja. Namun... Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati? Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose. Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. - Adib Haiman
Jodoh Sebelah Pintu by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 69,920
  • WpVote
    Votes 1,761
  • WpPart
    Parts 15
Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang. Mereka berdua sering berhubung melalui telefon tanpa Mona tahu siapa gerangannya. “Kalau saya bagitahu awak nama penuh saya, awak boleh janji sesuatu tak?” ~Encik Tunang Tubi. “Janji apa?” ~Mona “Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi. Selepas kata-kata itulah, Mona tidak lagi mahu mengambil tahu tentang identiti bakal tunangnya sehinggalah mereka bertunang. Mereka merancang mengadakan pertemuan pertama namun Mona terpaksa membatalkannya apabila terserempak dengan kedua-dua jirannya yang berperangai hantu di tempat yang sepatutnya dia dengan tunangnya berjumpa. Irfan dan Badrul! Pulang sahaja ke rumah, Mona mendapat tahu bahawa tunangnya merupakan jiran di sebelah pintunya sahaja! Adakah tunangannya itu Badrul Syah? Lelaki yang suka mencari gaduh dengannya? “Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Bad “Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona. Atau tunangannya itu sebenarnya Amirul Irfan...? “Ala, Mona, bolehlah... tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa...” pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia. “Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Semenjak mengetahui siapa tunangannya, hidup Mona mulai kusut dibelenggu rasa bersalah kerana pernah melayan tunangnya dengan buruk. Hubungan mereka juga sering diganggu pihak ketiga. Berjayakah Mona dan tunangnya mengatasi masalah itu? Dan, siapa seb
Backup Cinta by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 81,897
  • WpVote
    Votes 1,664
  • WpPart
    Parts 15
Isha Humaira, sekali pandang hatinya sudah tertawan. Lelaki itu hadir saat jiwanya hampir mati, namun raut wajah itu mengembalikan senyumannya. Biarpun orang akan kata dia gila sebab tenang melihat muka bengis bak harimau kelaparan itu, hatinya masih lagi tertarik. Shahrul Haikal, kerana kecewa dia membawa diri jauh dari Malaysia. Dia gigih membina kerjaya sendiri dan buktikan dia masih boleh berdiri dengan kaki sendiri. Kerana jiwanya yang pedih, dia berubah menjadi lelaki yang angkuh, sombong dan pentingkan diri sendiri. Dibenci oleh adik-adik sendiri, membuatkan sikapnya semakin dingin. Pertemuannya dengan Diana Humaira saat pulang ke tanah air, membuatkan dia mengambil satu keputusan dalam hidupnya. Wanita itu ialah perempuan paling layak untuk menjadi isterinya walaupun tanpa cinta. Diana Humaira, kisah semalam membuatkan dia bertegas melindungi diri sendiri. Usah bicara tentang cinta kerana cinta itu hanya kosong baginya. Hanya menyakitkan! Kehadiran Shahrul yang sering kali mendesaknya membuatkan dia bengang. Cinta? Itu bukan dirinya! Kerana satu salah faham, Isha, Shahrul dan Diana terperangkap dalam permainan yang mereka ciptakan sendiri. Diana egois, Shahrul selfish dan Isha yang positif. Will you marry me? - Shahrul Haikal Penipu! Siapa yang awak cinta sebenarnya? - Diana Humaira