♥ nisa's ♥
10 stories
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,457
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
AMULET by mcairolyakup
mcairolyakup
  • WpView
    Reads 11,156
  • WpVote
    Votes 555
  • WpPart
    Parts 22
Satu tahun setengah selepas pertarungan revolver dari Ammo. Fiet yang juga Jaja 'hidup semula' setelah 'dimatikan'. Amirul yang juga Rita terlepas dari hukuman 39B dan cuba memulakan hidup baru. Leman juga kembali dengan misi yang sama; melindungi kawan-kawannya dan Cloud hanya mahukan kehidupan yang pernah dijalani bersama yang lain sebelum ini. Tiger Gang mahu diberi nafas semula oleh Kitty dan dia sedang mencari Ammo yang telah menamatkan riwayat bapanya Lou Foo. Pertarungan masih belum selesai dan dendam kesumat mahu dilangsaikan. Amulet ammo pemberian Fiet pada yang lain adalah kunci utama. Dengan kehadiran Nik, Aemez dan Kai, empat survivor dari Ammo akan beraksi kembali!
AMMO - sebuah novel M. Cairol Yakup by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 93,712
  • WpVote
    Votes 1,967
  • WpPart
    Parts 19
Lima personaliti yang dengan lima latar belakang yang berbeza. Namun mereka semua kawan baik; hidup bersama sebumbung selama hampir dua tahun. Konflik bermula dari Rita yang ditangkap oleh pihak polis kerana terlibat dengan kes pengedaran dadah. Persahabatan mereka teruji sejak itu. Fiet jadi gila, dengan merancang sebuah jenayah berat; pembunuhan, menjadikan Leman hilang pertimbangan. Qidran juga sama. Mereka bertiga sepakat untuk membunuh seseorang dan Cloud jadi mangsa. Mereka semua diibaratkan seperti lima biji peluru untuk Ruger 357 Magnum Revolver; siap sedia untuk amaran, pertahanan diri, melindungi yang tidak berdosa, menyerang mangsa dan membunuh tanpa belas kasihan.
SAHUT - sebuah novel oleh Rasis by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 48,963
  • WpVote
    Votes 1,344
  • WpPart
    Parts 15
Radhi sedang bersembunyi di dalam bilik guru di sebuah sekolah berasrama penuh bernama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) daripada dikesan oleh rakan-rakan sekolahnya yang telah pun menjadi zombie. Namun, Radhi terpaksa keluar dari tempat persembunyiannya untuk menyelamatkan Sofea. Keadaan mereka berdua sudah dikira baik sehinggalah Radhi mula mengesyaki Sofea terlibat dalam pembunuhan beberapa hari yang lalu. Radhi akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan Sofea bersendirian. Masa diundur pada waktu segala-galanya bermula...
CIKGU ASYRAF - sebuah cerpan Dayang Noor by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 34,650
  • WpVote
    Votes 832
  • WpPart
    Parts 12
Sebuah misteri kampung yang melibatkan pembunuhan. Cerpan (cerita panjang) ini mula-mula dicetak dalam buku "II" yang dilancar di Big Bad Wolf Disember 2016 dan kini dah soldout. Cerpan ini kini disirikan di Wattpad untuk mengelakkan harga pasaran gelap yang melampau.
Honey ✔ by suenshenn
suenshenn
  • WpView
    Reads 2,468,262
  • WpVote
    Votes 83,889
  • WpPart
    Parts 46
"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan yang manis-manis sahaja. Dessert manis, senyuman manis, muka owner manis, ayat pickup line nak mengurat pun manis. Tapi bila Ryan Fahrin (si mamat possesive yang mungkin juga pesakit bipolar) jejakkan kaki dekat kafe tu, misinya hanya satu. Menawan si Rose yang manis. Manis seperti honey. "You tak payah panggil I honey kut! Boleh je panggil Rose," - Rose "Sebab Rose terlalu mainstream," -Fahrin "Mana ada!" - Rose "Betul la. Ada Rosmah Mansor, Rosnah Mat Aris, Rosalinda Ayamo, and.. and... Mak Ros Kilauan Emas. See?" - Fahrin But everyone has the darkest past that should be hid forever, ey?
KOTEJ - sebuah novel Afiqah AR by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,755
  • WpVote
    Votes 1,544
  • WpPart
    Parts 13
Ozy seorang pelajar universiti tempatan yang hanya suka bersendiri, tidak suka berkawan dan amat meminati game penyiasatan. Dia didesak oleh ibu untuk pergi ke rumah opah ketika cuti semester. Opah tinggal di dalam sebuah kotej kecil di atas pulau. Kawasan itu sangat terpencil dan tidak diketahui ramai akan kewujudannya. Walaupun opah bersendirian di kotej itu, pada sebelah siangnya dia ditemani oleh tiga orang pembantu - Pak Kasim, Pak Badar dan Mawarsari. Pelbagai kejadian aneh berlaku semasa ketibaan Ozy di pulau itu.
CERPEN HARI JUMAAT by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 373,606
  • WpVote
    Votes 11,504
  • WpPart
    Parts 53
Cerpen-cerpen baru oleh mereka yang pernah hasilkan novel Fixi. Kongsikan kegembiraan ini setiap hari Jumaat! Siri ini disiarkan sempena tahun 2016 dan kini dah tamat.