Seira_Mrys's Reading List
2 stories
CURSE by ChckenSo
ChckenSo
  • WpView
    Reads 2,624
  • WpVote
    Votes 203
  • WpPart
    Parts 27
Anna Willsy seorang gadis yang telah kehilangan bapanya dalam satu kemalangan dan ditinggalkan oleh ibunya memaksa dia untuk tinggal di rumah anak-anak yatim di bawah jagaan Makcik Mary. Hidup di dunia manusia membuatkan Anna tidak pernah tahu bahawa dia seorang ahli sihir. Tapi setelah dia memasuki alam menengah, segala rahsia tentang dirinya terbuka satu demi satu. Lebih mengejutkan lagi apabila dia mengetahui bahawa bapanya bukan meninggal akibat kemalangan tapi meninggal kerana dibunuh oleh seorang ahli sihir jahat yang bernama Dark Fire. Ibunya yang disangka melarikan diri sebenarnya diculik oleh pembunuh ayahnya. Dia bernekad mencari ibunya tapi Makcik Mary sedaya upaya menghalang Anna dari mencari ibunya kerana sumpahan pada diri Anna menyebabkan Anna tidak boleh menyelamatkan ibunya. Hanya satu cara sahaja untuk mematikan sumpahan Anna iatu dengan menggunakan Batu wahr-Lieb. Cabaran Anna bertambah rumit apabila dia mengetahui Batu wahr-Lieb itu berada di Istana Dark Fire dan perlu di ambil sebelum bulan merah yang ketiga dan kejadian itu akan berlaku lagi lima hari. Sedangkan pada waktu yang sama, Anna tidak boleh mendekati istana itu kerana sumpahan itu menghalang Anna dari pergi ke sana. "perkara yang kau sayang adalah aset penting untuk menjatuhkan kau" -Dark Fire "memang teruk rasanya apabila kau disumpah untuk tak boleh mendekati ibu sendiri" -Anna Dapatkah Anna menyelamatkan ibunya dan mematikan sumpahannya ?
Dalam Diam, Hati Kata Cinta by pinktealcream
pinktealcream
  • WpView
    Reads 5,467
  • WpVote
    Votes 177
  • WpPart
    Parts 32
Hazim Haikal dan Arla Imani berkawan rapat dari kecil. Bermacam - macam perkara telah mereka lakukan. Hazim sangat suka memakai kain batik sewaktu kecil. Arla selalu mengejek Hazim kerana hal itu. Masa berlalu. Masing- masing sudah bergerak ke haluan masing- masing. Hazim masih di kampong. Arla sudah menetap di Kuala Lumpur. Hazim sudah mempunyai kekasih sejak di sekolah menengah, Mawar Laila yang merupakan junior Hazim di sekolah. Arla masih bujang sehingga kini. Sejak Arla pindah ke Kuala Lumpur sewaktu dia mereka berusia 15 tahun, Arla dan Hazim sudah tidak sebulu. Dalam sekelip mata mereka seperti orang asing. Tanpa disangka- sangka hanya kerana status facebook yang ditulis Arla, Hazim Haikal dan Arla Imani terpaksa berkahwin. Hazim Haikal bengang. Arla Imani terkejut. Mawar Laila pastilah mengamuk. Arla boleh menolak lamaran dari keluarga Hazim namun kerana kata- katanya dahulu membuatkan dia terpaksa menerima perkahwinan ini. Arla pasrah dan ikhlas untuk menjadi seorang isteri. Hazim pula sibuk merangka apa yang patut dia lakukan untuk memastikan Arla tidak akan bahagia menjadi isterinya. Mawar juga sibuk merencanakan rancangan yang perlu dia lakukan demi memastikan Hazim Haikal tetap akan menjadi miliknya seorang.