NureenUmairaShahrin's Reading List
92 stories
Memilihmu Kerana Dia by karyaseni2u
Memilihmu Kerana Dia
karyaseni2u
  • Reads 55,416
  • Votes 693
  • Parts 15
Bacaan bab awal
LELAKI KIRIMAN TUHAN by karyaseni2u
LELAKI KIRIMAN TUHAN
karyaseni2u
  • Reads 141,735
  • Votes 1,706
  • Parts 15
PENULIS: UMIE NADZIMAH TAJUK: LELAKI KIRIMAN TUHAN HARGA : RM22 (SM)/RM25 (SS) Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. "Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira "Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid "Sebab awak tu miring!" - Naira Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...
AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU by karyaseni2u
AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU
karyaseni2u
  • Reads 24,753
  • Votes 507
  • Parts 15
PENULIS: MYRA AMEER TAJUK: AKU SHARK... DAN AKULAH LELAKI ITU TERBITAN MEI 2017 HARGA: RM28 (SM) / RM31 (SS) Dia bukan anak raja, bukan juga CEO syarikat ternama atau pelajar lulusan dari luar negara, tetapi dia hanyalah insan biasa yang punya kisah hidup yang penuh duka dan tidak sempurna. Dialah Shark... Lelaki yang punya pesona dan digilai ramai gadis popular dan ternama. Biar dipikat dan digoda tetapi hatinya tetap dijaga hanya untuk dimiliki oleh seorang gadis bernama Jeslina yang digelarnya bunga. Bagi Jeslina, nama Shark atau digelar si pembuli itu memang sedari awal lagi sudah dipangkah-pangkah dari senarai calon teman lelaki pilihan. Dibuli tanpa henti ketika di sekolah menengah dahulu membuat dia sangat membenci biar lelaki itu gigih mengambil hati. Lebih-lebih lagi ketika itu dirinya bakal dimiliki oleh sahabat baik lelaki itu sendiri. "Dengar sini Shark, antara kita tak mungkin akan ada apa-apa ikatan sebab aku akan berkahwin dengan Redza. Faham? - Jeslina "Kuasa Tuhan tak siapa yang tahu, Jes. Orang yang dah berkahwin pun boleh bercerai, inikan pula baru bertunang. Eh! Pembetulan...Belum bertunang pun lagi." - Shark Terjalinnya ikatan pertunangan antara Redza dan Jeslina membuatkan Shark panasaran. Tetapi, jika sudah namanya Shark, biar hak orang akan tetap diredah juga selagi belum disahkan dengan akad dan perkahwinan.Walaupun dimarahi, juga dinasihati, dia tetap tidak peduli lebih-lebih lagi bila hati sudah terlalu mencintai. "Astaghfirullahalazimmm... Kamu ni dah kenapa? Lupa Jes tu tunang kawan baik kamu?" - Mak Ngah Iman
Bukan Tak Suka by karyaseni2u
Bukan Tak Suka
karyaseni2u
  • Reads 40,119
  • Votes 924
  • Parts 10
Tajuk: Bukan Tak Suka Penulis: Ilmar Imia Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-90-7 Harga: RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Oktober 2015 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Penerbitan Karyaseni ELFIRA, si gadis santai dan selalu ceria. Namun, moodnya jadi tak menentu tatkala terpaksa berpasangan dengan DANISH, si studen repeater, untuk assignment kali ini. Bermacam-macam yang buruk dia dengar tentang lelaki itu. Tak datang kelas, pendiam dan sebagainya. Memang tak ngamlah dengan dia. “Berilah nombor telefon, mak tiri.” - Danish “Eee, suka-suka hati aje panggil orang mak tiri. Sejak bila pula saya kahwin dengan ayah awak?” - Elfira Lantaran sikap Elfira yang gemar marah-marah dan garang, Danish sering memanggilnya dengan panggilan ‘mak tiri’. Pada mulanya Elfira tidak menyukai panggilan itu tetapi lama-kelamaan dia mula merasakan itu satu panggilan manja buatnya. Sikap Danish yang sentiasa tenang membuatkan dia mula berasa selesa apabila bersama dengan lelaki itu. Saat hati mula berbunga-bunga cinta, Elfira mengambil keputusan untuk menjauhi Danish kerana dia yakin Danish sudah berpunya. Elfira sanggup menukar partner tugasannya dengan ANZALNA, sahabat baiknya, semata-mata untuk melupakan perasaannya itu. Anzalna, si gadis cantik persis Neelofa yang menjadi pujaan ramai lelaki sehinggakan dia tidak suka ada orang yang lebih daripada dia terutamanya Elfira. Sungguh dia dengki dengan segala yang berkaitan dengan Elfira termasuklah Danish. Anzalna sanggup lakukan apa sahaja asalkan Danish menjadi miliknya. Anzalna juga tegar menyatakan kepada Danish bahawa Elfira sudah bertunang walaupun perkara itu tidak pernah berlaku.
My Dark Knight by _imperfect
My Dark Knight
_imperfect
  • Reads 16,716,489
  • Votes 456,773
  • Parts 59
In the era where swords rule, where women consider their modesty their greatest virtue. Where a man would kill to find his wife warming another mans bed, a time when women would consider it the greatest of adultery or fornication to warm a bed other than her husbands. A time when an honorable man guards his gaze, for his gaze is solely for his wife alone, as well as his heart. He's feared, ruthless, cold, heartless, manipulative, cunning, a rake. Or so they assume... She's beautiful yet silent, not by a defect, she simply dislikes to mingle with gossip.Yet she has emotional scars that no one sees behind her smile, but a few. Cover by @forcade
News & Updates by Wattpad
News & Updates
Wattpad
  • Reads 56,505,565
  • Votes 404,628
  • Parts 82
Stay connected to all things Wattpad by adding this story to your library. We will be posting announcements, updates, and much more!
Alice's Adventures in Wonderland (1865) by LewisCarroll
Alice's Adventures in Wonderland (1865)
LewisCarroll
  • Reads 1,238,818
  • Votes 13,040
  • Parts 12
"Alice's Adventures in Wonderland" tells of a girl named Alice who falls down a rabbit hole into a fantasy world populated by peculiar, anthropomorphic creatures. The tale plays with logic, giving the story lasting popularity with adults as well as children.
Mencintaimu Mr.Photographer by aliyashafika
Mencintaimu Mr.Photographer
aliyashafika
  • Reads 70,297
  • Votes 1,146
  • Parts 39
Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat. "Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?" - Jemy Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal! "Saya nak kerja sini." - Aira Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta. "Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!" Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model. Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata. Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?
KERINDUAN by karyaseni2u
KERINDUAN
karyaseni2u
  • Reads 24,131
  • Votes 465
  • Parts 15
Tajuk: Kerinduan Penulis: Pena Kayu Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-24-3 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Penulisan2u DAPATKAN SEGERA MELALUI APLIKASI KARYASENI DI GOOGLE PLAY ATAU APP STORE ANDA! NIKMATI DISKAUN RM3 SERTA PENGHANTARAN SECARA PERCUMA! Saya Hajar. Nama penuh, Siti Hajar binti Shamsuddin. Saya seorang janda. Gelaran 'J' saya pikul setelah lelaki yang menerima nikah saya, pergi selamanya. Dia pergi ketika usia perkahwinan kami belum cukup satu bulan. Oh, ada satu rahsia penting. Saya janda anak satu. Sebenarnya, janda dengan seorang anak tiri. Namanya Aliff. Aliff anak tunggal arwah Abang Fadhil, amanah yang mesti saya jaga sebaiknya. Jadi emak segera ni rupa-rupanya agak payah. Apatah lagi ketika Aliff sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu serupa King Kong jahat yang asyik mengacau hidup saya dan Aliff. "Saya nak Aliff." - Din "Tak boleh. Aliff selesa dengan saya." - Hajar "Saya ayah saudara dia." - Din "Saya bonda dia." - Hajar "Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aliff. Dan hubungan awak dengan Aliff putus apabila arwah Abang Fadhil meninggal." - Din Minta maaflah Din, sebab saya takkan mengalah. Aliff saya jaga. Din sila jaga diri sendiri. Tetapi, apa jadi kalau Din ajak Hajar praktikkan konsep ganti tikar? Din kata demi Aliff. "Din, kalau pun awak dah kahwin, saya takkan lepaskan Aliff. Kalau pun awak nak bawa kes ni ke mahkamah, saya pun takkan lepaskan Aliff." - Hajar "Semua tu dah tak perlu, Hajar. Saya nak kahwin dengan awak." - Din Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia-manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur. Kalau sudah begini, pilihan apa lagi yang tertinggal? Apa yang Hajar tahu, dia tak sanggup kehilangan Aliff.
INGKAR CINTA by karyaseni2u
INGKAR CINTA
karyaseni2u
  • Reads 21,642
  • Votes 387
  • Parts 15
Tajuk: Ingkar Cinta Penulis: Siti Khadijah Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-23-6 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Penulisan2u DAPATKAN SEGERA MELALUI APLIKASI KARYASENI DI GOOGLE PLAY ATAU APP STORE ANDA! NIKMATI DISKAUN RM3 SERTA PENGHANTARAN SECARA PERCUMA! ZAFRAN WAZIEN. Entah kenapa, setiap kali Wardah berada di sampingnya dia rasakan dirinya sempurna. Sukar untuk dia gambarkan perasaan itu kerana rasa itu hadir setiap kali Wardah ada bersamanya. Tetapi Zafran tahu, lelaki sepertinya tidak layak untuk mendapatkan sekeping hati milik Wardah. "Kau tahu tak apa beza kau dengan laut?" - ZAFRAN WAZIEN. "Aku rasa banyak perbezaan." - WARDAH ZAHRA. "Betul. Memang banyak perbezaan. Laut menenangkan sesiapa saja yang memandang tapi kau, hanya beri ketenangan pada aku..." - ZAFRAN WAZIEN. Sehinggalah, kebenaran selama ini dipendam terbongkar. Wardah kehilangan kata-kata. Jiwanya terluka. Hatinya hancur berkeping-keping. Sahabat yang selama ini dianggap seperti saudaranya sendiri akhirnya mengkhianati dia. "Aku tak main-main, Ada. Kau banyak sedarkan aku tentang erti cinta. Kau yang banyak ubah aku menjadi orang yang lebih baik, aku tak bohong bila aku katakan yang aku memang jatuh cinta pada kau. Aku terperangkap dalam lakonan yang aku ciptakan sendiri..." - ZAFRAN WAZIEN. EMIR REHAN hadir menghulurkan cinta saat Wardah sedang kesedihan membuatkan Wardah pasrah. Kebaikan dan kelembutan serta ilmu agama yang tinggi yang dimiliki oleh Emir Rehan menambat hati Wardah dalam diam. Emir Rehan, Mr. Crushnya. Mana mungkin dia menolak cinta yang dihulur sedangkan itu yang ditunggu-tunggu selama ini. Namun, benarkah hatinya milik Emir Rehan dan bagaimana pula dengan cinta Zafran Wazien? "Hati ni adalah kaca yang sekali tergores maka susah nak hilangkan kesannya. Hati ni juga umpama batu yang sekali terukir namanya akan susah untuk memadamkannya..." - WARDAH ZAHRA.