AfeefahAfif's Reading List
13 stories
DOSA SEORANG ISTERI. by AfeefahAfif
AfeefahAfif
  • WpView
    Reads 11,249
  • WpVote
    Votes 306
  • WpPart
    Parts 47
Kata orang suami yang baik milik isteri yang baik..tapi tak semuanya begitu. Betapa setia,sabar dan redhanya seorang wanita bernama Roziah terhadap suaminya,Kamarul. Namun semua perasaan dan ikatan perkahwinan mereka dikhianati dengan kehadiran orang ke tiga. Rahsia yang disimpan bertahun akhirnya terbongkar suatu hari. Hati mana yang tak sakit? Hati mana yang tak terluka? Dan akhirnya membawa kepada rasa benci dan dendam. Sedikit demi sedikit jarum syaitan menyucuk melalui Cik Ida yang dengki pada hubungan mesra pasangan itu. Peluang untuk merosakkan hubungan Roziah dan Kamarul terbentang dihadapan mata. Cik Ida ketawa gembira. Namun dalam rasa yang berperang itu muncul sahabat lama cuba menabur bunga nasihat dan menyiram api yang sedang marak. "Aku tahu kau kuat,Roz.." - Ummi Kalthum. "Kalau betul Allah tu sayangkan aku macam yang kau kata kenapa aku tak pernah diberi kebahgiaan? Kalau betul Allah sayang pada aku kenapa dia biarkan jantan tu tipu aku bertahun - tahun macam ni?! " - Roziah. "Roz jangan pedulikan kata-kata yang cuba memujuk tu. Mereka tu tak berada dekat tapak kasut Roz. Roz layak perjuangkan keadilan dengan apa cara sekalipun!" - Cik Ida. "Abang minta maaf,Roz..ampunkan abang..."- Kamarul. "Saya tak berniat nak tipu Kak Roz,saya ikhlas sayangkan Bang Marul." - Yana.
Hijab Budak Hostel by Jikil_Kimi
Jikil_Kimi
  • WpView
    Reads 179,493
  • WpVote
    Votes 10,839
  • WpPart
    Parts 50
#1 in paranormal. Aku mendapat sesuatu yang mulanya menyeksa aku selama beberapa jangka masa.. Namun aku dapat rasakan ianya adalah daripada keturunan aku kerana terdapat adik beradikku yang mempunyai kelebihan ini.. Kelebihan yang aku maksudkan ialan HIJAB.. Namun dalam cerita ini merupakan peristiwa dan penampakan yang terdapat di sekolah asrama yang aku belajar.. SELAMAT MEMBACA>>
Vampira by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 5,343
  • WpVote
    Votes 244
  • WpPart
    Parts 5
Najirah Nasir (watak utama MENGGUNUNG), darah vampira masih mengalir dalam keturunannya. Mengalir dari keturunannya yang pernah gigih melawan penaklukan Portugis 500 tahun yang lalu ke atas Melaka. Dalam penaklukan itu, Portugis membawa tentera vampira yang menggigit nenek moyang Najirah. Pada masa lalu, nenek moyang Najirah pernah bertukar menjadi vampira sebelum dibunuh oleh penduduk Melaka ketika itu.500 tahun kemudian, Najirah adalah salah satu daripada keturunan itu. Untuk sumpahan vampira ini aktif, seorang yang mempunyai darah vampira dalam badannya tidak boleh mati dalam keadaan yang melibatkan kemalangan, pembunuhan etc. Hanya kematian secara semula jadi sahaja yang membolehkan mereka tidak bangkit selepas kematian sebagai makhluk penghaus darah manusia. Malangnya untuk Najirah, dia telah mati dalam kemalangan yang melibatkan keretanya terlanggar pembahagi jalan. 24 jam selepas kemalangan itu, dia sedar di bilik mayat dalam keadaan tercungap-cungap, bingung bagaimana dia boleh berada di tempat yang seseram itu. Dia kemudian menyedari bahawa dia telah jadi seekor vampira dan komuniti vampira di Malaysia sememangnya wujud. Dia mula mengenali komuniti ini dan belajar untuk hidup dalam keadaan aman. Dalam masa yang sama, Jamalee Bashah, pemburu hantu legenda yang baru sahaja mengalahkan Sang Penguasa telah mendapat tugas baru dari kerajaan. Mereka mahu menghapuskan segala makhluk dari alam kegelapan, dan ia akan bermula dengan vampira. Jamalee Bashah telah menugaskan Badruz Zaman dan Citra Adra untuk menjadi pemburu komuniti Vampira di Kuala Lumpur. Tanpa mereka ketahui, komuniti Vampira di Kuala Lumpur ini ialah antara yang terakhir mampu bertahan. Vampira ialah spesis yang semakin pupus, terutama di Malaysia. Bahkan, Najirah sendiri sudahpun mencipta ikatan dan menganggap mereka ini sebagai keluarganya.
Dirgahayu by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 2,966
  • WpVote
    Votes 175
  • WpPart
    Parts 18
Surat berantai yang disebarkan melalui Whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai. Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti. Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya. Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan berkaitan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal Titanic terbesar di dunia yang memakan nyawa. Semuanya angkara Si Luncai. Salah seorang mangsa ialah Shahmil dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!
MELAKA 1498 by RizalJaapar
RizalJaapar
  • WpView
    Reads 4,914
  • WpVote
    Votes 241
  • WpPart
    Parts 8
Kekayaan dan kegemilangan Melaka sebagai kuasa nusantara mulai dicemburui ramai. Kekayaan yang melimpah-ruah itu juga mulai merosakkan kerajaan apabila fitnah, caras-mencaras, rasuah, dan amalan kufur terus bermaharajalela. Hang Tuah yang kehilangan sahabatnya Jebat bertindak memencil diri, namun kini mungkin terpaksa berkhidmat semula kerana ancaman yang lebih besar sedang menunggu. Melaka sudah di ambang neraka....
SERI by eiyla_
eiyla_
  • WpView
    Reads 23,239
  • WpVote
    Votes 1,103
  • WpPart
    Parts 6
KISAHNYA bermula pada zaman dahulu kala, dimana ada seorang wanita cantik yang bernama Seri terperangkap di sebuah tempat tersembunyi akibat perbuatan orang yang mendendaminya. "Melur, tidakkah engkau suka pada Halim? Tapi aku dengar dia akan dinikahkan dengan Seri.'' Ujar si Melati. "Apa benar kata kau itu Melati? Sungguh biadap si Seri. Berani sungguh dia merampas Halim dari aku. lihat saja, aku tidak akan diam. tahulah aku cara untuk mengajarnya.'' Sumpah Melur. Melur, telah meminta bantuan moyangnya Mbok Mayang Sari untuk membuang Seri jauh dari penempatan mereka. Mbok Mayang Sari yang mahir dalam ilmu ghaib bersedia membantu cicit kesayangannya itu dengan mengurung Seri di sebuah tempat ghaib yang tersembunyi. "Mbok mahu membuangnya ke mana?'' "Ke tempat yang begitu bahaya. Di situ ada siluman ular besar. Dia tidak mungkin terselamat berada di tempat itu.'' Melur tersenyum sinis.. akhirnya, tiada siapa yang akan tahu dimana hilangnya SERI..
AIM-Akademi Irsul Muta'afif by saif_almasyriq
saif_almasyriq
  • WpView
    Reads 35,403
  • WpVote
    Votes 4,827
  • WpPart
    Parts 74
Dia ialah seorang Saif. Hidupnya penuh berliku angkara musuh yang tak pernah dia tahu. Dikelilingi seribu satu rahsia...diselubungi berjuta persoalan...namun dia tetap tabah mengharungi kehidupan. Dia seorang Furqan. Di depan Saif, dialah sahabat pertama. Yang sentiasa disisi, yang sentiasa memahami. Seorang yang nakal yang sentiasa menceriakan hidup Saif hari-hari. Tetapi di belakang Saif, dia juga punya rahsia yang disimpan kemas dari pengetahuan sahabatnya itu. Dia pula seorang Fathul. Disebalik sikapnya yang ceria dan gila-gila bahasa, hakikatnya dia adalah seorang putera. Setia pada persahabatan. Hobinya adalah menyakat Furqan. Tiga remaja, satu ikatan persahabatan. Kerana Saif, mereka bertiga sentiasa berdepan dengan bahaya. Mampukah mereka bertahan? Atau ada yang berundur di tengah jalan? Atau ada yang membelot dan menikam dari belakang? Segalanya di sini...AIM.
PENJAGA ✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 184,659
  • WpVote
    Votes 15,135
  • WpPart
    Parts 34
"Walau ada satu mata kasar yang tidak mampu melihat, namun ada mata yang terganggu tidak sedari, -dan air terjun miliknya yang tersentuh tanpa sengaja, telah membuah amarah yang perlu dibalas mereka," Sebuah pengembaraan yang sepatutnya membuah seribu kisah gembira akhirnya berubah menjadi tragedi tatkala mereka tersilap langkah. Menelusuri pelbagai cabaran agar mereka tidak lagi terikat dengan sumpahan itu. Gabungan genre seram, thriller, romantik dan komedi. Bukan beshe beshe. Highest rank : #1 in Seram #2 in Mystery and Thriller Penjaga 2 is ready for you guys !!! P/s: storyline agak berterabur
PENJAGA 2 ✔ by Aimmm_
Aimmm_
  • WpView
    Reads 98,706
  • WpVote
    Votes 9,155
  • WpPart
    Parts 27
"Dia akan terus menghantui kita," ujar Zetty gentar. Bibirnya pucat menandakan dia serius dengan kata-katanya. Seketika kemudian, satu jelmaan muncul dibalik badannya. - Mereka bersedia, merungkai misteri Melati. Gabungan genre seram, thriller, romantik dan komedi. Bukan beshe beshe And kalau korang belum baca Penjaga 1 lagi, sis cadangkan korang baca dulu supaya lebih paham dan tak blur okay? Thanks, love Aim.
CERPELAI by faishal_is_hiding
faishal_is_hiding
  • WpView
    Reads 31,040
  • WpVote
    Votes 367
  • WpPart
    Parts 14
Koleksi cerpen-cerpen lawak yang extreme dan melampau-lampau kelaka nya. Cabar lah rakan-rakan anda untuk tidak gelak membaca cerpen-cerpen ini. Dijamin rakan-rakan anda pasti akan terhembur, tergelak, terbahak-bahak, sehingga terkeluar organ dalaman. Bahkan disaran, jika anda mempunyai masalah sakit jantung, jangan baca cerpen ini. Dikuathiri akan menyebabkan kematian kerana terlalu seronok bergelak-ketawa. Masuk ni dah ada 2 kes kematian. Read on your own risk. Selamat membaca!