sole0885's Reading List
7 stories
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 934,006
  • WpVote
    Votes 43,306
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
Faris, My Best Friend's Brother by cikbawang
cikbawang
  • WpView
    Reads 74,136
  • WpVote
    Votes 3,735
  • WpPart
    Parts 32
Hidup Sara Hanim sudah berantakan semenjak kecil. Umurnya mash muda tapi sudah menggalas tanggungjawab yang besar. Dek tanggungjawab itulah menemukan dia dengan Faris Ad Deen. Lelaki yang tiba-tiba muncul di saat dia memerlukan. Lelaki yang sentiasa menghulur tangan untuk membantunya. "Kenapa awak baik sangat dengan saya? Kita baru jer kenal."- HANIM "Allah yang pertemukan kita: - FARIS Mengenali siapa sebenarya Faris membuatkan rasa cinta yang baru bercambah di hati segera dihapuskan. Hidup dia dengan Faris bagai langit dengan bumi. Puas dia menjauh, tetap Faris sentiasa mendekat. Bersungguh mahu menjadikan Hanim isterinya. "Kita ni tak sekufu. Faham tak? Macam langit dengan bumi. Jadi kalau tak mampu nak ikut syarat saya, kita tak payah kahwin. - HANIM "Saya setuju. Kita kahwin tapa pengetahuan keluarga saya." - FARIS Bermulalah detik perkahwinan rahsia. Faris beri segalanya untuk Hanim. Asalkan gadis itu bahagia. Tetapi tapa sedar berkahwin dengan Faris sebenarnya membuatkan Hanim menderita dalam diam. "Saya merayu... tolong bagitahu saya di mana Hanim? Saya janji dengan mak kali ni Hanim takkan menangis lagi." - FARIS Hanim cuba menjauh tetapi Faris juga tak pernah berputus asa. Bagaimanakah pengakhiran perkahwinan rahsia mereka? Mampukah Faris menunaikan janjinya untuk bahagiakan Hanim?
Terima Kasih Suamiku {Completed} by AmelAlana
AmelAlana
  • WpView
    Reads 325,543
  • WpVote
    Votes 9,778
  • WpPart
    Parts 33
Sebuah mini novel yang sangat santai dan sesuai untuk menjadi bahan bacaan kepada semua pembaca yang dikasihi.. Naurah.. seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang sangat tegas. Seseoarang yang sangat sukar untuk jatuh cinta. "Hai Naurah.." "Saya tak kenal awak.. mana tau nama saya?" "Saya dah lama kenal awak Naurah.." "Tapi saya tak kenal awak.." aku berkata dengan tegas. Jangan-jangan lelaki ini cuba untuk menipu dia. Yalah kan.. tengok daripada rupa lelaki itu sahaja dia boleh tahu lelaki itu sebenarnya playboy. Muka handsome macam Lee Min Ho! Pertemuan yang tidak dijangka. Siapa sangka Naurah yang dulunya sukar untuk jatuh cinta akhirnya kalah pada seorang lelaki yang menolongnya ketika satu kemalangan kecil yang menimpa Naurah. Bila hati sudah mula berputik.. malangnya lelaki itu pula menghilang. Beberapa tahun berlalu.. wajah itu tidak pernah padam daripada ingatan Naurah. Dan.. hati perempuannya mula terusik apabila dia bertemu semula dengan lelaki itu dan lagi haru bila lelaki itu menjadi rakan partnernya dalam menguruskan sebuah projek besar. Adakah cinta itu akan hadir semula? Bagaimana pula keadaan Naurah bila tiba-tiba Tuk Ayah menjodohkan dia dengan saudara terdekat yang merupakan seorang lelaki playboy kelas satu? Siapa yang dia harapkan? Apa yang terjadi seterusnya? "Hujung minggu ni, umi dan abah datang merisik awak." Hah? Aku terkedu, terkejut, terkaku dan terkesima. Rasa nak terjun dari bangunan untuk membuktikan sama ada aku tengah bermimpi ke atau pun semua ini sememangnya satu realiti. Terima Kasih Suamiku..
SECEBIS CINTA INTAN by nurfazzy
nurfazzy
  • WpView
    Reads 15,130
  • WpVote
    Votes 463
  • WpPart
    Parts 13
Huru hara keluarga itu kerja Intan. Sakit jiwa mak datin, naik pening dato dengan perangainya. Tidak habis-habis Aneff dan Adif habis digoda. Sampaikan dua beradik itu tidak habis bergaduh kerana rebutkan Intan. Dalam mengoda Adif, Intan pasang mata dengan Aneff. Tapi mamat poyo itu menjengkelkannya. Puas digoda terang-terangan Aneff butakan mata dan hati saja. Depan-depan dia reject Intan. Kalau dengan Adif mudah saja kerjanya, Adif tu umpama kena telan dengan pil khayal bila berjumpa dengan Intan. Dunia automatik jadi milik mereka berdua. Langsung tidak sama dengan Aneff. Susah dia hendak lututkan mamat sepet itu. "Sakit hati aku dengan si sepet tu. Dia ingat dia kacak. Huh! Kacak lagi Kimi aku. Tak apa! Biarpun dia tak nak Intan yang daring, aku tetap akan jadi darling dia!" Tapi bagi Aneff. Tukarlah macam mana pun. Dia tetap tidak suka perempuan itu. Kalau setakat kaya, bijak dan cantik tapi perangai tidak semengah tidak guna juga. Macamlah dia tidak tahu Intan ada skandal dengan adiknya. Tidak habis adik, dengan aku sekali dia nak sapu! Dasar perempuan miang. Maka bermula sesi kejar mengejar antara mereka bertiga. "Adif kejar Intan, Intan kejar Aneff. Main kejar-kerja pula tiga orang ini." Pening kepala Kimi dengan intan payungnya itu. Tapi sayang punya pasal. Diturut saja segala kemahuan Intan. Asalkan Intan tidak terluka lagi. Dalam kejar mengejar, rahsia Intan untuk hancurkan keluarganya terbongkar. Dan Aneff tidak akan sekali biarkan impian Intan itu tercapai! "Dia ingat dia tu siapa nak mempertahankan keluarga itu? Huh! Kau tunggu Aneff, kau tembak aku dengan senapang gajah. Aku balas dengan bom atom! Ini Intan la. Intan yang cukup terlatih untuk balas dendam. Berkajang-kajang plan aku untuk hancurkan keluarga kau." Marah betul Intan bila Aneff mula lancarkan perang. Namun mereka lupa dalam bermain dengan hati, maksudnya ada hati yang akan terluka dan terjatuh cinta!
Suamiku Pemalu [Complete] by FhN2004
FhN2004
  • WpView
    Reads 378,699
  • WpVote
    Votes 10,566
  • WpPart
    Parts 36
Selalu nya kerabat tengku ni ada yang friendly,ada yang sombong nak mampus,ada yang riak dan lain-lain.. Tapi bukan jejaka yang bernama Tengku Haikal Iskandar..Walaupun dia berpangkat tengku dan fullpackage,sifatnya teramatlah malu.. Nak cium dahi isteri pun nak malu..adoiii yaiii..Tapi sapa sangka,walaupun dia seorang suami yang pemalu,dia masih mempunyai sifat yang romantik.. Tapi perkahwinan nya adalah pilihan keluarga..Tanpa diduga,isteri nya itu adalah crush nya pada zaman universiti..Macam orang kata,jodoh tak ke mana.. ∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆ Setiap hubungan,pasti ada pasang surutnya kan? Kedatangan orang ketiga membuatkan hubungan mereka menjadi kucar kacir.. Nak tahu selanjutnya?..bacalah ----------------------------------------- Start writing: 19 August 2017 End writing: ••••••••••••••••••••••• Maapla,author x pandai buat sinopsis sangat..ni main buat je😂😂😂😂..anyway book ni author buat sebab tiba² terpikir macam manala orang lelaki yang pemalu jadi suami orang..😆😆😋😋..citer ni,author x copy mane² ye..mungkin tajuk sama..tapi serious author keluar kan idea dari otak author and otak kawan² yang support..
Hey J, is that you? by bulanhijau
bulanhijau
  • WpView
    Reads 3,765
  • WpVote
    Votes 144
  • WpPart
    Parts 9
Kadang-kadang, kita tak sedar apa yang kita pandang. Kadang-kadang, yang kita tak sedar itu lah yang buat kita tersenyum panjang. Dan kadang-kadang, senyuman kita itu ubat kepada dia yang memandang. ini bukan manuskrip penuh, harap maaf.
Ashraf & Suri by RodhiahRahman
RodhiahRahman
  • WpView
    Reads 33,504
  • WpVote
    Votes 1,451
  • WpPart
    Parts 29
Kisah yang mungkin takkan di'update' kalau idea x datang. Kisah yang mungkin bukan typically me. Kisah yang belum tahu lagi akan terbit ke tak. Terima kasih bagi yang sudi baca.