MuhammadRidzman's Reading List
41 stories
Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016 by _llumie
_llumie
  • WpView
    Reads 3,765,706
  • WpVote
    Votes 92,573
  • WpPart
    Parts 53
Mengisahkan kehidupan seorang isteri ( Aryssa ) yang didera, dicaci maki dan dianggap sekadar isteri di atas kertas oleh suaminya sendiri ( Farish ). Ikatan perkahwinannya bersama Farish tidaklah sebahagia seperti pasangan suami isteri yang diluar sana. Mereka disatukan bukan atas dasar cinta tetapi disatukan atas dasar permintaan Tengku Maria iaitu mummy kepada Farish yang inginkan Aryssa menjadi menantunya dan disebabkan terhutang budi dengan jasa baik Tengku Maria lah Aryssa bersetuju untuk berkahwin dengan Farish. " Kau ni hanya isteri di atas kertas je bagi aku !!! " " aku akan pastikan bila tiba masanya aku akan ceraikan kau !!! " Adakah Aryssa akan diceraikan bila sudah tiba masanya nanti ? Tidakkah Farish cuba membuka pintu hatinya untuk menerima Aryssa di dalam hidupnya ? Kalau nak tahu selanjutnya kenalah baca....
Suamiku Tengku Ceo  - TAMAT -✔ by Faezah5
Faezah5
  • WpView
    Reads 553,549
  • WpVote
    Votes 11,517
  • WpPart
    Parts 40
Thanks for reading my story..😘😘 Teruskan menyokong saya Slow Update
CIKGU TU SUAMI AKU! by shahir_1
shahir_1
  • WpView
    Reads 350,143
  • WpVote
    Votes 8,912
  • WpPart
    Parts 27
Kalau ikut undang-undang boleh ke perkara ni terjadi?logik ke? Hazirah pelajar dan cikgu Ridwan guru! Pertemuan yang dianggap hanyalah sekadar rasa sayang sebagai seorang pelajar dan guru. Takdir yang diluar jangkaan Hazirah telah membuatkan hatinya tidak dapat mentafsir perasaannya sendiri terhadap gurunya yang telah menjadi suaminya. Sama ada sayang sebagai guru atau sayang sebagai suami? Mampukah Cikgu Ridwan memenangi hati hazirah?bersediakah hatinya untuk menerima gurunya sebagai suaminya? Nantikan CIKGU ITU SUAMI KAU!
A L P H A by lararianie
lararianie
  • WpView
    Reads 127,181
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 4
CODE SERIES: A L P H A Arrysa x Aiman Power. Domain. Leader ~Just because i don't show it. Doesn't mean that i don't feel it~
SUAMI AKU,BOSS AKU! by chiyogOtyou
chiyogOtyou
  • WpView
    Reads 5,909,192
  • WpVote
    Votes 160,949
  • WpPart
    Parts 66
Muhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut sahaja perintah selepas Dato' Kamal memaksanya untuk berkahwin dengan anaknya.Pelbagai liku hidup yang harus dijalani oleh gadis muda tersebut. Semua perlu diuruskan sendiri apabila ahli keluarganya semua sudah tiada.Gadis kecil itu sentiasa tabaj dan reda ketentuan ilahi. "Once aku dah dapat kau, teruk malam pertama aku kerjakan kau! "-ARIFF Mikail. "Aku tahu la aku ni comel, jangan la cubit aku sesuka hati kau! "- Hawa NAWFA "It sounds pretty good! You will deserve it! " - Sara AMELINE Nak tahu apakah kesudahan perkahwinan secara paksa mereka! Teruskan membaca!!
I'm Sorry But I Love You by nfthha_
nfthha_
  • WpView
    Reads 556,259
  • WpVote
    Votes 15,883
  • WpPart
    Parts 39
Amilyn Maisara hanyalah gadis biasa yang ingin bercinta. Entah macam mana dia boleh tersangkut dengan abang angkatnya sendiri, Saiful Erwan. Saiful Erwan mempunyai aura yang tersendiri sehingga dapat mencuri hati adik angkatnya. "Dah dah. Jangan cakap lagi. Adik merajuk lagi baru tahu." - Amilyn Maisara. "Jangan merajuk! Abang tak reti pujuklah." - Saiful Erwan. Sembilan tahun berlalu dan semuanya berubah apabila ada pihak datang meminangnya. Dan Amilyn Maisara terkejut apabila rombongan itu datangnya daripada Saiful Erwan. "Apa abang buat ni? Kak Suraya macam mana?". "Stop talking about her. Now it's between you, me and the wedding." "Adik takkan sesekali terima abang! And that a full stop!". Amilyn Maisara takut untuk menerima lamaran itu. Dia tak suka jadi perampas. Hati abangnya sudah dipenuhi dengan bayang-bayang Suraya Aleeya. "Abang sayangkan Amilyn," pujuk si suami. "Nope! Abang cuma sayangkan Kak Su. Abang sayang Amy sebagai adik aje!" marah Amilyn. Dapatkah hati kecil Amilyn Maisara ditawan kembali oleh Saiful Erwan? Bagaimana pula dengan Suraya Aleeya yang baru pulang daripada overseasnya? Hadir Shazri Dziauddin membuatkan Amilyn Maisara tidak keruan. "I'm sorry abang but I love you."
My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication] by MissTaeyeon
MissTaeyeon
  • WpView
    Reads 592,124
  • WpVote
    Votes 8,560
  • WpPart
    Parts 15
[SINOPSIS]: -ONLY TEASER WILL BE UPDATE HERE🤗- Khairul Emir. Seorang 'ustaz' humble yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dan telah berpindah ke Kuala Lumpur. Kekampungan? Haih... itu semua gelaran keji yang selalu Khaira berikan. Walaupun datang dari kampung, kejayaannya sebagai seorang pemegang ijazah di negara asing telah berjaya membuka mata masyarakat. Khaira Elisya. Seorang gadis bandar yang sosial dan santai habis! Kuat memberontak, mengada, semuanya termasuk dalam pakej. Namun, kehadiran Emir di dalam hidupnya sebagai seorang 'ustaz' merangkap sepupunya telah berjaya menggugat hati dan perasaannya. Dasar ustaz kampung yang suka menyibuk! "Khaira tak pi solat sekali ka?" -Khairul Emir- "Ish, kau ni... Aku tengah bendera Jepun lah!" -Khaira Elisya- Setiap hari akan ada saja pertelingkahan yang berlaku. Tanpa disedari semua itu lah yang menguatkan lagi perasaan Emir terhadap Khaira meskipun tidak berbalas. Dan pada satu malam, satu luahan perasaan telah berjaya mengusik hati kecil Khaira. "Aku cintakan hang!" -Khairul Emir- Ternyata kehadiran Emir ke rumah keluarga Khaira memang telah dirancang supaya mudah untuk mereka disatukan oleh Dato' Khalid dan juga Datin Khalisya. "So, kau rasa plan ni akan menjadi ke?" -Rania Syafieka- Jelas untuk meraih sebuah kebahagiaan bukan mudah. Sebelum lafaz akad berlaku, sudah ada tragedi tak diingini yang menghalang mereka. "Asal kau bela sangat perempuan ni?! Kalau kau nak sangat ambillah! Dia dah jadi bekas aku dah pun! Enjoy lah puas-puas dengan bekas aku tu!" -Rayyan Adam- Percayakah Emir dengan kata-kata nista itu? Akan pudarkah perasaannya yang selama ini memekar buat Khaira? Atau... perkahwinan dengan Khaira masih lagi menjadi pilihan utamanya? Sorry kalau ada typo atau sebarang kesilapan :) Ceedit the beautiful cover to @HinyDyaa Best achievment: #9 Romance #5 Malaynovel
Jodoh Sebelah Pintu by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 69,914
  • WpVote
    Votes 1,761
  • WpPart
    Parts 15
Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang. Mereka berdua sering berhubung melalui telefon tanpa Mona tahu siapa gerangannya. “Kalau saya bagitahu awak nama penuh saya, awak boleh janji sesuatu tak?” ~Encik Tunang Tubi. “Janji apa?” ~Mona “Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi. Selepas kata-kata itulah, Mona tidak lagi mahu mengambil tahu tentang identiti bakal tunangnya sehinggalah mereka bertunang. Mereka merancang mengadakan pertemuan pertama namun Mona terpaksa membatalkannya apabila terserempak dengan kedua-dua jirannya yang berperangai hantu di tempat yang sepatutnya dia dengan tunangnya berjumpa. Irfan dan Badrul! Pulang sahaja ke rumah, Mona mendapat tahu bahawa tunangnya merupakan jiran di sebelah pintunya sahaja! Adakah tunangannya itu Badrul Syah? Lelaki yang suka mencari gaduh dengannya? “Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Bad “Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona. Atau tunangannya itu sebenarnya Amirul Irfan...? “Ala, Mona, bolehlah... tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa...” pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia. “Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Semenjak mengetahui siapa tunangannya, hidup Mona mulai kusut dibelenggu rasa bersalah kerana pernah melayan tunangnya dengan buruk. Hubungan mereka juga sering diganggu pihak ketiga. Berjayakah Mona dan tunangnya mengatasi masalah itu? Dan, siapa seb
SUAMIKU WORKAHOLIC by CikSakuraLiyana
CikSakuraLiyana
  • WpView
    Reads 170,244
  • WpVote
    Votes 5,518
  • WpPart
    Parts 19
WARNING! NOVEL INI SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER SAYA HANYA MASUKKAN BEBERAPA BAB UNTUK TUJUAN PROMOSI. **** Anak Mak Cik Zara yang bernama Syazwan, workaholic orangnya. Siang, malam, pagi, petang, asyik kerja memanjang. Bila Dayah tahu bakal suami tanpa relanya ialah Encik Workaholic, dia kena bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Encik Workaholic itu calon terakhir keluarga. Baginya, lebih baik dapat orang yang mabuk kerja daripada mabuk perempuan! Jadi, kahwin ajelah. "Kalau awak rasa saya tak sesuai hadir dalam hidup awak, beritahu awal-awal dan berterus terang. Tapi, jangan sekali burukkan saya depan keluarga awak semata-mata nak selamatkan diri awak nak elak perkahwinan ni!" - Dayah Bila sudah kahwin, cabaran utamanya ialah sikap mabuk kerja si suami. Cemburu pun ada bila suami asyik layan kerja 24 jam seminggu. Bila sudah berbulan berkahwin, tapi tak ada progres, terpaksalah Dayah mulakan langkah kanan. Pikat hati dia! Mulalah tanya Pak Cik Google tip mengurat suami sendiri! "Dayah, kau tahu tak, apa maknanya kalau seorang isteri bagi suaminya minum kopi malam-malam begini?" - Syazwan. "Tak boleh ke?" - Dayah "Kopi tongkat Ali?" - Syazwan "Jangan salah faham! Saya tengok awak macam banyak kerja jadi, saya bancuhlah kopi ni untuk awak. Kalau awak tak nak minum, biar saya minum." - Dayah Tatkala misi baru hendak berjalan dengan lancar, muncul pula makhluk perosak rumah tangga. Linda namanya. Tapi Dayah bukan perempuan yang lemah. Semua serangan Linda dia tepis dengan baik. Cuma sikap suaminya yang buat acuh tak acuh saja yang menggores perasaannya. Mampukah Dayah memikat suami sendiri? Apa hubungan Syazwan dengan Linda sehingga Syazwan tidak berani menolak setiap permintaan Linda? Bolehkah perkahwinan mereka bertahan? Suamiku workaholic... bila nak jadi romantik?
Minah Brutal by fasyalola
fasyalola
  • WpView
    Reads 125,245
  • WpVote
    Votes 4,431
  • WpPart
    Parts 39
Disebabkan kisah percintaan silam, Nia Sofea tidak mempercayai lelaki dengan mudah. Baginya lelaki semua tidak guna. Hanya tahu mempermainkan hati perempuan, membuat perempuan seperti boneka. Ya itu lah tanggapan Nia Sofea. Pertemuan dengan Fakhrullah Ziyad seperti mimpi dalam mimpi. Siapa sangka, Nia Sofea yang dianggap brutal akhirnya jatuh ke tangan lelaki bernama Fakhrullah Ziyad. Lelaki yang tidak disangka akan hadir dalam hidupnya, mengubah segala presepsi Nia terhadap kaum Adam. Wow! Look likes Ziyad is special! " Lelaki semua sama je. Tahu buat perempuan macam patung. Dia ingat perempuan ni apa? Hati batu. Bodoh betul! " - Nia " Tak semua laki sama. Ya betul ada yang buat perempuan macam patung, ada yang sakitkan hati perempuan, ada yang permainkan hati perempuan. But i'm sincerely fall in love with you Nia Sofea and i'm not like the other guy. - Ziyad Sejauh mana si minah brutal ni boleh tahan? Dan sejauh mana kata-kata Ziyad benar yang dia bukan seperti lelaki lain?