novels
16 stories
Buaya Darat vs Ulat Buku by aurorabellaC
aurorabellaC
  • WpView
    Reads 2,333,594
  • WpVote
    Votes 77,183
  • WpPart
    Parts 56
"Kenapa Encik Buaya pilih saya" "Sebab saya suka perempuan yang spesies Ulat"
hello husband by zuleezan
zuleezan
  • WpView
    Reads 1,287,536
  • WpVote
    Votes 42,253
  • WpPart
    Parts 40
Kisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk tanya macam macam katanya. Tapi hari hari ada je orang mengorat suaminya, doktor pelatih la, MO la, HO la, jururawat lah. "Ni tak boleh jadi!!!" kata sofea
Lelakimu Yang Dulu [TERBIT]  by farahdarianna
farahdarianna
  • WpView
    Reads 205,213
  • WpVote
    Votes 2,120
  • WpPart
    Parts 18
Bertemu, bercinta dan berkahwin. Mudah aturan hidup Hazrul dan Daliya. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah. "Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?" - Daliya Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara. Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin itu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya. "I nak jumpa anak I!" - Hazrul "Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - Daliya Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya. Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan. "I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - Hazrul "Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - Daliya "Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - Hazrul Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?
Dia Dambaan Hati [TERBIT] by farahdarianna
farahdarianna
  • WpView
    Reads 111,997
  • WpVote
    Votes 5,067
  • WpPart
    Parts 52
Tersisih dari perhatian ibu, Nur Zahra terlonta sendiri, tercari-cari dahan kasih untuk berpaut. Pertemuan dengan Adli Hadwan menghadirkan sinar cinta tetapi isi hatinya tidak pernah sampai ke pengetahuan lelaki itu. Perbezaan latar belakang menjadi jurang pemisah. Di saat Nur Zahra ghairah mengejar cita-cita, Pak Lang Juhari tampil membawa hajat. Nur Zahra ingin dijadikan isteri. Dek dendam, Nur Zahra dipaksa menerima Pak Lang Juhari sebagai suami. Demi kasih ibu yang diimpi saban waktu, Nur Zahra hampir tertewas. Ketika dia tersepit antara cita-cita dengan kehendak ibu, Adli Hadwan muncul sebagai penyelamat keadaan. "Abang nak Nur jadi isteri abang." - Adli Hadwan Bahagia menjelma tika lelaki dicintai dalam diam membawa lamaran. "Kita kahwin bukan sebab suka sama suka. Niat abang satu aje, abang nak tolong Nur." -Adli Hadwan Kenyataan Adli Hadwan menyentak hati. Nur Zahra sedar, niat lelaki itu sekadar membantunya yang sudah tersepit. "If you need me, I'll be right here for you." - Adli Hadwan Biar tiada cinta tetapi lelaki itu setia bersama. "Sepatutnya Adli kahwin dengan Ima, bukan dengan kau!" - Ibu Ibu percaya, Adli Hadwan bukan milik Nur Zahra tetapi hak Nur Fatimah. Kasih sayang dua beradik diuji oleh sikap ibu yang memisahkan. Apakah ada peluang untuk Nur Zahra mengecap nikmat cinta wanita bergelar ibu? Setiakah Adli Hadwan ketika ada wanita lain yang lebih sempurna? Dia Dambaan Hati - Farah Darianna *** Prolog sampai bab 15 sahaja
Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan) by CallMeAmarfi
CallMeAmarfi
  • WpView
    Reads 423,941
  • WpVote
    Votes 11,748
  • WpPart
    Parts 36
-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin? Dengan saya? Confirm?- Ini ayat aku semasa berjumpa dengan Si Dia kali pertama. -Saya yakin, awak jodoh saya. InsyaAllah- Ini pula jawapan Si Dia yang buat aku mati kata. -Lelaki pendiam ni banyak rahsia tau. Perangai buruk dia pun tak boleh nak detect- Ini ayat Linura bila aku mengadu tentang Si Dia yang susah benar nak diajak berbual. -Apalah nasib badan....rindukan orang yang tak ingatkan kita langsung- Dan ini, keluhan aku bila Si Dia langsung tak reply mesej aku semasa kami berjauhan. Suami aku, bukan setakat mulutnya saja berat. Jari jemari dia pun ikut sama berat nak menaip mesej!
Diam Diam Ada Cinta {Completed} by AmelAlana
AmelAlana
  • WpView
    Reads 79,735
  • WpVote
    Votes 2,231
  • WpPart
    Parts 32
Nak baca cerita Diam Diam Ada Cinta yang lengkap punya? Boleh dapatkan dekat Novel Plus. Sy hanya terbitkan sebahagian cerita saja. enjoyyy.. and much love.. Kisahnya.. Daniel dan Dania. Seorang peguam dan seorang doktor. Bagaimana mereka menjalani kehidupan rumah tangga yang penuh dengan dugaan? Bacalah..
Cinta Yang Dilupa (Sudah Terbit)  by Mell_Mariann
Mell_Mariann
  • WpView
    Reads 66,961
  • WpVote
    Votes 1,509
  • WpPart
    Parts 10
TAJUK : CINTA YANG DILUPA PENULIS : MELL MARIANN AURORA TERBITAN : TERATAK KASIH HARGA : RM26 [SM] / RM26 [SS] POSTAGE : RM8 [SM] / RM12 [SS] Apa yang akan kau lakukan bila 3 tahun daripada ingatan kau hilang begitu saja? Apa yang akan kau rasa bila kebahagiaan kau bertukar duka tanpa kau mengetahui apa sebabnya? Apa yang akan kau buat apabila mengetahui cinta kau dikhianati namun kau masih tetap utuh mencintai? Bagi seorang Reen, Zarul itu cinta hatinya. Dari kecil sudah bersama hingga masing-masing jatuh cinta lalu ikatan perkahwinan mengikat mereka. Kebahagiaan menjadi milik mereka untuk seketika hinggalah ujian demi ujian mula melanda. Dan kemuncaknya, Reen terlibat dalam kemalangan yang membuatkan sebahagian daripada ingatannya hilang. "Saya cuba nak ingat semula memori saya yang hilang." - Reen "Reen. Please jangan paksa diri you. I risau you sakit."- Zarul "Tapi saya nak tahu..." - Reen Sejak kemalangan yang menimpa dirinya, Reen dapat merasakan hubungannya dengan Zarul tidak lagi seperti dahulu. Banyak persoalan yang timbul dan jawapannya ada dalam cebisan memorinya yang hilang. "Please Zarul. Ceritakan dengan saya. Saya keliru bila awak dingin dengan saya. Awak layan saya seperti orang asing. Saya seperti tidak kenali awak lagi..." - Reen "Reen... Please don't cry. Bukan sekarang. Nanti bila you dah betul-betul sihat kita bincang ya." - Zarul Kedinginan Zarul membimbangkan Reen. Keengganan Zarul berkongsi kisah yang hilang itu mengelirukan Reen. Sudah hilangkah cinta suaminya itu? Apakah sebenarnya yang terjadi hingga kemesraan antara mereka bagai sudah tidak wujud lagi? Dan mengapa... suaminya seperti mengharapkan dia tidak akan ingat kembali?
Encik Pengacau! by NovelisRafina
NovelisRafina
  • WpView
    Reads 6,300
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 3
Judul : Encik Pengacau Penulis : Rafina Abdullah Penerbit : Kaseh Aries SDN BHD Harga : RM30 (SM) RM33 (SS) HAKCIPTA TERPELIHARA. TIDAK DIBENARKAN MANA-MANA BAHAGIAN DARIPADA TERBITAN INI DITERBITKAN SEMULA, DISIMPAN UNTUK PENGELUARAN ATAU DITUKAR DALAM APA-APA BENTUK ATAU DENGAN APA JUA ALAT SEKALIPUN TERMASUK APLIKASI WATTPAD, BEETALK DAN SEUMPAMANYA TANPA KEBENARAN BERTULIS DARIPADA PIHAK KASEH ARIES PUBLICATION SDN BHD. SEKIRANYA ADA MANA-MANA INDIVIDU YANG ENGKAR, ANDA AKAN DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG. Terima kasih. ***** Encik Pengacau itu gelaran untuk Razlan, pemuda kaya yang hidup dalam dunia gelapnya sendiri, suka bercakap kasar, dingin dan sukar diramal sikapnya. Yang memberi gelaran itu namanya, Amalina, gadis berimej tomboy yang selamba dan lurus. Sejak kali pertama bertemu, memang jiwa Amalina jadi kacau sungguh! Layanan Razlan yang sekejap okey kemudian tidak okey buat Amalina jadi tidak faham. Makin serabut bila Razlan beria-ia hendak dia jauhkan diri dari Tommy Edward. "Boleh tak dalam sehari Encik Razlan tak sakit hati dengan Tom? Apa salah dia dengan Encik Razlan? Saya tak fahamlah." "Aku tak nak kau kawan lagi dengan dia. Dia tu pembawa malang!" Dalam asyik bertengkar, tanpa sedar hadir satu perasaan antara keduanya. Amalina jatuh hati dengan Encik Pengacau. Encik Pengacau pula sudah mula sayangkan Amalina. Tetapi kenapa pula Cik Najwa yang dipilih sebagai bakal isteri? "Kenapa kau cakap aku dah tak sayang?" "Sebab... sebab Encik Razlan nak kahwin dengan Cik Najwa." "Aku dah tak ada pilihan..." Tetapi, kalau hati dah rasa sayang, mana mungkin hendak dihalang-halang. Razlan akhirnya akur dengan kata hati. Namun, baru sahaja bahagia mula hadir dalam hidup mereka, sebuah tragedi meragut semuanya. Razlan pergi menjauh. Jiwa Amalina kembali kacau. Berjayakah Amalina dan Encik Pengacaunya bersatu? Atau Razlan akan kembali semula ke dalam dunia gelap ciptaannya dulu?
Pak Cik Kerek Semanis Pavlova by AlieshaKirana
AlieshaKirana
  • WpView
    Reads 33,183
  • WpVote
    Votes 896
  • WpPart
    Parts 20
Hidup seorang AJDA SAJIDAH sebagai peniaga manisan pavlova atas talian baik-baik saja sebelum segalanya berubah ketika dia memohon sebagai vendor di butik Talqisya yang berprestij. Dia langsung tidak menyangka yang pemilik butik itu adalah seorang lelaki, apatah lagi bujang terlajak yang kerek lagi dingin seperti MEGAT TALHAH. "Lain kali, berjalan tu tengok depan." - Megat Talhah "Errr maaf Encik Megat. Saya tak sengaja." - Ajda Sajidah "Orang yang cemerkap memang selalu cakap dia tak sengaja." - Megat Talhah Lelaki lewat tiga puluhan itu memang menjengkelkan tetapi Ajda terpaksa bertahan demi mendapat tempat di butik ternama itu. Diterima sebagai vendor di butik tersebut bermakna pastinya ada pertemuan demi pertemuan yang tak mampu Ajda elakkan walaupun dia berasa kekok berada berdekatan lelaki yang dia gelar pak cik kerek itu.
Sayang Papa Saya Tak? by HanniRamsul
HanniRamsul
  • WpView
    Reads 502,484
  • WpVote
    Votes 10,817
  • WpPart
    Parts 25
"Seratus ribu, Encik Farish. Yang tak gatal pun mesti jadi gatal"- Raisya. Bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya yang begitu? Kisah mereka ada di sini.