mum_linz
Warda Adelia percaya perkahwinan perlu dipertahankan walau sesakit mana. Demi Hazim Ilham, dia terus bertahan dengan Hadi Irfan, lelaki yang dipuja ramai sebagai suami dan ayah yang sempurna.
Namun, di sebalik senyuman Hadi, tersembunyi kata-kata yang menghakis keyakinan, kawalan yang menyesakkan dan manipulasi yang membuat Warda mempersoalkan dirinya sendiri.
Apabila Warda akhirnya memilih untuk pergi, dia tidak mencari cinta baharu. Sebaliknya dia hanya mahu mencari semula dirinya yang telah lama hilang.
Takdir kemudian menemukan dia dengan Dr. Arryan Haris, seorang pakar psikiatri yang memahami luka yang tidak kelihatan pada tubuh, tetapi berbekas dalam di jiwa.
Mampukah Warda membuka pintu hatinya sekali lagi?
Atau benarkah andai cinta masih ada, ia akan hadir tanpa memaksa, tanpa melukai dan tanpa membuat seseorang itu kehilangan dirinya?