SitiRoslan's Reading List
3 stories
Cintaku Bukan Mainan by Mag_Alf
Mag_Alf
  • WpView
    Reads 239,249
  • WpVote
    Votes 3,915
  • WpPart
    Parts 24
'Bu maafkan Alisya' rintih Alisya Alana dalam hati. Dia tidak menyangka dia dan Tengku Syah Zafran di tangkap basah di apartment Tengku Syah Zafran ketika dia di suruh oleh Engku Sherry untuk mengemas apartment Tengku Syah Zafran. "Ayah tak salahkan Alisya, tapi Pak Engku dan Mak Engku nak Alisya bernikah dengan Tengku Zafran. Ayah tak boleh menolak permintaan mereka nak, kerana kamu dan Tengku telah di tangkap basah oleh JAIS. Untuk menutup aib keluarga mereka dan keluarga kita" ujar Pak Zaki dengan nada rendah. "Tapi yah Alisya tak buat apa-apa. Bahkan Alisya sendiri tak tahu Engku Zaf ada dibilik tu." ucap Alisya sambil menangis. "Pa Ma apa ni? Zaf tak nak lah kahwin dengan dia. Lagipun kami tak buat apa-apa pun. Zaf belum puas nak 'enjoy' lagi. Bagi je lah duit dengan dorang untuk tutuk mulut." ujar Tengku Syah Zafran dengan bengang. "Tengku Syah Zafran Bin Tengku Hisyam! Papa dan mama tak ajar kamu kurang ajar macam ni. Senang kamu suruh papa dan mama bagi duit dengan mereka untuk menutup mulut. Kamu ingat siapa yang besarkan kamu selain arwah mak Wan kamu tu. Anak kurang ajar." herdik Engku Hisyam. sambil memegang dadanya yang terasa sakit. "Zaf dengar cakap mama papa ni. Ini demi kebaikan Zaf dan Alisya juga. Esok Zaf dan Alisya kena bernikah juga kalau tidak jangan harap papa wasiatkan harta-harta papa dengan Zaf." tegas Tengku Hisyam.
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,759,992
  • WpVote
    Votes 139,894
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Perempuan? by HafizahHathir
HafizahHathir
  • WpView
    Reads 638,437
  • WpVote
    Votes 15,428
  • WpPart
    Parts 45
Johannah, lebih suka dikenali sebagai Jojo. Seorang pengkid atau tomboi sejak remaja lagi. Tertarik dengan perempuan seksi seperti bosnya, Cik Alisa.